# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': JOM KONGSI 30
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 29, 2011

JOM KONGSI 30

KEHIDUPAN ORANG YANG BERBAHAGIA

tatkala ajal hendak menjemput nyawa Abdullah bin Syaddad, dia memanggil anaknya Muhammad lalu berpesan dengan dengan sebuah pesanan penting yang menjelaskan sebab2 kebahagiaan, kedamaian dan keselamatan di dunia dan akhirat. Dia berkata kepada anaknya:-

"wahai anakku! Menurutku ajal tidak dapat dielakkan. Sesiapa pun di antara kita yang telah pergi, maka dia tidak akan kembali. Barangsiapa yang tetap bertahan , maka dia pasti melewatinya. Tidak seorang pun yang dapat melarikan diri daripada ajal. Sungguh aku berpesan kepadamu wahai anakku dengan sebuah pesanan, maka jagalah pesanan berikut ini:

1. BERTAKWALAH KEPADA ALLAH DAN BERSYUKURLAH KEPADANYA

Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah Yang Maha Agung. Perkara yang mesti kamu utamakan adalah bersyukur kepada Allah dan berniat ikhlas sama ada ketika bersendirian mahupun di hadapan kyalayak ramai. Ketahuilah bahawa oarang yang bersyukur itu mendapat bekalan dan takwa merupakan sebaik-baik bekalan.

" Wahai anakku! jadilah kamu seperti apa yang dikatakan oleh al-hathi'ah dalam sebuah syair:

Aku tidak melihat kebahagian itu harta yang dikumpul tetapi oarang yang bertakwa itulah orang yang bahagia. sebaik-baik bekalan adalah bertakwa kepada Allah. Ia adalah sebaik baik simpanan kelak di sisi ALLah. Setiap sesuatu yang dekat itu pasti akan segera datang akan tetapi yang telah berlalu itu sudah pasti menjauh.

ikuti sambungan pesanan ini di lain entry :)

0 dah tinggalkan jejak: