sembang ckit2 sebelum buat keje...sambil dengar radio...
tarik nafas panjang2 n relaks..pas tu nak buat kjer
P/S: maaf n3 amat pendek, sibuk n aku akan terus menulis bila semuanya dah ok

Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 9:11 AM 5 dah tinggalkan jejak
Menjawab bersin daripada ORANG – ORANG ISLAM adalah salah-satu SUNNAH yang ditunjukkan dan diajar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sendiri . Di antara dalil-dalilnya ialah :
{ الْحَمْدُ لِلَّهِ } “ ALHAMDULILLAH “ : Ertinya : “ Segala Puja-Puji Hanyalah Untuk Allah “ .
{ يَرْحَمُكَ اللَّه } “ YAR HAMU KALLOH “: Ertinya : “ Semoga Dirimu Dirahmati Allah “ .
{ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ } “ YAHDI KUMULLOH WA YUSLIHU BALAKUM : Ertinya : “ Semoga Dirimu Pula Diberikan Hidayah Oleh Allah Dan Diperbaiki Oleh-Nya Akan Hal Keadaan Kamu “ Sahih
{ 2 } ~ Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :
Ertinya : Sesungguhnya Saidina Abu Hurairah r.a pernah berkata : Saya pernah mendengar Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : “ Hak seseorang muslim terhadap muslim lain ada lima , iaitu : { 1 } ~ Menjawab salamnya , { 2 } ~ Menziarahinya ketika sakit , { 3 } ~ Mengikuti ( menguruskan ) jenazahnya , { 4 } ~ Memenuhi ( mendatangi ) undangannya ( kendurinya ) , dan { 5 } ~ Menjawab { mendoakannya } ketika dia bersin “ ~ [/color] Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh ( 3 / 1240 ) , Al-Imam Muslim rh ( 4 / 2162 ) , Al-Imam Ahmad rh ( 2 / 540 ) , Al-Imam Ibnu Hibban rh ( 1 / 321 Ihsan ) dan Al-Imam as-Suyuthi rh di dalam “ Al-Jamie’ as-Soghir “ ( 3735 ) .
Daripada kedua-dua hadis di atas , dapatlah kita ketahui bahawa yang dituntut ialah MENJAWAB ( MEMBERI RESPON ) kepada ORANG ISLAM yang bersin ( dan lalu diucapkan pula “ Alhamdulillah “ ) . Adapun terhadap ORANG-ORANG BUKAN ISLAM , maka itu TIDAKLAH DITUNTUT , malahan ia merupakan satu perbuatan bid’ah di dalam berdoa yang tidak pernah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ataupun salah – seorang daripada para sahabat r.a yang mulia itu .
Bagaimana pula jika seseorang itu mengucapkan “ BLESS YOU “ , dan bukannya dia mengucapkan doa “ YAR HAM KUMULLOH “ kepada seseorang bukan Islam yang bersin ? . Bukankah itu TIDAK MENGAPA kerana yang diucapkan itu bukanlah doa di dalam B. Arab , hanya macam ucapan “ SELAMAT SEJAHTERA “ kepada golongan bukan Islam ? .
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 1:22 PM 3 dah tinggalkan jejak
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 10:56 AM 8 dah tinggalkan jejak
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 4:55 PM 4 dah tinggalkan jejak
salam pagi isnin...semalam pi teman kawan aku pi lh cretive..kat jalan brunei...kl...lh creative tu minatang pe??? oooo tu tempat cari bf..hahahahahah...xde r tu tempat nak pi tempah kat kahwin yang sgt cantik murah n berbaloi serta banyak pilihan....aku promot lak kat cni....hik hik hik semunya terpulang pada budget kowang la...lain2 orang lain la citarasa kan?
actually kawan aku ni dah tempah masa hari sabtu ngn tunang dia, so semalam nak pi tgk la design tu bila dah masuk kat komputer n nak semak la buat kali yang terakhir sebelum kad di cetak...call kedai depa kata tutup kul 3 masa tu jam dah kul 2.05....siap2 dengan pantas n aku ngn member aku terus merempit...sampai kedai tu dalam 2.45..fuhhh dengan cuaca yang agk panas tu...masak aku..
sampai sana terus pi jumpa orang yang telah diamanahkan mendesign kad kahwin kawan aku ni...byk gak songeh dari kitorang maklumla..aku ngn kawan aku ni penah belajar grafik designer so, bila ade design yang x kena harusla suh ubah..gmbar tu jgn besar sgt, kasi blur2 ckit...x ok la letak kat situ...hahahahah akhirnya siap gak..
ade la dalam 2 jam duk kat kedai tu...tgk jer la pic aku ambik ni...
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 10:39 AM 7 dah tinggalkan jejak
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 9:13 AM 6 dah tinggalkan jejak
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 5:06 PM 11 dah tinggalkan jejak
“Saya nak pergi kangkang . Kamu nak ikut?”
Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;
“Hah? kamu nak pergi apa????”
Dengan slumber pula dia menjawab,
“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.
Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…
“Astarghfirullah’alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”
Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;
“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”
Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!
“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”
“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.
“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…
“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!!~”
p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhu~
p/s: kah kah kah macam2 nama kedai sekarang ni...
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 4:13 PM 9 dah tinggalkan jejak
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 10:14 AM 3 dah tinggalkan jejak
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 5:52 PM 2 dah tinggalkan jejak
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 9:27 AM 12 dah tinggalkan jejak
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 9:42 AM 3 dah tinggalkan jejak
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 11:50 AM 6 dah tinggalkan jejak
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 5:38 PM 3 dah tinggalkan jejak
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 11:01 AM 8 dah tinggalkan jejak
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 11:02 AM 4 dah tinggalkan jejak
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 1:53 PM 2 dah tinggalkan jejak
Rukun Iman ada enam (6) perkara :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
Rukun Islam ada lima (5) perkara :
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan zakat
(5) Mengerjakan Haji
Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya..
membawa mengingati الله.
Mendengarkan kata-katanya..
menambahkan ilmu.
Terlihat gerak gerinya..
meninggikan takut kepada الله.
Berkawan dengannya..
berjuang ke jalan الله..
dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. -Surah Yusuf ayat 87.
MEMBALAS KEBAIKAN DENGAN KEJAHATAN ADALAH PERANGAI YANG SERENDAH-RENDAHNYA. MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEJAHATAN, BUKANLAH PRIKEMANUSIAAN. MEMBALAS KEBAIKAN DENGAN KEBAIKAN ADALAH HAL BIASA. MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN ADALAH CITA-CITA KEMANUSIAAN YANG SETINGGINYA.