# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara'
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 10, 2010

lirik yang bagus...ingatan untuk kita semua :)

aku mmg suka cari lirik2 lagu..nak2 lagi klu lagu tu bestttttttt, lagu tu ade jiwang2.... ade kenangan2...ececece...jom layan lagu ni.

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim

wali band( tobat maksiat)

Tuesday, November 9, 2010

korang penah tegur orang yang korang x kenal tak??

aku rasa aku x pernah tegur orang yang aku x kenal even kat mana2 sekalipun...walaupun orang tu artis ker...dia pakai baju lawa ker, pkai baju buruk ker...dia seksi ker..hensem sgt2 ker...just pandang adalah..

pe reaksi korang klu ade orang yang korang x kenal korang tegur korang...contoh:

fuyoooooooo seksi la awak ni...
cantik baju awak..
fesyen apa baju kamu ni..
amboi merahnya liptik...
cantik beg u..

tu antara ayat2 yang bese orang yang x kenal akan kata pada seseorang bila ada sesuatu yang menarik perhatian dia..mungkin sesetengah jer kot...jujur la pada aku, mmg aku x penah nak tegur orang lebih2 lagi pada orang yang aku x kenal...mungkin orang macam tu spesis peramah kot...ataupun klu lelaki antara ayat2 nak usik2...(ko ingat aku suka! ) hahahaha

apa2 pun rasa2 nak layan, layan la..rasa2 malas biar kan jer..


p/s: zaman2 sekarang ni masih ade lagi ker orang tegur, assalamualaikum....x jawab dosa..pandai2 jer kata dosa...jawab dalam hati la :p

Monday, November 8, 2010

kita kongsi ilmu eyh :)

Tip kurang berat badan untuk pengantin

salam korang...tetiba artikel ni rasa syok lak nak aku baca pagi ni...jadi share la ngn korang..apa lagi copy n paste ler :p

MEMANDANGKAN tidak lama lagi musim cuti sekolah dan ramai yang mahu melangsungkan perkahwinan, mari berkongsi 18 tip untuk pengantin mengurangkan berat badan daripada Kevin Zahri (www.kevinzahri.com)

Lapan tip pemakanan:

1. Memilih makanan daripada bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Sebolehnya, elakkan daripada makanan yang digoreng dan berlemak.

3. Tambahkan makanan yang berserat.

4. Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.


5. Elakkan daripada minuman berkarbonat, kek, biskut dan jem.

6. Hadapi paling kurang empat hidangan sihat sehari termasuk sarapan. Makan secara perlahan-lahan, jangan langkau hidangan anda kerana ia akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.

7. Elakkan mengambil makanan kudapan atau snek di waktu malam.

8. Sebaik-baiknya, pilih makanan mengikut tahap umur dan aktiviti anda.


Lima tip cara bersenam pengantin:

1. Digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan, berjoging, bersenam atau bermain badminton.

2. Sekiranya anda mempunyai masalah sesak nafas semasa bersenam, bermakna anda melakukan senaman dengan melebihi had keupayaan anda.

Jadi, mulakan senaman dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri anda.

3. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti ini paling kurang 30 minit, tiga hingga lima kali seminggu.

4. Penurunan berat badan antara satu hingga satu setengah kilogram seminggu adalah lebih baik.

Ini bermakna anda perlu mengurangkan 500 hingga 1,000 kalori setiap hari. Jadi, dalam tempoh tiga bulan, anda boleh kehilangan enam hingga 12 kilogram.

5. Pastikan anda melakukan juga senaman bebanan atau rintangan untuk pastikan badan anda kental.


P/s: syok kan klu dapat ikut tip ni berterusan..mau kurus badan mak nyah..hahhahahahah

Thursday, November 4, 2010

esok jumaat adalah hari cuti :)

owh cam x rasa jer nak raya deepavali..mungkin sebb kat opis ni xde staff beragama hindu agaknya...tapi opis tetap sunyi n rasa cam dah hari jumaat..apa nak tulis pun xde idea....

camni la...selamat bercuti kat korang semua...erm sapa2 yang nak balik kg yang mengalami banjir tu byk2 la bersabar atas dugaan ni erk..jaga diri ketika musim banjir ni.

aku mungkin cuti, mungkin x...xde plan lagi...mungkin malam ni akan buat keputusan...x pon sok pagi2 baru buat keputusan.

cam bese bila cuti panjang, blog aku pun kna jugak tempias..nnt isnin kot baru aku ke udara...insyaallah.

p/s: hati2 la kat korang...yang nak balik kg, yang nak gi jalan2, yang nak ke mana2 saja sempena cuti ni..selamat hari deepavali jugak pada yang sambut :)

Wednesday, November 3, 2010

jom kita kongsi ni...

ini email dapat dari kawan aku...jom la kita baca n renungkan :)


Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.

Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?

Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.

Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?

Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.

Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?

Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.

Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?

Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?

Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?

Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

- Artikel iluvislam.com


Tuesday, November 2, 2010

go geNting part 2

mmg klu ikutkan hati x puas pon gi genting baru2 ni...insyaallah ade rezeki lagi leh pgi lagi...sapa plak nak teman aku gi ngeeeeeeeeeee terasa kesejukan...kepenatan n kesakanan aku bergambar kat sana...erm mungkin sebb aku x main byk game kot...yang paling aku ingat ketakutan aku nek roller coaster tu...ni aku nak cerita...ye aku telah mengeluarkan air mata sebb takut wei...tapi klu takut knp naik? sebb aku nak rasa...nmpak macam xde apa2..sebelum naik apsal owg ni jerit2...xde r tinggi sgt game ni..ambik ko bila dah turn aku rasa hbis sora aku jerit...mata pun aku pejam dalam pala hotak aku pk yang aku xcident jer bila roller tu menjunam...huh..

ni saki baki gambar kitorang..klu rasa jemu toksah tgk..lalalalal

kami nak gi cari makan time ni...

knp pale aku selalu senget2..

ambik ko ...selesai kami makan bila dah tahap kebulur... :p yang x habis air n nugget..

time ni hujan kat luar...pas makan jalan2 kat dalam jerk..

kalau guna kamera yang pakai kodak cam dulu2 ni cnfm x cukup filem 36 kpg lalalallala

ni pic2 kitorang kat dalam ripley's believe or not..


heppp apa ko tunjuk tuuuuuuuuuu

ntah apa yang bertuah pon aku x tau :)

caya x buku tu x jatuh pon....ngeeeeeeeeeeeee

bang..tingginya...x sampai i nak pgg bahu u hik hik hik

ganas giler muka...

hensemnya bf awak...hahahaha

kecitnya tangan saya...

dah nak balik time ni...alaaaaaaaaa

muka dah penat..x larat nak senyummm

alhamdulillah sampai gak kat bawah...ye r sebelum naik genting ni ade dengar berita yang xcident bas tu...yang mengorbankan 7 nyawa tu...seriau...al fatihah tuk semua mangsa...pe pun aku best n happy walaupun x puas...ade next genting lagi ke pas ni???? @ percutian sebelum masuk 2011 hahahahah

p/s: eh2...syok aku tgk macam2 fesyen pakaian, shawl n gelagat owg kat gnting ni..memacam
!

Monday, November 1, 2010

go geNting part 1

salam korang....alhamdulillah dah masuk bulan nov dah hari ni...pantas betul masa berlalu...sebelum 2010 ni melabuhkan tirai ade byk kenangan2 2010 aku nak share....ye yang paling baru uhuhuhuhu geNting.. ngeeeeeeeeeeeeeee..

ok2... orang kata x genting la klu x main yang gempak2..yang tinggi2 kat sana kan...ye ye aku mengaku..bila dah sampai sana baru aku sedar yang aku ni penakut...eleh..biar la penakut pon...x kisah pon nak kata aku x hebat sebb takut nak main tu main ni kat sana..janji aku dah sampai sana huh riak :p

jom la layan gambar yang byk ni....

sebelum train sampai pon kami sempat lagi berposing

owh train xde orang sgt...xde la segan silu sgt :)

sampai jugak walaupun pg berdua!
aku ambik gmbar ko, ko ambik gambar aku..hahahhahaha

aku la tu hik hik hik

aku lagi...

ni dia..wati sejuk kan :p

nmpak kat belakang tu???? ye aku x main pon...dengar orang jerit pon aku dah gigil lutut.

time ni pon kita kat tempat tinggi gak...ko senyum2 berani erk hahahahahhaha

ntah..aku sonok ke takut ni...

kami sebelum naik roller coaster....

oppsss byk dah nnt aku sambung....air mata aku keluar la masa nek roller coaster tu...seyes wei tunggu erk..