# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': renungan hari jumaat....
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 21, 2010

renungan hari jumaat....

Menjawab bersin daripada ORANG – ORANG ISLAM adalah salah-satu SUNNAH yang ditunjukkan dan diajar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sendiri . Di antara dalil-dalilnya ialah :

{ 1 } ~ Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah ra , daripada sabda Baginda Nabi s.a.w : “ Apabila salah-seorang kamu bersin , maka hendaklah dia menyebut : “ ALHAMDULILLAH “ . Dan hendaklah pula saudara ataupun kawan ( di sisinya yang mendengar ucapan itu ) menyebut : “ YAR HAM KALLOH “ . Dan apabila dia menyebut “ YAR HAM KALLOH “ maka hendaklah ( yang bersin itu membalas ucapan itu pula dengan ) mengatakan : “ YAHDI KUMULLOH WA YUSLIHU BALAKUM “ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab al-Adab .

{ الْحَمْدُ لِلَّهِ } “ ALHAMDULILLAH “ : Ertinya : “ Segala Puja-Puji Hanyalah Untuk Allah “ .

{ يَرْحَمُكَ اللَّه } “ YAR HAMU KALLOH “: Ertinya : “ Semoga Dirimu Dirahmati Allah “ .

{ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ } “ YAHDI KUMULLOH WA YUSLIHU BALAKUM : Ertinya : “ Semoga Dirimu Pula Diberikan Hidayah Oleh Allah Dan Diperbaiki Oleh-Nya Akan Hal Keadaan Kamu “ Sahih

{ 2 } ~ Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

Ertinya : Sesungguhnya Saidina Abu Hurairah r.a pernah berkata : Saya pernah mendengar Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : “ Hak seseorang muslim terhadap muslim lain ada lima , iaitu : { 1 } ~ Menjawab salamnya , { 2 } ~ Menziarahinya ketika sakit , { 3 } ~ Mengikuti ( menguruskan ) jenazahnya , { 4 } ~ Memenuhi ( mendatangi ) undangannya ( kendurinya ) , dan { 5 } ~ Menjawab { mendoakannya } ketika dia bersin “ ~ [/color] Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh ( 3 / 1240 ) , Al-Imam Muslim rh ( 4 / 2162 ) , Al-Imam Ahmad rh ( 2 / 540 ) , Al-Imam Ibnu Hibban rh ( 1 / 321 Ihsan ) dan Al-Imam as-Suyuthi rh di dalam “ Al-Jamie’ as-Soghir “ ( 3735 ) .

Daripada kedua-dua hadis di atas , dapatlah kita ketahui bahawa yang dituntut ialah MENJAWAB ( MEMBERI RESPON ) kepada ORANG ISLAM yang bersin ( dan lalu diucapkan pula “ Alhamdulillah “ ) . Adapun terhadap ORANG-ORANG BUKAN ISLAM , maka itu TIDAKLAH DITUNTUT , malahan ia merupakan satu perbuatan bid’ah di dalam berdoa yang tidak pernah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ataupun salah – seorang daripada para sahabat r.a yang mulia itu .

Bagaimana pula jika seseorang itu mengucapkan “ BLESS YOU “ , dan bukannya dia mengucapkan doa “ YAR HAM KUMULLOH “ kepada seseorang bukan Islam yang bersin ? . Bukankah itu TIDAK MENGAPA kerana yang diucapkan itu bukanlah doa di dalam B. Arab , hanya macam ucapan “ SELAMAT SEJAHTERA “ kepada golongan bukan Islam ? .

Jawapannya : Apabila diucapkan “ BLESS YOU “ maka sudah tentu timbul pula soalan : “ Siapakah pula yang bless ( memberi rahmat / berkat ) itu ? “ . Sudah tentulah Tuhan ( Allah Ta’ala ) . Dan apakah ini sendiri bukan sebagai sebuah doa ? . Mendoakan rahmat dan berkat Allah Ta’ala kepada orang-orang bukan Islam adalah HARAM dan DITEGAH , dalilnya

Ertinya : “ Tidaklah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman itu berdoa memohon keampunan bagi golongan musyrikin walaupun mereka itu adalah kaum – kerabat , setelah jelas mereka itu adalah bakal penghuni neraka ( dengan matinya mereka di dalam kekafiran ) “ ~ Ayat 113 , Surah at-Taubah

Walaupun ayat di atas menyatakan bahawa tidak dibenarkan kita memohon ( berdoa ) keampunan bagi golongan musyrikin , akan tetapi ia termasuklah juga dengan berdoa memohon rahmat ataupun keberkatan untuk mereka . Ini disebabkan keampunan itu sendiri akan melahirkan rahmat dan keberkatan Ilahi .

p/s: Wallahu a'lam...

3 dah tinggalkan jejak:

Solehah said...

terima kasih share..

Solehah said...

terima kasih share..

zella y said...

trima kasih byk2 sbb bg info ni...

yela...kdg2 ade gak ckp ngan kwn2 yg bkn islam "may god bless u"... xbole rupanyer...


time kasih ye!