# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': x-tiviti cuti / masak part 1
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 25, 2009

x-tiviti cuti / masak part 1

Sonoknya bangun lambat cuti ni..pas solat subuh aku tido balik..sambung tido sampai la kul 830...kalau orang lain mesti lajak sampai kul 10 @ 12 tapi aku sayang cuti aku...aku bangun la pg mandi..gosok gigi...cuci muka sume bagai...dah setel sumer tu aku turun bawah nak buat sarapan pagi (erm bakal isteri solehah ni :p) menu pagi ni mihun je la. sebelum buat sarapan aku gosok baju untuk kerja sebanyak 5 helai + tudung 5 helai..fuhhh penat..pas tu aku sambung la berperang kat dapur tu.. n siapla breakfast pagi ahad ni...aku makan sensorang jer sebb kawan aku sorang lagi kat atas...tido kot lagi x pun msg..pas mkan aku xde ape nak buat...tgk la tivi...macam2 cite la aku tgk...kjap2 tukar channel..tgk tivi 9 la best ckit..kalau x balik kg @ kuar ni la x-tiviti aku time cuti..best sgt tgk tivi sedar2 dah kul 1230 tghari...masa untuk masak lunch la plak..kna masuk dapur lagi...(pompuan la katakan) dapur n pompuan mmg x leh dipisahkan...huhuhu

setelah 1 jam setengah....

my Makan tengahari...
  1. ikan bakar
  2. kuah asam
  3. kangkung goreng belacan
  4. ulam timun

erm...naik atas solat zohor pas tu baru la makan..after makan lipat baju n tgk tivi...bosan tul cuti2 duk umah..x pe r jimat.dah terlebih rehat aku ni.. kalau kat kg byk ckit x tiviti leh buat...wawawaw rindunya kat kg!

Resepi lunch aku..

Ikan Bakar

Bahan2:

Ikan Cencaru sederhana besar

garam

kunyit

Bila ikan dah siang, gaul ikan bersama garam n kunyit pas tu bakar..Mudah kan? klu nak ade aroma bakar atas daun pisang tau..huhuhu

Kuah Asam

Bahan2:

air asam jawa

belacan (dibakar)

cili padi

bawang besar

tomato

cara buat:-

potong kecil2 tomato, bawang besar n cili padi..pas tu campur sume bahan yang ada..siap pun..nak taruk limau kasturi lagi pun ok..sedap tau..

Kangkung Goreng Belacan

Bahan2:

kangkung

bawang putih

bawang merah

ikan bilis

belacan

gula

garam

sos tiram (klu suka)

minyak untuk menumis

cara buat:-

Cuci kangkung, pas tu tumbuk bahan berwarna pink..pas tu masukkan minyak n tumis...bila naik bau masukkan sikit air n sayur kangkung tadi..masukkan garam, gula n sos tiram..ikut cita rasa memasing..jgn masak sayur terlalu lama kerana khasiat sayur akan hilang...tadaaa dah siap.

Timun ni aku beli la...mana de resepi nak buat timun..kah kah kah

0 dah tinggalkan jejak: