# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': 2011
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 29, 2011

JOM KONGSI 30

KEHIDUPAN ORANG YANG BERBAHAGIA

tatkala ajal hendak menjemput nyawa Abdullah bin Syaddad, dia memanggil anaknya Muhammad lalu berpesan dengan dengan sebuah pesanan penting yang menjelaskan sebab2 kebahagiaan, kedamaian dan keselamatan di dunia dan akhirat. Dia berkata kepada anaknya:-

"wahai anakku! Menurutku ajal tidak dapat dielakkan. Sesiapa pun di antara kita yang telah pergi, maka dia tidak akan kembali. Barangsiapa yang tetap bertahan , maka dia pasti melewatinya. Tidak seorang pun yang dapat melarikan diri daripada ajal. Sungguh aku berpesan kepadamu wahai anakku dengan sebuah pesanan, maka jagalah pesanan berikut ini:

1. BERTAKWALAH KEPADA ALLAH DAN BERSYUKURLAH KEPADANYA

Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah Yang Maha Agung. Perkara yang mesti kamu utamakan adalah bersyukur kepada Allah dan berniat ikhlas sama ada ketika bersendirian mahupun di hadapan kyalayak ramai. Ketahuilah bahawa oarang yang bersyukur itu mendapat bekalan dan takwa merupakan sebaik-baik bekalan.

" Wahai anakku! jadilah kamu seperti apa yang dikatakan oleh al-hathi'ah dalam sebuah syair:

Aku tidak melihat kebahagian itu harta yang dikumpul tetapi oarang yang bertakwa itulah orang yang bahagia. sebaik-baik bekalan adalah bertakwa kepada Allah. Ia adalah sebaik baik simpanan kelak di sisi ALLah. Setiap sesuatu yang dekat itu pasti akan segera datang akan tetapi yang telah berlalu itu sudah pasti menjauh.

ikuti sambungan pesanan ini di lain entry :)

Wednesday, December 21, 2011

Rehatkan Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Rehatkan Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, December 19, 2011

Menu :- DONAT


BAHAN-BAHAN

3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)

1/4 cawan air suam

1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit

1/2 cawan gula halus

1 sudu kecil garam

1/3 cawan shortening/butter

5 cawan tepung gandum

Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN

  • Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.

  • Masukkan susu, gula, garam, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

  • Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan. Tutup mangkuk dengan kain lembab dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.

  • Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.

  • Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak. Toskan minyak. Salut dengan gula icing ataupun coklat

Friday, December 16, 2011

Allah Ajarkan Tentang Keyakinan Kepada-Nya | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Allah Ajarkan Tentang Keyakinan Kepada-Nya | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tuesday, December 13, 2011

DOA:-

"Sesungguhnya kami terjaga (di pagi hari) dengan (kesedaran bahawa) kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhannya adalah milik ALLAH dan segala puji bagi ALLAH, tiada sekutu bagiNYA tiada tuhan selain DIA dan kepada-Nya kami dibangkitkan."

Monday, December 12, 2011

JOM KONGSI 29

IBN ABBAS BERKATA, " Satu kesukaran pasti mendatangkan dua kemudahan."

Wahai orang yang dirundung derita,
Sesungguhnya derita itu ringan
Bergembiralah dengan kebaikan,
Kerana keringanan datang dari Allah.

Putus asa kadang memutuskan harapan
Janganlah sekali-kali berputus asa,
Kerana kebahagian datang dari ALLAH
ALLAH menjamin setelah kesukaran pasti ada kemudahan

Janganlah sekali-kali risau,
Kerana Tuhan pencipta itu Allah
Apabila engkau mendapat cubaan,
maka percayalah pada Allah dan relakanlah

Sesungguhnya yang memberi cubaan itu Allah
Demi Allah, engkau tidak punya siapa pun selain Allah
Maka cukuplah bagimu dalam segala hal itu Allah.

Thursday, December 8, 2011

Pertarungan Iman Dan Nafsu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Pertarungan Iman Dan Nafsu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tuesday, December 6, 2011

RENUNGAN 30:-

“Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.”

