# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': salam awal muharram :)
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 18, 2009

salam awal muharram :)

Salam semua...terasa cepat betul masa berlalu kan??? tup2 dah nak masuk tahun baru awal muharram..ok aku just nak ingatkan kowang n diri aku sendiri..sempena tahun baru islam ni, kita tutup buku lama, buka buku baru...jernihkan apa yang keruh..yang x elok kita tinggalkan n jadi yang lebih baik dari yang terbaek.. :)

hohoho sebelum aku lupa aku tau ptg kang ramai yang nak tgk bola kan???? betul x?? tapi ambik masa kjap untuk ni tau..

Doa akhir tahun -29 Zulhijjah

Segala puji hanya layak bagi ALLAH, tuhan semesta alam selawat dan salam ke atas nabi muhammad dan keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya Allah apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihani kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan manakala apa2 kebaikan yang kami lakukan mendapat redhamu, dan ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai Tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan , terimala apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini-Semoga Allah merahmati nabi Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabat dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk Allah, TUHAN semesta alam

P/S Doa ini dibaca sementara menanti waktu maghrib pada malam 29 zulhijjah

Doa awal tahun -1 muharram

Segala puji hanya layak bagi Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas nabi Muhammad semulia-mulia Rasul dan keluarganya juga para sahabat seluruhnya. Ya Allah engkaula yang kekal, yang sedia darin awal lagi, dan ENGKAU lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya- juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada Mu wahai TUHAN yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan, wahai tuhan yang maha mengasihi, dan semoga ALLAH rahmati Nabi Muhammad dan kaum keluarganya juga sahabatnya dan segala puji-pujian untuk TUHAN semesta alam.

P/S Doa ini di baca selepas maghrib malam 1 muharram.. sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, Telah amanlah anak adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.

aku bagi makna jer...arabnyer aku x dapat tapi x pe r janji baca :)

5 dah tinggalkan jejak:

el said...

samalah2 kita...slmt thn baru
doa yg terbaik tu kamoo jugak
amin

sI tEDI said...

salam maal hijrah

hans said...

salam maal hijrah
selamat berazam

cik EPAL said...

salam maal hijrah :)

Sharinginfoz said...

memang cepat aja masa berlalu kan......

Cerai Kerana Facebook