# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': Jom kita berMotivasi.. :)
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 3, 2009

Jom kita berMotivasi.. :)

apa aku buat bila aku marah @ tertekan...ni ha la jawabnya...aku tulis la kat blog...fuhhhh lega ckit. sekurang2 nya aku dapat info yang berguna kan??

Apa itu marah?

  • marah adalah emosi semula jadi yang biasa bersifat negatif
  • marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak tekawal
  • marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal

Apa yang berlaku jika korang marah?


  • Degupan jantung meningkat
  • Tekanan darah meningkat
  • Pernafasan menjadi cepat dan pendek
  • Mengalami ketegangan otot-otot
  • Paras hormon meningkat menyebabkan pergerakan badan terasa kuat dan pantas

Bagaimana perasaan marah timbul
?


  • Perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang, sesuatu peristiwa @ kebimbangan hidup anda.
  • Kemarahan boleh berpunca daripada faktor luaran apabila seseorang @ suatu peristiwa yang menyebabkan anda berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam.
  • Kemarahan boleh berpunca dari dalam diri anda sendiri apabila memikirkan @ teringat sesuatu peristiwa yang menyebabkan anda rasa marah.

Kenapa korang merasa marah?

  • Anda merasa marah apabila tidak dapat mengawal @ mengubah sesuatu yang anda benci. Perasaan benci mengakibatkan keresahan dan ini merupakan perasaan marah yang sederhana.
  • Tuntutan @ permintaan di luar batas kemampuan anda untuk melaksanakan akan mencetus perasaan marah yang lebih teruk.
  • Bagaimana cara anda menilai sesuatu keadaan yang menentukan perasaan marah anda. Perasaan marah akan menjadi lebih teruk jika mempunyai anggapan negatif dan tidak rasional.

Apakah punca kebiasaan kemarahan
?

  • Dicederakan
  • Ditipu
  • Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan
  • Terbiar tanpa diendahkan
  • Hilang upaya mengawal
  • Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan

sampai sini dulu...nnt aku update erkkkk


2 dah tinggalkan jejak:

Tinie a.k.a Ibu Fatin said...

ko marah dgn sapa wei???
setau aku ko ni pnyabar hahaha

suehann said...

isskkk mana leh cakap..nnt blog aku kna gam!!! :p hahhahah anggapla tu macam motivasi huhuhuhuhu