Wednesday, November 30, 2011

Muhasabah Maal Hijrah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Muhasabah Maal Hijrah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tuesday, November 29, 2011

1 Muharram 1433H

1 Muharram 1433H

Friday, November 25, 2011

Menu :- Salad Buah

Buah-buahan yang telah dipotong

Bahan-bahan

1 biji Epal Merah
1 biji epal hijau
Anggur @ Strawbery
Yogourt berperisa @ asli

Cara Penyediaan

Potong kecil buah epal merah dan hijau dan juga buah anggur. Campurkan semua bahan tadi bersama yogourt berperisa pilihan anda atau perisa asli..Jika suka anda boleh tambah madu atau badam. (saya x letak pun). Sedap dimakan sejuk2. :)

taraaaaaaaa..salad buah siap untuk dimakan..

p/s: sesuai bagi mereka yang sedang berdiet :)

Thursday, November 24, 2011

Sujud: Menghilangkan Tekanan Jiwa.

Sujud: Menghilangkan Tekanan Jiwa.

Monday, November 21, 2011

Tenang Yang Dicari | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tenang Yang Dicari | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Menu :- LEMPENG KERAS


BAHAN-BAHAN

Tepung gandum
air
sedikit garam
majerin
Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN

Masukkan tepung gandum dan sedikit majerin ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan air yang di campurkan sedikit garam...gaul sebati bahan tersebut hingga menjadi doh. uli bahan2 tersebut sehingga adunan tadi tidak melekat pada tangan.Selepas itu bulatkan doh tadi kepada bulatan yang kecil. (seperti cara membuat roti canai) Ambil satu adunan yang dibulatkan tadi dan leperkan. Seterusnya panaskan minyak di dalam kuali dan anda boleh menggoreng. Goreng hingga warna kekuningan. Siap. SEdap dimakan bersama sambal ikan bilis @ sambal tumis. :)

p/s: terima kasih pada kawan yang ajar buat lempeng keras ni walaupun dia bagi resepi x cukup bahan :p...1st buat nih.senang jer

Thursday, November 17, 2011

Sekilas Pelayaran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sekilas Pelayaran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday, November 16, 2011

DOA :-

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JIKA ADA DIKALANGAN KAMI ORANG YANG SEDANG SAKIT YA ALLAH, BERIKAN KESEMBUHAN KEPADA MEREKA YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JIKA ADA DIKALANGAN KAMI ORANG YANG SEDANG SUSAH YA ALLAH BANTULAH SEGALA URUSAN MEREKA YA ALLAH, JIKA ADA DIKALANGAN KAMI ORANG YANG SEDANG BERSEDIH HATI YA ALLAH, BERIKAN KETENANGAN DAN JALAN KELUAR BAGI PERMASALAHAN MEREKA YA ALLAH, JIKA ADA DIKALANGAN KAMI ORANG YANG SANGAT BERHAJAT DENGAN KEPERLUANNYA YA ALLAH, TUNAIKANLAH SEGALA HAJAT DAN CUKUPKANLAH KEPERLUANNYA YA ALLAH, JIKA ADA DIKALANGAN KAMI ORANG YANG MENDERHAKA KEPADAMU YA ALLAH, ISTERI YANG MENDERHAKA KEPADA SUAMINYA YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG MENDERHAKA KEPADA IBU DAN AYAHNYA YA ALLAH, AMPUNKAN MEREKA DAN PIMPINLAH MEREKA YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SUSAH KAMI BANTULAH YA ALLAH, BEBAN KAMI RINGANKANLAH YA ALLAH, PERMASALAHAN KAMI BERIKAN JALAN KELUAR YA ALLAH, HAJAT KAMI TUNAIKANLAH YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHAN KAMI, DOSA KAMI AMPUNKANLAH YA ALLAH, KEAIBAN KAMI TUTUPLAH YA ALLAH, KERAS HATI KAMI LEMBUTKANLAH YA ALLAH, HIDUP KAMI BIMBINGLAH YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KELUARGA KAMI BAHAGIAKANLAH YA ALLAH, ISTERI KAMI SOLEHAHKANLAH YA ALLAH, SUAMI KAMI SOLEHKANLAH YA ALLAH, ANAK-ANAK KAMI SOLEH DAN SOLEHAHKANLAH YA ALLAH, JIKA ADA DIKALANGAN MEREKA YANG KERAS HATINYA LEMBUTKANLAH YA ALLAH, JIKA ADA DIKALANGAN MEREKA YANG BELUM MENDAPAT KESEMPURNAAN HIDAYAHMU BERILAH HIDAYAHMU KEPADA MEREKA YA ALLAH..


AMIN YA RABBAL ALAMIN




Friday, November 11, 2011

Jom Jadi Orang Kaya

Jom Jadi Orang Kaya

Thursday, November 10, 2011

JOM KONGSI 28

TERIMALAH PERMOHONAN MAAF DAN JANGANLAH MENGUNGKIT MASA LALU

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr dengan Sanad yang bersambung kepada Nabi s.a.w yang bermaksud:-

"kasihanilah orang lain, maka kamu akan dikasihi. Maafkanlah kesalahan mereka, maka kamu akan diberi maaf. Sungguh binasa bagi perkataan menindas. Sungguh binasa bagi orang-orang yang terus melakukan perbuatan kejinya sedangkan mereka mengetahuinya"

Al-hasan bin Ali r.a berkata, "Seandainya seorang lelaki memakiku di telingaku ini dan meminta maaf di telinga yang lain, nescaya aku tetap menerima permohonan maafnya."

Al-Ahnaf berkata, " Jika seseorang memohon maaf kepadamu, maka terimalah permohonan maafnya itu yang disertai dengan senyuman."

Salah seorang penyair berkata:

Terimalah kata maaf orang yang datang kepadamu, sama ada kata-katanya itu jujur ataupun bohong. Orang yang taat mungkin menyenangkanmu, orang yang derhaka mungkin memuliakanmu."

Di antara kata-kata Abu Darda' r.a adalah, "memaki saudara lebih mudah daripada kehilangan dirinya dan seseorang yang dianggap sebagai saudaramu, maka berilah haknya dan patuhilah dia mana pun dia berada supaya kelak dia pun mematuhimu."

Musa bin Ja'far berkata, "Siapakah yang kamu anggap sebagai saudara? Janganlah kamu berfikiran singkat hingga kamu kelak hidup tanpa saudara."

Umar r. a berkata, "Manusia yang paling sempurna akalnya adalah seseorang yang paling sering memberikan kata maaf."

Ibn Umar berkata, "Barangsiapa yang menipu kami maka kami pun akan menipunya."

Daripada Abu Qilabah, dia berkata, "Apabila kamu mendengar sesuatu yang kamu bencimenimpa saudaramu, maka pohonlah kata maaf semampumu kepadanya. Jika kamu tidak menemui kata maaf kepadanya maka katakan kepada dirimu sendiri, "Semoga ada kata maaf yang tidak aku ketahui untuk saudaraku itu."

p/s: Memafkan itu lebih indah walaupun ianya amat sukar kita lakukan...Memaafkan orang lain itu beerti kita memberi maaf kepada diri kita sendiri..Dengan memaafkan hati akan lebih Tenang, INSYAALLAH...Renungkanlah.

Friday, November 4, 2011

Amalan Soleh di Awal Bulan Dzulhijah

Email dari seorang sahabat...jom kita share :)

Keutamaan sepuluh hari awal Bulan Dzulhijah dan anjuran memperbanyak amal soleh

Diantara dalil yang menunjukkan keutamaan sepuluh hari pertama bulan Dzulhijah adalah hadits Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Tidak ada satu amal sholeh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah).” Para sahabat bertanya: “Tidak juga dengan jihad di jalan Allah?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Tidak juga dengan jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak kembali dengan sesuatupun.(iaitu mati)”

- [HR. Abu Daud no. 2438, At Tirmidzi no. 757, Ibnu Majah no. 1727, dan Ahmad no. 1968, dari Ibnu ‘Abbas. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih sesuai syarat Bukhari-Muslim].

