# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': June 2011
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 30, 2011

Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya beum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki.

Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?' Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besarpahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan danketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Monday, June 27, 2011

RENUNGAN 24:-

Firman Allah SWT :-

" Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "

(An-Nahl:18)

Saturday, June 25, 2011

TAUBAT PUNCA KEJAYAAN

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(Surah An Nur : 31)


ULASAN AYAT :

1. Sesungguhnya orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri sangat disukai oleh ALLAH. Justeru, taubat seorang hamba lebih disukai oleh ALLAH daripada kesukaan orang yang kehilangan barang berharga lalu dapat dan bertemu semula dengan barang tersebut.

2. Sebagai hamba sememangnya kita tidak pernah lepas daripada melakukan kesalahan dan dosa, untuk menghilangkan segala kotoran dosa adalah dengan bertaubat bermakna membersihkan hati dengan airmata penyesalan, pembersihan hati ini hendaklah dengan pengawalan nafsu, penyesalan atas dosa-dosa lalu berazam tidak mengulanginya.

3. Titik bertolak dan permulaan bagi orang yang berjaya adalah taubat. Petanda orang yang taubat ialah tunduk, mudah tersentuh hatinya dengan perkara kebaikan dan senang menangis. Ketika orang lain merasa tenang gembira ia tidak tenang kerana takut. Ia sentiasa menghadap kepada ALLAH dengan kesedihan yang mendalam, hatinya gundah kerana merasa sedar akan dirinya seorang hamba dan tahu siapakah TUHANnya.

4. Kita hendaklah sentiasa merasakan ALLAH itu dekat dan melihat kita agar kita tidak lalai dan leka serta selalu kembali kepada ALLAH SWT. Kejayaan hakiki bagi kita adalah jauhnya kita dari dosa dan noda. Nescaya berjayalah seluruh hidup kita di dunia akhirat.

WALLAHU’ALAM


Friday, June 24, 2011

Pilihan Sendiri Atau Ketetapan Allah?

Pilihan Sendiri Atau Ketetapan Allah?

Thursday, June 23, 2011

KU Milik MU

Jauh ku tinggalkan kisah semalam
Jauh ku tinggalkan duka kelmarin
Kusut jiwa menyesakkan dada
Kecamuk hati ini tak pernah ku luah

Ketika Kau kurniakan

NikmatMu kepadaku
Terasa diri dlimpahi RahmatMu

(chorus)

Ku mohon Engkau pimpinlah kelemahan hati ini
Agar aku selalu di jalan RedhaMu
Tak putus memujiMu
Moga tak Kau biarkan dan lontarkan diriku
Bersama mereka yang di dalam kemurkaanMu

Tuhan kepadaMu aku meminta

Jangan Kau biarkan aku terleka
Dan tenggelam dalam nikmat dunia
Terlupa yang ku miliki semua milikMu

Hanyalah keikhlasan serta pengabdianku

Menjadi lafaz syukurku kepadaMu

Dan ku kembali padaMu Tuhan

Yang Menciptakan



Wednesday, June 22, 2011

JOM KONGSI 24:- PART 2

TIP HIDUP BAHAGIA DALAM BERMASYARAKAT:-

  • Hendaklah kamu berterima kasih kepada orang yang mahu berbuat baik kepadaMU.
  • Jadilah pendengar yang baik terhadap orang yang berbicara kepadaMu.
  • Tunjukkanlah kefahaman kepada orang lain bahawa kamu amat memerhatikan mereka.
  • Beritahulah kepada orang lainyang pandangan mereka amat berharga.
  • Janganlah mengkritik orang lain tanpa alasan yang benar dan janganlah menasihati orang lain di hadapan orang ramai. Amalkan kata-kata imam Al-Syafie: Nasihatilah diriku ketika bersendirian, janganlah memberi nasihat ketika orang ramai, Memberi nasihat di hadapan orang ramai itu, adalah perbuatan yang tidak aku sukai.
  • Janganlah berdebat kecuali dengan cara yang terbaik.
  • Jadilah pembicara yang baik.
  • Belajarlah dari pengalaman orang lain.
  • Janganlah berburuk sangka dan janganlah kamu menjadi orang yang cetek pengetahuan
  • Janganlah MARAH, BERKHIANAT, BERBOHONG, DENGKI dan MENGUMPAT ORANG LAIN.

Tunggu sambungannya nnt :)

Tuesday, June 21, 2011

RENUNGAN 23:-

“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”

Surah Al Baqarah : 216

Monday, June 20, 2011

Manisnya Tahajud | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Manisnya Tahajud | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, June 17, 2011

JOM KONGSI 24:- PART 1

Tip Hidup Bahagia Dalam Masyarakat

  • Berikanlah setiap pertolongan kepada yang berhak menerimanya
  • Terimalah nasihat meskipun datang dari MUSUH
  • Cintailah saudaraMu sebagaimana kamu menyintai diriMu sendiri
  • Berilah kata MAAF kepada porang lain sebagaimana kamu memberi MAAF pada diri sendiri
  • Janganlah 1 kesalahan menyebabkan kamu LUPA terhadap kebaikan orang lain yang banyak
  • Bersikaplah rendah diri di hadapan orang lain dan jangan sombong
  • Jauhilah sifat MENIPU, kerana menipu itu akan menyebabkan sifat permusuhan
  • Cintailah orang lain tanpa mengharapkan pembalasan
  • Berfikirlah dengan positif, dan berkongsilah dengan kejayaan orang lain
  • Jadikanlah aktiviti sosial kamu bermanfaat

Thursday, June 16, 2011

Mengapa Kita Sukar Merasai Cinta Allah?

Mengapa Kita Sukar Merasai Cinta Allah?

Wednesday, June 15, 2011

DOA ( PENGHULU ISTIGHFAR)

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ

Ya Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang
menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin

Tuesday, June 14, 2011

RENUNGAN 22:-

Sabda Rasulullah S.A.W:

" Orang yang kuat bukanlah orang yang menang ketika berkelahi, sebaliknya orang yang kuat sejati adalah seseorang yang mampu mengawal dirinya ketika sedang marah"

Monday, June 13, 2011

Secerah pawana

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah

kita ingin segalanya indah
sebersih pasir pantai memutih
seindah dan secerah pawana
berseri ukhwah dipupuk kasih

kita ingin segala terlerai
dengki dan dendam kesumat musnah
biar keikhlasan berbicara
di dada hati luas saujana

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah


Thursday, June 9, 2011

jom kongsi 23 :-

Pesanan nabi sebelum tidur...

Sekadar ingat mengingati.. ...

SEBELUM Tidur Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi ) Rasulullah berpesan
kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat
perkara, yaitu : ...
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan
empat perkara seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau
tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al
Qur'an. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad'
Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad'
( 3 x ) Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa
Muhammad ( 3 x ) Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan
meredhai kamu. Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal
hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x ) Dan,perbanyaklah bertasbih,
bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan
ibadah haji dan umrah" Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi
Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x ) Sekian
untuk ingatan kita bersama.

Wednesday, June 8, 2011

Bersabar atas Kehilangan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Bersabar atas Kehilangan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tuesday, June 7, 2011

DOA :-




"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.


Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.

Monday, June 6, 2011

[Design] Dunia Hanya Sebentar | iluvislam.com + discover the beauty of islam

[Design] Dunia Hanya Sebentar | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, June 3, 2011

RENUNGAN 21:-

" DAN JANGANLAH SEKALI-KALI KEBENCIANMU TERHADAP SESUATU KAUM, MENDORONG KAMU UNTUK BERLAKU TIDAK ADIL. BERLAKU ADILLAH, KERANA ADIL ITU LEBIH DEKAT KEPADA TAQWA."

AL-MAIDAH:8