# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': kamu makan ini enggak???
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 10, 2010

kamu makan ini enggak???

knp aku nak tulis pasal ni...ikhlas aku jawab aku x tau...mungkin sebb aku suka makan... n juga sebb aku lapa n terbayang sume makanan tu...heeeeeeeee kamu makan tempoyak???? cencaluk???budu?? sambal belacan???uiiiiiiii sume ni akan buat aku kecur air liur..terus terang aku cakap dulu aku mmg x reti makan sumer ni...mungkin sebb aku penah dok hostel n campur2 ngn kawan dari macam2 negeri so dah terpandai la nak makan benda2 ni..kiranya aku ni xde r teruk sgt kan?????ade orang kata orang bandar x makan benda2 ni???serius aku cakap dah duk kl ni la kau belajar makan sume benda2 ni....lapar

Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan di simpan di dalam bekas tertutup untuk beberapa hari sebelum di makan sebagai tempoyak. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular dan mendapat sambutan dari dalam dan luar negeri.

Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.

Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.

Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.

Proses pembuatan cencaluk memerlukan beberapa kaedah untuk membuatnya dan ia perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan mutu serta kualiti cencaluk itu sedap dirasa apabila dimakan.

Udang geragau yang segar, iaitu tanpa direndam dengan air, akan dicampurkan dengan garam, dan sedikit nasi, iaitu sama seperti bahan- bahan untuk membuat belacan. Setelah ketiga-tiga bahan sudah menjadi sebati, ia seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas, iaitu pasu, guri atau tempayan kecil. Pasu dan tempayan kecil itu kemudiannya ditutup dengan kain bersih untuk diperam selama tiga hari. Ada juga pembuat cencaluk yang menambahkan sedikit air didih nasi bagi menambah kesedapan cencaluk.

Apabila cencaluk sudah diperam dan sesuai untuk dimakan, ia boleh disedapkan lagi sewaktu dimakan sebagai lauk dengan nasi melalui dua cara:

  • cencaluk dicampur dengan lada basah dan bawang besar yang dihiris. Kemudian ia akan dicampur dengan perahan limau nipis atau limau kasturi; ataupun
  • cencaluk dicampurkan dengan sedikit lada basah dan sehiris dua halia, kemudian digoreng dengan telur.
Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.

Sambal belacan merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam. Sambal belacan pada amnya merupakan lada/cili yang ditumbuk bersama belacan, garam dan sedikit gula.

Sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan tempoyak bagi menyedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili padi atau juga dikenali sebagai cili api, akan digunakan bagi menggantikan lada besar.

selalu dengar orang kata kalau makan de sampingan2 tempoyak, budu, cencaluk @ sambal belacan selera mmg terangkat...heeeeeeeee nak tau sejauh mana kebenarannya kowang try la...mana2 pgi kedai makan mmg ade disediakan..tapi klu ikut kata aku mmg bertambahla nasi aku ambik..layan tau makan kalu salah satu tu..nyum nyum nyum hahahaha..

korang makan x??? mana belajar makan sumer2 ni???? x makan??? knp?? ssb mmg x makan la heeeeeeeeee okeh sekian dari dapur sue...jelir

P/s: sekarang aku mmg agak slow wat n3...kekurangan idea n mungkin x sempat... macam2 hal pulak minggu ni..kalah bos plak aku ni.

P/s: owh esok sudah jumaat???? cepatnya..



9 dah tinggalkan jejak:

myQza said...

**Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain

suehann.. pantai klebang dah x de.. dah jadi daratan!!! :((

Jard The Great said...

ku makan je.. ehehe

mukasurat17 said...

psl mkn. aku semua blasah....
dari belacan smpi ke budu:)

[s][u][e][h][a][n][n] said...

tedi:ooooo mungkin dulu2 kot..sayangkan tempat2 macam tu kalau dah xde..

jard the great: samo la kita :p

mukasurat 17: bagus2...pandai makan mesti pandai masak x gitu :p

el said...

cencaluk jer x lepas lg..kahkahkahhhh

Nadiene said...

cop!

johor pon fames la...

tapi kalu kltan punyer tempoyak memg agak pelik, heee

[s][u][e][h][a][n][n] said...

k el: try r kak...meti boleh heeeeeeeee

fid:oooo ade beza ker kalau tempoyak kltan???? x tau la pulak..johor bukan femes ngn mee bandung, rojak petis ker??? nyum2 sedapnya :)

Precious said...

Wehhh ... lapar ni wehhhh! Belum lunch lagi ... Masih awal lagipun! Hahahaaaaa ..

[s][u][e][h][a][n][n] said...

precious:sama r..aku pun x makan lagi..makan pun kna tunggu turn!!

itu lagi baik dapat makan daripada x dapat langsung...ahhahah aku merepek