Penjelasan ringkas:

Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan:
“Hadits ini menunjukkan bahwa amalan di sepuluh hari pertama bulan Dzulhijah lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari lainnya dan di sini tidak ada pengecualian. Jika dikatakan bahwa amalan di hari-hari tersebut lebih dicintai oleh Allah, itu menunjukkan bahawa beramal di waktu itu adalah sangat utama di sisi Allah.”

- [Latho-if Al Ma’arif, hal. 456.].

Bahkan jika seseorang melakukan amalan yang mafdhul (kurang utama) di hari-hari tersebut, maka boleh jadi ia lebih utama daripada seseorang melakukan amalan yang utama di selain sepuluh hari awal bulan Dzulhijah.

Menghidupkan puasa-puasa sunnah terutama puasa Arafah

Dianjuran untuk melakukan puasa-puasa sunnah:

Dari Hunaidah bin Kholid, dari istrinya, beberapa istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada sembilan hari awal Dzulhijah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulannya, …”

- [HR. Abu Daud no. 2437. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.].

Puasa Hari Arafah:
Pada tahun ini hari Arafah di negara kita jatuh pada
5 september 2011 (SABTU). Banyak keutamaan melaksanakan puasa Arafah. Antara yang dapat kita jadikan pedoman ialah hadits Abu Qotadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Puasa Arofah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”

- [HR. Muslim no. 1162, dari Abu Qotadah].

Penjelasan ringkas:

• Hadits ini menunjukkan bahwa puasa Arofah lebih utama daripada puasa ‘Asyuro. Di antara alasannya, Puasa Asyuro berasal dari Nabi Musa, sedangkan puasa Arofah berasal dari Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.
- [Fathul Bari, 6/286].

• Keutamaan puasa Arofah adalah akan menghapuskan dosa selama dua tahun dan dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil. Atau boleh juga yang dimaksudkan di sini adalah diringankannya dosa besar atau ditinggikan darjatnya di sisi Allah.
- [Syarh Muslim, An Nawawi, 4/179, Mawqi’ Al Islam.].

Oleh itu, hendanya kita memanfaatkan peluang keemasan ini untuk melaksanakan ibadah puasa hari Arafah pada tahun ini.


Artikel asal: http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/amalan-sholih-di-awal-dzulhijah-dan-puasa-arofah.html

Thursday, November 3, 2011

Berdating Pukul 3 Pagi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Berdating Pukul 3 Pagi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, October 24, 2011

myMetro | Usah tunda taubat

myMetro | Usah tunda taubat

Monday, October 17, 2011

Bila bersendirian..

Bila bersendirian
jangan rasa kesepian
walau tanpa teman
kita tetap diperhatikan

Dalam gelap atau terang
ada mata yang sentiasa jaga
melihat perlakuan dan rasa
mencatat dosa atau pahala

Bila bersendirian
jangan katakan 'aku sunyi'
sebaliknya selalu bisikan dalam hati
pada diriku sentiasa
ada Pemerhati

Bila bersendirian
teruji keikhlasan
tanpa kejian atau pujian
apakah terus ada kesetiaan
berfikir dan berzikir
dengan tulus kesunyian!


Di Mana DIA dihatiku-ustaz PAHROL MOHD JUOI


Wednesday, October 12, 2011

[Design] Sentiasa Ada Ruang | iluvislam.com + discover the beauty of islam

[Design] Sentiasa Ada Ruang | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, October 10, 2011

RENUNGAN 29:-

"Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi dengan kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa, pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita TERANG untuk bersyukur, Allah juga berikan kita GELAP untuk kita bersabar"

Wednesday, October 5, 2011

JOM KONGSI 27

Jangan besedih jika Anda dizalimi

Saudaraku, jika anda dizalimi, maka janganlah besedih...dann berputus asa kerana Allah Taala sentiasa bersamamu.. Allah Taal tidak menyukai kezaliman, bahkan mengharamkan dan melarangnya. DIA berfirman dalam hadis QUDSI ertinya:-

"sesungguhnya aku mengharamkan kezaliman ke atas Zat-Ku dan menjadikannya haram di kalangan kamu dan oleh itu maka janganlah kamu saling berlaku zalim (HR. Muslim)

