# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara'
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 4, 2010

lambat pulak nak balik kg ni...

pagi kawan2...udah bangun ker korang ni???? alahai klu tgh diulit mimpi pun aku faham...ahhahaha nak2 lagi cuti2 gini...aku??? bese r sabtu mmg kna kjer...

hari ni pgi mana korang? kemas umah??? buat kuih?? bagus2...pada kawan2 yang dah sampai kat kg halaman tu mesti syok giler kan...

aku raya umat2 kat kl ni masih ramai lagi....ade baki 3 hari lagi nak kejer...huhuhu bosan lak rasa..lmbat gi nak balik kg nih..xpe2 aku balas balik ngn cuti raya lama2 hahahaha

huh bersin dah 16 kali pagi ni...alo pasai apa ni....soh2..x mo r selsema...aku nak raya wawawawwa

erm ptg ckit pas asar nak pi jalan tar...nak cari apa lagi erk?
  • baju melayu abah
  • tudung raya aku
  • baju kelawar corak batik adik & akak aku
  • kerongsang 1-2
  • manik
  • cukup la tu hahahhaha
harap2 aku dijauhkan la dari melakukan pembaziran...amin :)

p/s: balik keje kang nak tido jap r...baru ade energy nak jalan ptg kang kah kah kah
p/s: selamat berhujung minggu, selamat membeli belah...selamat semua.

Friday, September 3, 2010

24 ramadhan...

salam korang....sihat ker? puasa ok lagi?...harap semuanya baik2 erk.. terasa masa sgt cepat tol berlalu...sedar x sedar dah 24 hari kita di bulan ramadhan ni...alahai sedih pulak bila bulan puasa ni dah nak ke penghujung..

erm aku tau rata2 dah sibuk ngn shoping, buat kuih raya (yang ni mungkin x ramai termasuk aku huhuhu) persiapan itu, persiapan ini...kemas umah bagai...aku? tahun ni bese2 jer...lmbat gi nak balik kg...ikut perkiraan aku hahahah khamis depan baru balik....(awal2 pagi subuh baru gerak cari bas n tiket) ye r rabu tu aku kjer lagi...nak2 pulak makin nak dekat raya keje kat opis berlambak2..hohoho..

shopping?? mungkin esok aku akan redah jalan tar untuk kali kedua dalam bulan pose ni...bese r aku bujang, adik kirim tu la, akak kirim ini la...mmg aku la jadi sasaran..lagi pun keperluan aku sume dah ada...kira ambik pesanan orang hihihi ....yang syok bila pgi saat2 akhir ni cmfm orang ramai macam satu lautan manusia...bila dah ramai aku akan cari benda yang betul2 nak jer...xde masa nak pk beli benda lain..hahahah jimat ckit duit...

kuih2? memandangkan aku x dapat nak spend masa beberapa hari before raya kat kg, so aku x dapat la nak bakar biskut raya ngn mak n adik2...aku orderla ngn member dalam 3 4 jenis...dah 2 tahun aku sponser biskut raya, adik beradik lain sponser la kerepek ker....kordial ker...sponser tenaga ker ( bagi adik2 yang x keje lagi :p ) memasing ada bahagian sendiri...ringan ckit mak...tu pun mak gigih gak nak buat kuih2 tradisional tu sendiri...(rempeyek, kek kukus, bahulu lapis)

owh..malam ni mungkin akak aku datang umah nak angkut sume kuih..ye r aku kan balik naik bas...camner nak bawa balik kuih2 tu kang...dia siap cakap ada lagi x apa2 nak bawa balik...hahahha aku dah siap packing dah...ringan beg aku balik kg kang..huhuhu

okeh la...nnt aku cite lagi erk...aku klu menaip memula je malas, bila dah menaip x mo berenti lak...

P/s: nak layan lagu2 lama hari raya... :)

Monday, August 30, 2010

KELEBIHAN LAILATULQADAR

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram

P/s: jom sama2 kita rebut malam yang sangat2 istimewa ni :)

Friday, August 27, 2010

NASIHAT BUAT ANDA

Suriyanah Samsuri

gigahackers nasihatkan
Suriyanah Samsuri supaya berhati-hati lepas ni..

  1. sentiasa update password sekurang-kurangnya sebulan sekali
  2. jgn dedahkan password pd org lain
  3. jgn login pass & email anda pd laman web palsu

NASIHAT NI BKAN UTK Suriyanah Samsuri SAHAJA, TP UTK SEMUA PEMBACA @ FOLLOWER,

TU SAHAJA, HARAP DPAT MAAFKAN GIGA.
SLAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN

Thursday, August 26, 2010

*Nuzul quran*

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

p/s: sama2 kita menghayati dan memperingati peristiwa nuzul quran ini..
p/s lagi: ramai kengkawan cuti esok...aku kjer :(

Monday, August 23, 2010

rm 600????

salam pagi isnin semua...pagi ni terasa segar selepas menahan sakit kepala dari ptg semalam sampai ke malam...ntah x tau puncanya...barangkali angin kot..

erm apa nak cerita erk...owh hari sabtu ptg aku pgi ke mini pasaraya depan umah aku tu...maklumlah hari cuti boleh la masak lambat2...dah alang2 mau pgi beli kuih sekali..sampai dalam pasaraya cepat ambik barang yang betul2 nak beli daun limau purut n serai dan air 100 plus..masa tiba kat kounter jurujual tu marah2 ngn costumer sebelum aku...yang aku cuma dengar,

jurujual: lantak la...aku puasa ker x puasa...ko ingat costumer sentiasa betul...jgn ingat la sume costumer tu betul

aku: aku diam jer sebb xde kna mengena ngn aku

dalam keadaan marah jurujual tu punch la barang yang aku beli...total 600.. mak ai????? kak klu ko marahkan costumer tu usahla buat naya kat aku...3 barang ni sampai ke 600?? huhuhu sob sob...aku mampu senyum lagi tu...owh silap2 ape aku tekan ni?? sib la dia minta maaf kat aku awal2..dalam hati aku 'jgn la ko libatkan aku sekali...aku costumer gak...huhuhuhu'

huh..iktibar tu..buat kje dalam keadaan marah2 mmg camtu la jadinya..yang aku malu masa akak tu tgh marah2 depan kawan dia india lak tu...siap akak india tu kata sabarla...u kan pose..aku senyum jer dalam hati hahahahhaaha

dah settle bayar aku cabut awal2..besela..semua orang penat time pose tapi kawal ckit marah tu :p

p/s: beli kuih pisang molen, kuih kacang n pulut panggang..nyum2 sedap.

Thursday, August 19, 2010

mood saya okeh hari ni....hahhaha berkat bulan ramadhan

okeh...aku liat sikit mau menaip bulan2 pose ni...hihihi asyik kuar masuk blog tapi x tulis pape heeee...hari ni rasa mood okeh ntah la sebb pose masih penuh lagi kot :p

malam tadi aku kepenatan...lepas solat terawih aku gigih lagi ke dapur nak masak sambal goreng tempe + ikan bilis + kacang...(request dari kawan2) minggu lepas mak buatkan sambal goreng ni kat kg, aku bawa balik kl tapi dah hbis so kawan2 kat umah nak lagi...buatnyer mmg senang tapi x sehebat mak aku buat la..dengan hujan lebat n kilat2 kat luar tu aku yang kat dapur tu x rasa sejuk pon....siap sambal goreng masak nasi goreng tuk sahur lak...senang bangun tinggal panaskan jer...xyah masak lauk2.. berpeluh2 la aku...siap masak terus mandi..hahahah duk umah batu time malam mmg panas.

hari ni mau masak apa tak tau lagi...tunggu balik kang buka peti ais baru la idea sampai..ade sotong, udang, ayam n ikan...bayam, kacang buncis, taugeh dan cendawan..

Bisnes detox bulan pose ni alhamdulillah...syukur...sapa x try lagi jom la cuba..

P/s:sekarang hari2 hujan... kalau x petang , tghari..klu x tengahari malam...sejuk bumi :)