# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': May 2010
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 25, 2010

bukan aku x mahu menulis...tapi

pagi ni sarapan nasi goreng yang aku masak pagi tadi...

sembang ckit2 sebelum buat keje...sambil dengar radio...

tarik nafas panjang2 n relaks..pas tu nak buat kjer


P/S: maaf n3 amat pendek, sibuk n aku akan terus menulis bila semuanya dah ok sengihnampakgigi

Friday, May 21, 2010

renungan hari jumaat....

Menjawab bersin daripada ORANG – ORANG ISLAM adalah salah-satu SUNNAH yang ditunjukkan dan diajar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sendiri . Di antara dalil-dalilnya ialah :

{ 1 } ~ Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah ra , daripada sabda Baginda Nabi s.a.w : “ Apabila salah-seorang kamu bersin , maka hendaklah dia menyebut : “ ALHAMDULILLAH “ . Dan hendaklah pula saudara ataupun kawan ( di sisinya yang mendengar ucapan itu ) menyebut : “ YAR HAM KALLOH “ . Dan apabila dia menyebut “ YAR HAM KALLOH “ maka hendaklah ( yang bersin itu membalas ucapan itu pula dengan ) mengatakan : “ YAHDI KUMULLOH WA YUSLIHU BALAKUM “ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab al-Adab .

{ الْحَمْدُ لِلَّهِ } “ ALHAMDULILLAH “ : Ertinya : “ Segala Puja-Puji Hanyalah Untuk Allah “ .

{ يَرْحَمُكَ اللَّه } “ YAR HAMU KALLOH “: Ertinya : “ Semoga Dirimu Dirahmati Allah “ .

{ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ } “ YAHDI KUMULLOH WA YUSLIHU BALAKUM : Ertinya : “ Semoga Dirimu Pula Diberikan Hidayah Oleh Allah Dan Diperbaiki Oleh-Nya Akan Hal Keadaan Kamu “ Sahih

{ 2 } ~ Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

Ertinya : Sesungguhnya Saidina Abu Hurairah r.a pernah berkata : Saya pernah mendengar Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : “ Hak seseorang muslim terhadap muslim lain ada lima , iaitu : { 1 } ~ Menjawab salamnya , { 2 } ~ Menziarahinya ketika sakit , { 3 } ~ Mengikuti ( menguruskan ) jenazahnya , { 4 } ~ Memenuhi ( mendatangi ) undangannya ( kendurinya ) , dan { 5 } ~ Menjawab { mendoakannya } ketika dia bersin “ ~ [/color] Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh ( 3 / 1240 ) , Al-Imam Muslim rh ( 4 / 2162 ) , Al-Imam Ahmad rh ( 2 / 540 ) , Al-Imam Ibnu Hibban rh ( 1 / 321 Ihsan ) dan Al-Imam as-Suyuthi rh di dalam “ Al-Jamie’ as-Soghir “ ( 3735 ) .

Daripada kedua-dua hadis di atas , dapatlah kita ketahui bahawa yang dituntut ialah MENJAWAB ( MEMBERI RESPON ) kepada ORANG ISLAM yang bersin ( dan lalu diucapkan pula “ Alhamdulillah “ ) . Adapun terhadap ORANG-ORANG BUKAN ISLAM , maka itu TIDAKLAH DITUNTUT , malahan ia merupakan satu perbuatan bid’ah di dalam berdoa yang tidak pernah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ataupun salah – seorang daripada para sahabat r.a yang mulia itu .

Bagaimana pula jika seseorang itu mengucapkan “ BLESS YOU “ , dan bukannya dia mengucapkan doa “ YAR HAM KUMULLOH “ kepada seseorang bukan Islam yang bersin ? . Bukankah itu TIDAK MENGAPA kerana yang diucapkan itu bukanlah doa di dalam B. Arab , hanya macam ucapan “ SELAMAT SEJAHTERA “ kepada golongan bukan Islam ? .

Jawapannya : Apabila diucapkan “ BLESS YOU “ maka sudah tentu timbul pula soalan : “ Siapakah pula yang bless ( memberi rahmat / berkat ) itu ? “ . Sudah tentulah Tuhan ( Allah Ta’ala ) . Dan apakah ini sendiri bukan sebagai sebuah doa ? . Mendoakan rahmat dan berkat Allah Ta’ala kepada orang-orang bukan Islam adalah HARAM dan DITEGAH , dalilnya

Ertinya : “ Tidaklah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman itu berdoa memohon keampunan bagi golongan musyrikin walaupun mereka itu adalah kaum – kerabat , setelah jelas mereka itu adalah bakal penghuni neraka ( dengan matinya mereka di dalam kekafiran ) “ ~ Ayat 113 , Surah at-Taubah

Walaupun ayat di atas menyatakan bahawa tidak dibenarkan kita memohon ( berdoa ) keampunan bagi golongan musyrikin , akan tetapi ia termasuklah juga dengan berdoa memohon rahmat ataupun keberkatan untuk mereka . Ini disebabkan keampunan itu sendiri akan melahirkan rahmat dan keberkatan Ilahi .

p/s: Wallahu a'lam...

Wednesday, May 19, 2010

cepatnya masa berlalu...dah setahun :)


Align Right
Alhamdulillah dah setahun umur blog aku...syukur sebb tuhan masih lagi bagi aku nikmat untuk tulis blog ni...dengan permulaan blog yang amat2 skema...sampai la sekarang ni...Terima kasih pada semua yang sudi baca n follow blog aku yang ntah apa2 ni...huhuhuhu

terima kasih daun keladi jugak kepada korang2 yang sudi bagi komen pada setiap n3 yang aku tulis...walaupun aku x setegar mana tapi terus terang aku cakap aku mmg suka gila pada blog ni..lebih kurang cam diari la...tapi mana yang leh share aku share, rahsia tetap rahsia hahahhaha

Walaupun pada mulanya aku mmg liat untuk berblog, tapi atas paksaan kawan aku tiut aku dah sampai ke tahap ni pada hari ni...daripada xde follower sampai ade...dari tulis pndek2 sampai leh tulis panjang2...daripada 1 minggu 1 n3 sampai sehari sekali mesti nak letak n3..huhuhuhu

erm dah setahun tulis blog ni aku dah pun merasa pendapatan dari berblog ni...tq nuffnang...walaupun x byk tapi seronok n puas hati :)

okeh la setakat ni jer...aku harap sempena ngn ulangtahun pertama ni blog aku akan terus maju n paling penting ade gak yang sudi baca..hahahaha acah jer..jnji aku puas hati dapat menulis n kongsi2 cerita ng kowang sume.

P/s: Apa aku nak hadiahkan kat blog aku sempena ulangtahun ni??? ubah design...oooooo yang tu mungkin susah kot...tapi tgk la erk..hihihihi

Tuesday, May 18, 2010

ada sapa2 nak masak untuk aku...

huh dah lama aku x bz...hari ni aku bz tul..fenin pale aku...actually aku lapa dari pagi..tapi makan x habis pulak...

pagi tadi-kuew tiaw (bawa bekal) x habes
kul 11- cari biskut 2 keping habis
kul 115- nasi putih, ayam masak kicap ckit, udang 3 ketol n sayur x habes gak
kul 430-biskut muncis 2 keping..habis lak...

malam kang x tau nak makan apa...tapi selalu menu aku susu low fat segelas ngn roti..mmg la aku diet tapi xde r sampai asyik makan x habes jer..bukan aku ambik byk pun...lama2 cam terbiasa lak makan x habis..dosa kan...mungkin aku muak kot lauk2 tu...

ok baru cakap tadi aku bz...dapat kje lagi..mmg x sempat nak tulis panjang2.