Jika kamu dianiaya maka berbahagialah, kerana Allah pasti bersamamu. Jika kamu dianiaya maka bergembiralah, kerana kamu memperoleh pahala orang-orang yang dianiaya. Jika kamu dianiaya maka bergembiralah, kerana doa kamu ke atas orang yang menganiaya kamu adalah dimakbulkan. Sabda Nabi s.a.w :-

"hindarilah doa orang yang dianiaya kerana tidak ada tirai pemisah antara doanya dengan Allah. (Hr. Al Bukhari dan Muslim)

"jangan sekali-kai berbuat zalim jika kamu berkuasa kerana berbuatan zalim pasti berakhir penyesalan... Kedua matamu tidur lena namun orang teraniaya berjaga dia mendoakanMu sedangkan Zat Allah tidak pernah tidur"

Betapa rugi orang yang tidur lena sedangkan mata orang lain berjaga mendoakan kejahatan atas dirinya. Alangkah beruntungnya orang yang tidur lena sedangkan mata orang lain berjaga mendoakan kebaikan untuknya.

Wahai orang yang dizalimi,bergembiralah... Jika kamu belum sempat mengambil hak kamu di dunia ini, maka ganjaran pahala kamu pasti dilipatgandakan di akhirat kelak. Pada hari itu, orang yang telah mengambil haknya di dunia berangan-angan supaya ganjarannya di tunda sampai hari kiamat..

ingatlah sesiapa sahaja yang kita zalimi didunia..Allah pasti akan balas..TAkutlah akan azab Allah..Semoga kita dijauhkan dari menjadi orang2 yang zalim.

Wallahu a'lam

Monday, October 3, 2011

Redha vs Terpaksa | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Redha vs Terpaksa | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday, September 28, 2011

Allah Tidak Jauh, Doa Sentiasa Mustajab | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Allah Tidak Jauh, Doa Sentiasa Mustajab | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, September 23, 2011

CAHAYA HATI

Bila hati payah mengingati ALLAH
Bila hati tak syukur dengan kesenangan
Bila hati tak sabar dengan kesusahan
Bila kurang terkesan oleh peringatan
Bila cintakan diri lupakan kawan
Bila cenderung pada yang haram dan dosa
Suka menzalim dan menganiaya
itulah petanda hati telah buta

paksalah hati mengingati TUHAN
Belajarlah syukur dengan yang ada
Hasil bersabar dengan apa yang tiada
Dekati sumur ilmu cedoklah titisan peringatan
Jauhilah yang haram dan syubhat
Carilah bimbingan solihin terdekat
Bersahabatlah dengan orang yang baik
Pemurah, pemaaf dan bersedekah..
Nescaya hati kan bercahaya semula

Ingin kumelihat yang indah dan cantik
Sayangnya ketika segalanya sudah nyata
Aku jadi buta untuk melihatnya
Mata berselubung keindahan ilusi
Hati terselindung keindahan hakiki
cahaya atas cahaya...
Itulah cahaya yang di hati
cahaya lindung cahaya...
itu cahaya yang di mata
aku terkesima!

Petikan dari buku : DIMANA DIA DI HATIKU?-UST. Pahrol Mohd Juoi


Thursday, September 22, 2011

RENUNGAN 28:-

"DAN BARANGSIAPA YANG BERTAWAKAL KEPADA ALLAH NESCAYA ALLAH AKAN MENCUKUPKAN (KEPERLUAN)NYA" - At-Talaq :3

Monday, September 19, 2011

Adakah Istidraj Berlaku Kepada Kita? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Adakah Istidraj Berlaku Kepada Kita? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday, September 14, 2011

DOA :-

Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkaulah penegak langit, bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Pemancar cahaya langit dan bumi. bagimulah segala puji. Engkaulah yang haq, janjiMu adalah benar, pertemuanMu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurgaMu adalah benar, nerakaMu adalah benar, Nabi-nabi adalah benar, Muhamad s.a.w. adalah benar dan kiamat adalah benar.

Ya Allah kepadaMulah aku berserah diri, kepada Engkaulah kami kembali, kepada Engkaulah kami merindu, kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang telah kami lakukan dan yang sebelumnya,baik yang kami sembunyikan atau yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir.

Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul Alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

Thursday, September 8, 2011

JOM KONGSI 26

MEWUJUDKAN CARA BERFIKIR YANG LEBIH BAIK UNTUK DIRIMU & ORANG LAIN

  • Hendaklah kamu menjadi orang yang TENANG
  • Jangan biar orang lain membuat kamu marah
  • Jangan kamu cuba untuk membalas DENDAM.. Ketika kamu berfikiran ke arah itu, maka tumpukan fikiranmu untuk memikirkan objek lain.
  • Berusahalah untuk mempertingkatkan kualiti diri
  • Tumpukanlah kepada perkara2 positif dalam diri orang lain yang wujud di persekitaran kamu.
  • Cubalah untuk bertenang...Jika ini sukar dilakukan maka cuba berpura-pura untuk bertenang..Namun setelah itu kamu akan dapati diri kamu tidak lagi perlu untuk berpura2.
  • Fikirkanlah pelbagai persoalan sebagai cabaran dan peluang yang mungkin kamu dapat menyelesaikan persoalan tersebut dengan jayanya.
  • Jika kamu merasa kecewa, maka carilah bahan bacaan, kunjungilah rakan, atau telefon salah seorang kenalanmu atau sesiapa yang kamu sukai. Memberi tumpuan terhadap sesuatu objek di luar masaalh peribadi menjadikan kamu mustahil dikuasai oleh kemuskykilan yang sedang dihadapi.
  • Senyumlah....kerana sungguh jarang orang yang tidak mahumembalas senyuman. Senyuman tidak hanya setakat mengukuhkan perasaan kamu yang disertai perilaku mesra, namun ia juga mendorong otak kamu untuk mengeluarkan hormon endorfin yang tidak dapat menghilangkan rasa sakit dalam struktur tubuh secara praktikal. Dengan demikian,, pada akhirnya kamu akan merasa lebih bersifat optimis terhadap diri kamu sendiri.

Semoga ianya memberi MANFAAT kepada saya & kamu2 yang membaca :) insyaallah.

Tuesday, September 6, 2011

Melihat Dengan Mata Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Melihat Dengan Mata Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, August 25, 2011

RAMADAN diRINDUI...SYAWAL DIRAI...

SALAM SEMUA... ALHAMDULILLAH KITA MASIH DAPAT MERASA NIKMAT UNTUK BERADA DALAM BULAN RAMADAN TAHUN INI..ITULAH TANDA KASIH SAYANG ALLAH...PASTI RAMADAN INI AKAN KITA RINDUI...DAN HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI SAMADA KITA AKAN MERASA NIKMAT RAMADAN TAHUN DEPAN...

DIKESEMPATAN YANG ADA INI, MOHON AMPUN DAN MAAF KEPADA SEMUA PEMBACA YANG SUDI MELUANGKAN MASA SINGGAH KE BLOG NI...SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...RAIKAN AIDILFITRI INI DENGAN PENUH KESYUKURAN...

YA ALLAH TERIMA KASIH ATAS NIKMAT BULAN RAMADAN DAN SYAWAL YANG AKAN DATANG.

Wednesday, August 24, 2011

HARAPAN RAMADAN :)

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...

Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua




Monday, August 22, 2011

Bersabarlah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Bersabarlah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, August 19, 2011

JOM KONGSI 25

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:

1. Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan:

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

Tuesday, August 16, 2011

DOA:-

"Ya ALLAH dekatkan aku kepada KEREDHAAN Mu dan JAUHKAN aku daripada KEMURKAAN dan BALASAN Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan RAHMAT Mu, wahai TUHAN yang MAHA PENGASIH"

Monday, August 15, 2011

Kekurangan Itu Suatu Kehebatan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kekurangan Itu Suatu Kehebatan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tuesday, August 9, 2011

RENUNGAN 27:-

"Perbuatan baik adalah suatu perbuatan yang membuat jiwa tenteram dan hati menjadi tenang. Dan perbuatan dosa adalah perbuatan yang menjadikan jiwa goncang dan hati gusar, sekalipun kamu mendapat petua daripada ahli fatwa"Imam Ahmad

