# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': info neh untuk aku n kowang2 jugak :)
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 27, 2010

info neh untuk aku n kowang2 jugak :)

Sakit Belakang

Pengenalan
Definisi: Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

Sebab-sebab: Terdapat banyak sebab-sebab Sakit Belakang. 75% kes sakit belakang tidakdapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh:

• Otot
o Otot tergeliat
o Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan
o Otot letih

• Tulang
o Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
o Pecah tulang belakang
o Tulang yang cacat
o Kanse tulang

• Lain-lain
o Kedudukan badan yang tidak betul
o Penyakit Radang Pelvic (PID)
o Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
o Penyakit batu karang
o Psikologi
  • Berkaitan dengan stres
Tanda & Gejala

Bila perlu berjumpa doktor?
• Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki.
• Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya
• Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki
• Rasa sakit yang menusuk
• Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas.

• Apabila adanya gejala-gejala yang berkaitan seperti :-
o Fever (demam)
o Sakit di bahagian perut
o Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar.
o Sakit kepala
o Berkaitan dengan haid

Komplikasi
Bergantung kepada sebab dan puncanya, sakit belakang yang tidak dirawat boleh
menyebabkan komplikasi :-

• Lemah atau lumpuh otot-otot kaki
• Kecacatan kekal
• Kanser yang tidak dapat dikesan

Sekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ dalaman yang berkaitan sakit puan, jika tidak dirawat boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan komplikasi lain.

Rawatan

Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :
o Rehat yang cukup
o Regangan pada bahagian belakang
o Fisioterapi
o Menggunakan ubat sapu
o Ubat anti inflamasi tanpa steroid
Rawat penyebab sebenar sakit belakang seperti PID dan UTI

Pencegahan
• Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat
• Berehat untuk meregangkan belakang badan
• Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
• Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap’s Smear untuk mengesan
Kanser Serviks
• Kekalkan berat badan unggul (nisbah berat dan tinggi).
• Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium yang cukup dan nutrisi yang lainuntuk mencegah osteoporosis.
• Kekalkan cara hidup yang sihat

p/s: semenjak sakit ni rajin pulak aku nak cari info tuk kesihatan ni :)..
sakit belakang xbleh minum ais..tapi tadi mmmmm dah aku terminum :p

6 dah tinggalkan jejak:

Sharinginfoz said...

thanks for the info

Mak Su said...

maksu tgh sakit kaki :(

zella y said...

selalu jugak sakit belakang sbb postur badan zella ni xbetul...zella ni bongkok sabut heheh

hans said...

den pun kadang2 selalu sakit belakang
lama sangat menghadap laptop kut

Akif Mazlan said...

patot pon ada info kat sini, igtkan doktor, rupa2nya pesakit belakang, hahhaa

[s][u][e][h][a][n][n] said...

sharinginfoz: welcome2 :)

mak su: ala cian mak su..sakit kaki tu sebb suka berjalan ker?

zella:bongkok sabut???? camne tu? mmmmmm

hans:selain wat assigment ko tu rajin berblog..tu sampai sakit blakang :p

akif:hahahhaha...kita mmg bukan dokter..bese r dah jadi pesakit baru nak cari info bagai :p