P/s: dapat melawat umah kowang kjap2 jer..tu pun ade yang x sempat :(

Monday, May 17, 2010

macam2 design ada...pening pale la...hahahhaha

salam pagi isnin...semalam pi teman kawan aku pi lh cretive..kat jalan brunei...kl...lh creative tu minatang pe??? oooo tu tempat cari bf..hahahahahah...xde r tu tempat nak pi tempah kat kahwin yang sgt cantik murah n berbaloi serta banyak pilihan....aku promot lak kat cni....hik hik hik semunya terpulang pada budget kowang la...lain2 orang lain la citarasa kan?

actually kawan aku ni dah tempah masa hari sabtu ngn tunang dia, so semalam nak pi tgk la design tu bila dah masuk kat komputer n nak semak la buat kali yang terakhir sebelum kad di cetak...call kedai depa kata tutup kul 3 masa tu jam dah kul 2.05....siap2 dengan pantas n aku ngn member aku terus merempit...sampai kedai tu dalam 2.45..fuhhh dengan cuaca yang agk panas tu...masak aku..

sampai sana terus pi jumpa orang yang telah diamanahkan mendesign kad kahwin kawan aku ni...byk gak songeh dari kitorang maklumla..aku ngn kawan aku ni penah belajar grafik designer so, bila ade design yang x kena harusla suh ubah..gmbar tu jgn besar sgt, kasi blur2 ckit...x ok la letak kat situ...hahahahah akhirnya siap gak..

ade la dalam 2 jam duk kat kedai tu...tgk jer la pic aku ambik ni...

macam2 design...nak termuntah tgk..byk tol :p

so..ade budget besar, on jer kad yang mana2 pun..

cantik2 bunting kat cni....

aku muka dah bosan dok belek2 kad

jenuh aku telek satu2 kad depan aku ni...

cantik la kad ni..simple.. (berangan la nama aku kat kad tu :p )

bila dah duk dalam kedai tu sempat la aku dok berangan nak buat kad kawin aku nnt camner...aduhhh la..jgn wat pasal la...tapi aku berangan tuk suka2 jer..x salah kan??

ok jam 5 ptg bila sume dah settle kitorang balik la...kawan aku pun dah boleh senyum lega..bila hal2 persiapan perkahwinan dia settle satu2..erm...aku doakan sumenya akan mudah...apa2 yang aku leh tolong xyah la segan nak mintak tolong eyh..huhuhu


p/s: seronok giler dapat tolong kawan tuk hari bahagia dia...lalallaaalalla

Saturday, May 15, 2010

Jadual waktu sabtuku...lalallla

630 pagi - bangun solat subuh (bab ni mmg kna displin klu x subuh gajah :p)
645 pagi - tido balik hahahahha
720 pagi - bangun balik, terus pi mandi... klu layan tido mmg akan terbabas n x pgi kjer la...
800 pagi - kuar umah menuju tempat kje..huhuhuhu
840 pagi - sampai opis terus cari sarapan
900 pagi - harus la aku makan sarapan..hari ni menu roti canai telur...nyum nyum nyum
930 pagi - main2 internet sampai kul 12 tghari
1200 tgahari-balik kjer terus ke rumah non melencong2 nak sambung tido....eh2 bukan2..nak masak untuk diri sendiri, tido, kemas umah n relaksAlign Right

ptg sabtu-klu de member ajk kuar, keluarla aku...klu x aku duk umah jer...(mmg bosan)
malam sabtu-layan la cite kat tv tu...x kisahla cite apa pun..tapi maintain tido awal walaupun ahad cuti lalalalaalal

okeh2 jadual ahad aku rasa sama jer cam kat atas cuma bezanya x pgi kjer..

ooooo minggu ni macam byk jer baju nak kna gosok....stok baju yang bergosok dah tinggal selai jer ni...habis la aku...wawawawawa

p/s: selamat berhujung minggu kowang..isnin jgn lupa kje balik ngeeeeeeeeee



Thursday, May 13, 2010

bila orang buat baik...kita balas baik...bila orang buat jahat jgn balas pulak...

salam semua...owh syukur sebb hujan turun kat luar tu dengan lebatnya walaupun pancaran kilat betul2 buat aku gerun berada depan pc ni...sejuk2 ni mmg sgt lapa tapi aku malas mau layan sikap lapa ni...hahahhahaa

erm tajuk kat atas tu...tetiba lak rasa nak tulis camtu...korang akan balas x bila orang buat baik pada kita??? camna pulak bila orang tu buat jahat ngn kita? korang balas jugak x?....semua ni mmg depends pada individu la...ade yang rasa oooo ko buat baik ngn aku erkk....nnt aku balas baik erk...n bila orang buat jahat...oooo ko buat jahat kat aku..ko tunggu la aku akan balas....hahhah klu macam tu mmg xde ke sudah la jwbnya...lagi pun aku selalu dengar orang kata camni..." x pe biar orang buat jahat ngn kita..kita jgn balas...tuhan kan ada...sabar jer byk2...bila pk2 balik betul la tu...tapi klu buat jahat yang melampau tu hati sapa pulak yang sanggup sabar kan?

"MEMBALAS KEBAIKAN DENGAN KEJAHATAN ADALAH PERANGAI YANG SERENDAH-RENDAHNYA. MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEJAHATAN, BUKANLAH PRIKEMANUSIAAN. MEMBALAS KEBAIKAN DENGAN KEBAIKAN ADALAH HAL BIASA. MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN ADALAH CITA-CITA KEMANUSIAAN YANG SETINGGINYA"

kata2 kat atas tu kadang aku pun x mampu nak ikut...hanya orang yang betul2 kuat jer yang mampu...tapi sama2 la kita berusaha ke arah tu...ooooo tazkirah ptg2 ni...

p/s: k nak call calon interview ni...jap gi nak balik dah....daaaaaaaaaaa


Wednesday, May 12, 2010

Pergi kang kang???? huh :p


“Saya nak pergi kangkang . Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;

“Hah? kamu nak pergi apa????”

Dengan slumber pula dia menjawab,

“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…

“Astarghfirullah’alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”

Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;

“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!

“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.

“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…

-

-

-

-

-

-

--

-

-

-

-

“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…

“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!!~”

p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhu~

p/s: kah kah kah macam2 nama kedai sekarang ni...

Tuesday, May 11, 2010

ni ubat ke apa ni....

semalam batuk aku x ok lagi..kebetulan anak bos aku ada time tu..dia cadangkan aku satu petua...bila dengar jer aku terkejut..ni petua ker apa ni..macam sedap jer ubat tu...siap bagi aku pilihan lagi...

Ubat batuk yang x berapa sedap = madu + limau nipis ( sedap jer :p)

yang ni la 1st time aku dengar....bahan2nya

  • air berkarbonat ais krim soda
  • perahan limau sunkist (perah dari buah...non yang dalam kotak)
  • ais krim vanila
  • ais batu (lagi byk lagi sedap)
minum semua campuran ni 3 malam berturut2...memula minum akan batuk2...pas malam kedua n ketiga akan ok...macam tu la yang dia kata..aku x cuba lagi pun..huhuhu aku cite kat kawan2 umah pun diorang gelak jer...dah la aku de semput kang x psal2 jadi lain...

mungkin dah baik batuk nnt aku nak try la resepi kat atas tu...cam sedap jer...klu jadi ice blended pun mungkin mantap rasanya....lalalalalalal

p/s: tetiba malam tadi aku termimpi2 trifle yang Tedi buat tu..sedapnya..nyum nyum

p/s: aku bertudung n berbaju oren...sama kaler dengan budak penghantar pos laju...cehhhh lawa konon...ko perli aku erk budak :p

Monday, May 10, 2010

singgah kejap2 je..

salam hari isnin...hari ni singgah kejap2 jer kat blog kowang...ade gak yang x sempat singgah..huhuhu

mood ok cuma nak update blog ade ckit xde idea...tiba2 rasa bangunan ni cam goyang...huh takut..


p/s: nak balik la...bos esok kita pindah kat opis yang rendah la erk sengihnampakgigi

RASA MENGANTUK?????

INI ADALAH STICKY MODE
N3 BARU SILALAH KE BAWAH

SABUN TAHAN MENGANTUK

Pertama di Malaysia!

KUASA ION NEGATIF DAN SINARAN INFRAMERAH MENGGETARKAN SEL DARAH ANDA 2000 KALI SEHARI

Contoh sabun Karbon Aqura


Fungsi Sabun Karbon AQURA
  • Mencerahkan Kulit dengan lembut
  • Menghilangkan kegatalan dan bau badan
  • Menyegarkan untuk jangka masa panjang
  • Menghilangkan jerawat
  • Melambatkan proses penuaan
  • pencuci bebas klorin
  • Mampu menghilangkan ekzema
  • Anti keradangan
  • Membunuh Kuman
Bilakah anda patut memakai sabun Karbun Aqura?
  • Sebelum memulakan perjalanan yang jauh
  • Sebelum menghadiri mesyuarat @ kuliah Panjang
  • Sebelum memulakan projek yang memerlukan anda memberi perhatian penuh
  • Selepas makan tengahari yang mengenyangkan
  • Sebelum memulakan kerja syif malam
  • Sebelum pergi ke sekolah, kolej @ unuversiti
  • Sebelum memulakan ulangkaji peperiksaan
Hanya 2 minit untuk tahan Mengantuk!
  1. Buka gelang dan jam tangan anda
  2. basahkan muka dang lengan. Gosok sabun Aqura hingga berbuih
  3. Sapukan buih sabun ke muka dan lengan dan biarkan selama 2 minit.
  4. Bilas sabun dengan rata.
AMARAN!

Kesan sabun karbon mungkin berlainan bagi setiap individu. Jangan gunakan sabun karbun Aqua sebagai ubat tahan tidur. Tubuh manusia memerlukan purata 8 jam sehari untuk tidur bagi menggantikan sel-sel badan. Badan yang berehat kurang dari 8 jam sehari akan hilang tumpuan dan kemampuan. Jika masalah tidur masih berterusan, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor.

Siapakah yang patut menggunakan Sabun Karbun Aqura?
  • Pemandu jarak jauh
  • Pemandu profesional
  • Pekerja tiga syif
  • Pelajar
  • Golongan profesional yang memerlukan tumpuan penuh terhadap kerja mereka
  • Mereka yang mudah mengantuk
  • Pengawal keselamatan
p/s: Sebarang pertanyaan sila email sue_capri81@yahoo.com @ YM rna_0718@yahoo.com senyum

Saturday, May 8, 2010

keputusan aku...aku nak balik kg la hari ni

semalam aku dalam dilema nak pi mana la hujung minggu ni..baru rasa knp la sabtu opis aku kjer kan...mmg amat x best..bila jumaat orang boleh bersuka ria tapi aku..alasan keje..

malam tadi aku duk umah sewa sorang2...settlekan gosok baju n basuh baju layan cite adnan sempit the series...xde r rasa takut sgt cuma xde kawan nak borak2..kul 1030 aku dah masuk bilik tuk lelapkan mata..abaikan sebarang bunyi yang akan membuatkan aku takut maklumla sorang2..pantang de bunyi lain ckit pasti akan buat bulu roma meremang...

pagi tadi pas akak aku call baru aku decide nak balik kg pas kjer hari ni..kemas beg ala kadar je bawa apa yang patut n siap2 terus pi kje... pakai baju n tudung sume yang x payah gosok2...senang n cepat...sekurang2nya aku dapat jenguk mak n abah serta adik2..bukan jauh pun kg aku dalam bas ekpress pun cuma 1 jam + 1 jam lagi bas untuk masuk dalam kg aku..ok la tu..syukur kg aku dekat klu jauh aku meraung kuat2..

ni shawl baru beli jugak..senang x payah gosok2...hihihihi

okeh la selamat berhujung minggu sume..tata jumpa lagi

p/s: apsal semput aku menjadi2 ni...sakit tekak dah baik...aku dah cuti minum ais 4 hari dah...mungkin cuaca @ sebb apa erk..tido malam x leh direct kipas ni..kipas tu berhabuk..


Friday, May 7, 2010

kalau ikutkan hati aku nak je..

kalau x disekat ntah bape banyak la koleksi yang akan aku beli...ooo cukupla 4 saja...lain kali saja aku tambah yang lain..mentang2 ade yang baru yang lama aku lupakan...kalau ikutkan hati nak jer aku beli bebanyak lalalalla padahal yang lama tu masih elok n dah lama berjasa kat aku..membeli tu mmg seronok, tapi bila x guna membazir pula..tu dah berdosa pulak...jgn ikut orang, ikut kemampuan n keperluan sendiri..