Friday, August 5, 2011

DOA:-

" Ya Allah, jadikanlah puasaku puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekelian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha pengampun daripada segala Dosa"

Wednesday, August 3, 2011

JOM KONGSI 24:- PART 3 (TERAKHIR)

Alhamdulillah...sampai juga kita pada bulan ramadan yang berkat ini...syukur pada ILAHI..semoga kita semua dapat tingkatkan segala amalan kita dan semoga kita sentiasa berada di bawah LINDUNGANNYA...AMIn...ok2 saya nak sambung TIP HIDUP BAHAGIA DALAM MASYARAKAT...ni adalah bahagian yang akhir :)

  • Perbaikilah terus niatmu dan jadikanlah setiap persahabatan kamu kerana Allah dan di jalan Allah SWT
  • JAdilah kamu orang yang bertolak ansur , murah hati, lembut hati, sabar, ramah tamah, gemar membantu orang lain dan kreatif
  • Lupakanlah keburukan sahabat-sahabatmu tentu persahabatan tersebut akan berpanjangan
  • Sifat dendam tidak menyakiti orang lain, sebaliknya padahnya pasti menimpa orang yang suka menyimpan rasa dendam
  • Sampaikanlah amanah kepada orang yang menitipkan amanah kepadamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang telah berkhianat kepadamu
  • Berharaplah ganjaran pahala dalam setiap derita yang menimpa dirimu
  • Jadilah orang yang menepati janji, kerana melanggar janji dapat menjatuhkan harga diri kamu
  • Kamu harus bijak menempatkan setiap kedudukan orang lain dan janganlah memperlakukan orang mulia sama dengan perlakuan orang bodoh
  • Berusahalah melihat permasalahan dengan kaca mata orang lain agar kamu dapat mengetahui sudut pandangan mereka
  • Janganlah kamu mencampuru urusan peribadi orang lain dan janganlah kamu menanyakan persoalan peribadi mereka
  • Kebenaran bukan monopoli milik kamu, maka janganlah kamu menganggap bodoh pendapat orang lain
Semoga saya dan korang2 semua dapat renungkan n fikirkan tip2 yang saya ambil dari buku yang saya baca KEBAHAGIAN PASTI BERSAMAMU diterjemahkan oleh Nor hasanuddin dan disunting oleh Dr Mohd Puzhi bin usop dan ust zairul mat Zin.

Yang baik kita ikut, yang buruk kita jangan buat :) teruskan berpuasa dengan bersungguh2 n lipat gandakan amalan kita mengikut kemampuan.

Saturday, July 30, 2011

Ketenangan Ada Dijual Di Sini | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Ketenangan Ada Dijual Di Sini | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, July 29, 2011

Ahlan wasahlan Ramadhan

As salam,

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".
(Al-Baqarah ayat:183)


Alhamdulillah...ramadhan semakin menghampiri kita..marilah kita sama-sama mempersiapkan diri untuk menjalani ibadah puasa. ya bulan yang sangat2 berkat di mana kita DIWAJIBKAn berpuasa..Bukan sekadar hanya dengan Menahan diri dari Lapar dan Dahaga serta perkara2 yang membatalkan puasa, tetapi kita perlu berpuasa dengan seluruh pancaindera kita. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena, Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia serta meninggalkan maksiat.

Dikesempatan ini saya ingin mengambil peluang memohon maaf kepada sesiapa sahaja kawan2 yang @ membaca blog saya..Marilah kita membersihkan hati kita agar kita tenang untuk menghadapi bulan yang sangat istimewa ini. Seandainya ada kata2 saya dalam blog ni yang menyentuh mana2 pihak, saya minta maaf. Akhir kalam, salam ramadhan dan semoga ramadhan ini membawa Keberkatan dalam hidup kita, INSYAALLAH.

P/s: Ingatan untuk semua n diri saya sendiri, hidupkanlah BULAN RAMADHAN ini dengan amalan kebaikan..Jom kita ramai2 kumpul Saham yang kita nak bawa kat SANA nanti...semoga Allah menerima puasa kita serta amalan2 kita...AMIN


niat puasa :)

1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.