Sakit Belakang
Pengenalan
Definisi: Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.
Sebab-sebab: Terdapat banyak sebab-sebab Sakit Belakang. 75% kes sakit belakang tidakdapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh:
• Otot
o Otot tergeliat
o Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan
o Otot letih
• Tulang
o Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
o Pecah tulang belakang
o Tulang yang cacat
o Kanse tulang
• Lain-lain
o Kedudukan badan yang tidak betul
o Penyakit Radang Pelvic (PID)
o Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
o Penyakit batu karang
o Psikologi
Tanda & Gejala
Bila perlu berjumpa doktor?• Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki.• Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya• Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki• Rasa sakit yang menusuk• Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas.• Apabila adanya gejala-gejala yang berkaitan seperti :-o Fever (demam)o Sakit di bahagian peruto Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar.o Sakit kepalao Berkaitan dengan haidKomplikasiBergantung kepada sebab dan puncanya, sakit belakang yang tidak dirawat bolehmenyebabkan komplikasi :-• Lemah atau lumpuh otot-otot kaki• Kecacatan kekal• Kanser yang tidak dapat dikesanSekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ dalaman yang berkaitan sakit puan, jika tidak dirawat boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan komplikasi lain.RawatanSakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :o Rehat yang cukupo Regangan pada bahagian belakango Fisioterapio Menggunakan ubat sapuo Ubat anti inflamasi tanpa steroidRawat penyebab sebenar sakit belakang seperti PID dan UTIPencegahan• Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat• Berehat untuk meregangkan belakang badan• Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan• Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap’s Smear untuk mengesanKanser Serviks• Kekalkan berat badan unggul (nisbah berat dan tinggi).• Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium yang cukup dan nutrisi yang lainuntuk mencegah osteoporosis.• Kekalkan cara hidup yang sihat
p/s: semenjak sakit ni rajin pulak aku nak cari info tuk kesihatan ni :)..
sakit belakang xbleh minum ais..tapi tadi mmmmm dah aku terminum :p