tetiba terpikir lak...aku dah tua x pe ker fesyen begini...hohohoho x over ker..aduh..tapi aku pkai sebb kewajipan n aku suka dan bukan ikut orang..klu nak ikut fesyen sekarang mmg x terikut la...udah banyak benor..pening pale aku :p

shawl bulat2 yang sedang hangat aku tgk kat blog2 online :)

NI 1 lagi, yang xde kna mengena langsung ngn n3 kat atas... minggu ni kengkawan aku sume xde kat umah...malam ni aku tinggal sensorang jerk...arrghhhhhhhhhhhh tension la macam ni...nak balik kg ke x erk..sok aku kjer...aku bosan la duk umah sorang2...sedih tau..akak aku x cnfm lagi minggu ni pi mana...mana la aku nak merempat ni...alhamdulillah la masih ade umah mak n abah kat kg nu...bukan x leh duk umah sorang2..korang faham x sunyi...klu nak bising ckit buka la tv..laptop ker..mp3..tapi tahan mana la sgt...tetiba aku bercakap sensorang pulak karang sebb bosan..aduhhhhh

dah la selsema n sakit tekak ni x ok lagi...malam tadi berapa kali bangun sebb rasa susah nak nafas n aku tercungap2..rasa cam berlendir je dada aku ni 2 3 kali pi toilet :( ...terpaksa tinggikan bantal tido.. baru la leh tido..Ya Allah..dugaan tol..sabar2.. bila kita susah n sakit ingat ade orang lagi susah n sakit lagi teruk dari kita..


P/s: nak duduk ngn mak la kat kg...leh x? huhuhu sedih tol.. demi nak cari sesuap nasi aku korban gak duk kl ni...

P/s: sapa nak teman aku minggu ni...nangih

Thursday, May 6, 2010

sakan betul minum air yang berais kan...

hari ni aku sakit tekak + sakit kepala. macam ade tanda2 mau diserang selsema n batuk..

sementara belum teruk aku akan jadi dokter sendiri...

P/S: ubat sakit tekak sementara, kicap + limau kasturi amalkan pagi n malam, elak makan pedas + minum air suam.. :(

P/s: klu x ok aku akan berjumpa dokter..huhuhu... kna selalu ingat jgn ambik minuman berais klu jenis yang mudah diserang selsema...oh insaf disini.

Wednesday, May 5, 2010

selalu dengar nama jer...malam tadi..

Restoren ni mmg glamer la kat ampang ni..

salam kowang...cite kali ni tempat makan :)..aku mmg bukan test makan kat tempat2 yang ala2 mahal gitu...aku jenis x kisah..gerai pun xpe jadi jnji halal, bersih n yang pasti sedap.sesekali pergi kat tempat2 yang ade nama ni mmg syok..byk kali pgi ( jawab la sendiri :p) malam tadi untuk 1st timenya aku pgi la lepak kat BORA OMBAK kat ampang nu..ala tempat yang cikgu linda jasmin n que kawin tu..cehhh macam jauh jer padahal belakang umah sewa aku je..dah dekat 3 tahun duk ampang baru ler nak pi sana...huhuhu sungguh jakun la aku. Actually ni plan kawan2 aku la ni...last minute baru decide nak pi lepak mana..Aku jarang nak kuar lepak2 lelama kat kedai makan tapi sesekali on jer.

perjalanan dari umah aku ke resoren ni lebih kurang 10 ke 15 minit jer..dekat kan...hahahahah betol2 sebelah bangunan sport planet kat ampang tu..erm 1st time sampai ok la..kat sini stail ala2 bali gitu...privacy n cantik la deconyer..Bab makanan harga mmg leh tahan n rasa xde r sedap mana..tapi ok la..hihihi nak order makan jer pun lebih 20 minit kitorang ambik..(sambil berkira2 gak la hahahahaah) kebetulan malam tadi malam hari bekerja, so xde r ramai sgt orang..tu pun kitorang x dapat duduk kat tempat yang leh duduk bersila yang de langsir2 tu..sume dah reserve..xper2 mana2 duduk pun x kisah la kan..yeahhhh bila sampai kat restoren camni harusla ade gambar...layan la pic ni..

atas: wati ngn nadia bawah: aku ngn nana

ni semua kawan2 kolej masa sama2 balaja dulu..nama jer duk kl tapi amat2 jarang dapat jumpa..mmg la sonok gila..ni pun x ramai yang ade...xpe lain kali ade masa n rezeki kita jumpa reramai lak..

x dapat la pic berempat..ganti2 la erk hihihi

sebelum menu sampai..

menu malam tadi...

posing la kowang..xpe2 aku pun suka :p

macam kitorang jer yang ada...yang lain port jauh2 ckit dari kitorang..


lepas makan tgk gambar kawin nadia ni..

senyum2..

bila2 free nnt kita jumpa la lagi erk :)

macam2 nak cite malam tadi...tapi nnt la kowang..sonok dapat jumpa..tq wei..pada nad yang sudi belanja n amik kitorang (aku ngn wati) tq sesangat..hahahahha merasa aku naik neo kete hadiah hantaran ko tu :p hope pas ni ko bahagia melayari alam umah tangga..cepat2 dapat baby erk.

to nana: sonok sembang n dengar cite ko...terutama cite pasal anak ko yang cerdik tu..x sabar nak tunggu anak ko besar, mesti la cantik macam mama dia huhuhuhu

wati..hihihi sib plan jumpa malam tadi jadi..ade je benda nak halang..apa2 pun aku happy kuar sengihnampakgigi klu rasa nak bergambar ( aku tau ko mmg suka) ajk la aku lagi hahahahahahaha

p/s: Bulan depan nak pi sunway lagoon eyh...erm harap2 jadi la heeeeeeee

p/s lagi: dah 2 hari aku guna sabun tu...alhamdulillah..ade kesan :)

Tuesday, May 4, 2010

macam takut je nak naik penimbang semalam...

huh...baget macam la kurus giler..hahahahha semalam bese la rutin bila pi tesco harus la aku ke penimbang berat badan tu kan..mmg rasa cam result akan hampa..tapi alih2 semalam yeahhhhhhhhhh berjaya la membakar aku punya semangat n azam nak menyelimkan diri...lalallalla bukan la slim sgt tapi lebih kepada sihat + ceria+yakin..

bukan turun banyak mana pun tapi cukup la buat aku senyum..2.2 kg heeeeeeeeeeeeeeeee berat sebenar sila jgn tanyer ok! tapi aku rasa sebbnyar bukan apa...bulan lepas selera makan aku mmg down... asal makan mesti x habis..padahal bukan amik byk pun bila sakit lagi la aku x mo mkn..sambil tu aku apply la cara makan macam yang penah aku buat dulu... nak tau baca SINI..walaupun x byk turun tapi bulan2 ade perubahan sekiranya berdisplin ok! tu yang selalu aku ingatkan dalam diri..displin2 sengihnampakgigi

ok, harap bulan depan ade perkembangan yang lagi baik..insyaallah....lalalalalalal

p/s: sakit belakang dah baik, tapi masih x nak angkat barang berat lagi..takut lagi..mulut rasa nak makan macam2 tapi xde selera...

p/s lagi..rasa cam nak makan nasi putih panas2 ngn ikan bilis goreng + kicap+bawang + cili padi ngn ulam2...fuhhhhhhhhhhh

Monday, May 3, 2010

Lelaki @ wanita Lebih tertekan?

salam semua...tajuk tu mesti kowang ingat aku yang tgh tertekan kan??? actually xde r..tetiba lak aku terbaca pasal artikal tertekan tadi. Tu la nak share ngn kowang.

apa yang buat aku tertarik sebb ia lebih kepada wanita..korang caya x yang wanita ni lebih akan rasa tertekan..bila aku baca artikal tu ya...mmg wanita mudah sgt tertekan disebabkan byk faktor. yang paling buat aku terdiam bila ramai gak wanita bila tertekan akan ke arah ni 'Berperasaan lebih baik mati, kadangkala disertai dengan cubaan membunuh diri'. kenapa la sampai macam tu erk...klu mati kat sana tu cmfm2 ke kita senang?? sama2 r kita pk.

Okey la, nak tau lanjut kowang baca SINI erk. Yang baik kita ikut, yang x baik jauh2kan la :)

P/S: Tertekan sebb berat badan...ahakkkkkk :p