# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': September 2009
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 16, 2009

yey..yey..nak sambut raya :p


uiikkkk sonoknya dalam hati...kanak2 leh la lompat2..yang dah tua bangka cam haku ni pe jadahnya nak lompat2 keseronokan bila raya menjelma...hahhahaha ramadhan bakal melabuhkan tirai x lama lagi...terasa sedih sgt...tu la kelebihan bulan ramadhan ni...datang disambut pergi dikenang(dapat ke aku merasa ramadhan tahun depan?) ape pun SYUKUR ke hadrat ILAHI kerana aku diberi kesihatan n kesabaran serta kekuatan melalui setiap dugaan yang berlaku sepanjang puasa tahun ni...semoga segala amalan kita sepanjang bulan ramadhan tahun ni di terima...Amin

Cmne ngn persiapan raya???huk huk huk..actually aku simple jer ade baju 2 3 helai pun dah ok..sume aku buat ala kadar..klu boleh nak happykan mak+abah n adik2 ngn anak2 buah jer...dan family aku..tahun ni aku beli apa yang perlu jer...so x yah la ngade2 nak beli make up raya, hp raya, handbag raya...(kalau dulu pakaian kecik2 pun nak beli time raya) hihihihi tu la pompuan...alah laki pon sama...lebih kurang jer...jgn nak mengata pompuan erk..huhuhu Aku paling sonok klu dapat belikan baju @ apa2 je la tuk mak + abah aku..tapi diorang selalu x mo..diorang selalu kata x yah bazirkan duit..huhuhu terharu..tapi aku belikan gak ikut mampu aku..

Duit raya? aku ni gaji idak la besor pon...bagi la adik2 n anak2 buah jer...ikut mampu aku.. tapi kan, aku ni suka bagi jumlah yang ganjil tau...tak tau la knp...setakat ni xde r anak buah @ adik2 yang complain nilai duit yang aku bagi...(mungkin diorang dah sedar betapa susahnya aku cari duit kat kl)..kah kah kah mana ade duit lebih aku bagi la lebih...

KUIH raya....erm kalau dulu aku akan ada masa 3 4 hari sebelum raya kat kg..so masa ni aku bertungkus lumus buat kuih n biskut2 raya..akak n abang aku la yang akan beli ckit2 kuih dari kl bawa balik kg..tapi sekarang fuhhh...kesibukan warga kota berkerja menyekat aku tuk pulang beraya awal kat kg...x sempat dah nak buat kuih raya biskut bagai..balik pun sehari before raya..so tuk x jadi kisah sedih kuih raya xde atas meja pada hari raya, aku pun support la kuih raya mana yang terlarat...beli la 5 6 jenis kuih tuk meriahkan keadaan.. tu pun aku order je online..x larat aku nak seret kuih banyak2 kalau beli kat jalan tar nu...penat.kitorang adik beradik hulur la sorang ckit kuih..kan lama2 banyak..mak kat kg pun byk menyumbang kuih raya tahun ni..dalam sibuk2 jaga syakir n dzakkir..hihihi

Aku nak ambik kesempatan ni mengucapakan salam syawal kepada sume pembaca setia @ pembaca yang x berapa nak setia ngn blog aku ni.. semoga syawal ini membawa 1000 kebahagian n keinsafan buat kita sumer..ade terkasar bahasa aku dalam blog ni aku minta diampunkan...kepada yang nak balik raya tu beringat2 tau..jaga keselamatan diri korang..memandu jgn laju2,biar lambat asalkan korang selamat sampai, yang naek kenderaan awam cam aku ni pastikan korang datang awal kat stesen bas...jgn sampai terlepas bas n belilah tiket di tempat yang betul..buat akhirnya selamat menyambut hari raya aidilfitri..maaf zahir batin..

P/S pas raya ni moh pkat ramai2 kita buat posa 6 erk..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....HOORAY NAK RAYA.. :P

160609 = 26 RAMADHAN 1430

Hari ini dalam sejarah bagi aku..hihihi x tau nak mula camne tapi sepanjang hidup aku naik train ke opis hari ni la kali pertama train ade problem camni punya teruk la (sebelum ni x teruk camni)...pagi ni aku kuar umah cam bese jer xde r perasaan x sedap hati ker.. bila sampai lrt ampang pun tetap maintain ok jer sebb xde apa2 perubahan maupun yang pelik..tetiba2 telinga aku dengar 1 suara ni..'perhatian kepada sume penumpang, kami memohon kerana train ini tidak akan beroperasi di stesen bandaraya..Penumpang2 yang datang dari arah sri petaling dan ampang sila tukar train anda di stesen chan sow lin.sekian terima kasih".

mula la dahi aku berkerut ni..apsal lak pagi ni.ade train terbalik ker?ade train rosak ker?nak tanyer orang x de mood sebb aku tengok sume orang masih terpinga2...pengumuman seperti tadi aku dengar lagi n kali ni lebih kerap lagi..dekat 20 minit aku duk dalam train kat lrt ampang sebelum train bergerak...SAH! mesti ade sesuatu yang x kna ni.. bila train bergerak aku dah rasa lain jer sebb kat stesen cahaya orang dah ramai gila...cmner lak nak masuk dalam train yang dah sedia ramai orang ni...belum lagi stesen2 seterusnya...dah la nak sampai chan sow lin ni kna lalui 6 kali perhentian tu..masing2 dalam train aku tgk dah mula kuarkan hp dalam beg masing...ade yang buat call..taip msg ..termasuk la aku..hik hik hik sebb macam2 kemungkinan akan berlaku ni..ye la kitorang x tau keadaan kat stesen chan sow lin camner..

bila train sampai jer kat stesen C.S.L aku rasa terkejut gila...haaaaaa???? camni punya ramai orang..kalah jalan tar rasanya...kat tangga, kat tepi jalan sume orang..mula2 aku panik, camner nak gi opis ni..lambat sampai nnt..bila tgk ramai giler orang yang tersangkut, aku pun jadi cool..macam2 bangsa ade..ye la 1 malaysia kan...cina, india, melayu sume ade..yang bestnyer masing2 x pentingkan diri sendiri..walaupun berlainan bangsa..masing x segan2 bertanya train mana yang patut kna ambik tuk kuar dari sesak ni n pegi ke destinasi sendiri..ade yang kata ambik alternatif sendiri la...train xde..huh??? camni aku nak gi opis ni?ade gak yang cari teksi, cari bas...tapi jalan lak jammed..pengumuman x habis2 dari tadi mohon maaf atas kesulitan yang berlaku pagi ni..pegawai2 yang bertugas pon turun membantu orang ramai untuk ke destinasi.

ini keadaan ketika aku baru je sampai kat stesen C.S.L masih ok lagi..

makin ramai..

seluruh kawasan kat situ dah penuh orang...

Dalam keadaan camni x leh nak marah2 sebb bukan ckit2 orang yang lmbat pagi ni..dan yang aku dapat tau train dari sri petaling dah tutup pagi ni...dan yang pasti train nak ke bandaraya yang ade problem sebenarnya.Aku pun x pas apa pun sebenarnya..orang ni cakap lain..akhirnya train nak ke sri petaling sampai...pegawai bertugas buat pengumanan...dengan suara yang kuat dia menjerit..."train ni ke sri petaling!!!" aku x tunggu lama dah ikut la arahan..bila dah dalam train ambik masa gak la nak jalan..lpas 15 minit baru train jalan dari chan sow lin..lega sangat..sian lak kat orang yang masih ramai tersangkut..bila sampai train cheras, sunyi sgt2 , lengang...stesen tu x beroperasi pagi ni..bila aku samapi stesen BTR ramai orang tunggu nak masuk sebb nak beli tiket tapi hampa la..pegawai tu cakap train xde..

akhirnya aku sampai gak opis..aku hepi la pagi ni sebb walaupun berlaku kesulitan camni tapi x la lambat mana pun sampai opis..dugaan bulan puasa ni..harap balik kang train dah ok..klu x ok cmner aku nak balik umah???? wawawwawawaw :p

ni la sebb knp perkara dia ats terjadi...harap dapat merungkai segala tanggapan..huhuhuh

SARI BERITA TERPENTING!!!

16/09/09 Kuala Lumpur,Train Lrt Star sekali lagi tergelincir dari landasan pagi ini berhampiran dgn station PWTC.Ini telah menyebabkan kesesakan kepada pengguna2 Lrt Star dari Sri Petaling & Ampang kerana terpaksa bertukar train di Chan Sow Lin untuk ke pusat bandaraya.Keadaan semakin sesak kerana train untuk ke bandaraya lambat manakala yg dari ampang & seri petaling tiba selang 5-10 minit.Pengguna terpaksa menggunakan lain2 alternatif seperti bas,teksi untuk ke pusat bandar.

Wednesday, September 2, 2009

ujian ramadhan

sila ambik perhatian..aku puasa tau..ni dah masuk hari ke 12...alhamdulillah..kejap je dah 12 ramadhan..uhuk uhuk uhuk..apa2 pun bila time bepose ni kita akan diuji dengan bermacam2 perkara..LAPAR (sudah tentu) PENAT..NGNTUK kat opis huhuhu.. dugaan sale2 yang berlambak kat kl ni..(kalau la fikiran x waras, tentu aku dah shopping giler2)..

ini la bulan yang banyak mengajar kita bersabar dengan sume tu..jgn la diikutkan sangat..kita kna la beli apa yang perlu n jgn berlebih2han.Erm pasal menu berbuka bulan ramadhan tahun ni x perlu la aku sebut satu2..cuma setakat dah 12 hari ni alhamdulillah ade la makanan. belom la penah aku berbuka maggi lagi tuk tahun ni(walaupun aku penah rasa saat berbuka maggi tu suatu ketika dulu) sob..sob...

ramadhan kali ni aku lebih seronok memasak kat umah sewa je di temani wati n dayah..walaupun memasing penat balik kje, kitorang saling tolong menolong. x de la istilah, 'ko la masak, aku penat la'..mungkinkah ramadhan akan datang suasana macam tu dapat lagi aku rasa...huhuhu..macam x kot.. :( kata orang masak sendiri jimat..tol ke? mungkin ya..tapi bagi kami yang memask hari2 ni sakit gak kpala, ye r hari2 nak pk menu apa..kalau tanyer aku aku ni mmg x kisah pon..makan jer apa2..bab ni la yang paling syok..masak makanan yang x penah masak ni best tau..leh belajar. hik hik hik

k, aku nak pk jap menu tuk buka ptg karang..maybe korang leh cadangkan menu yang best2..leh la aku try masak..daaaaaaaa selamat meneruskan puasa korang..huhuhu