# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara'
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 15, 2009

Hooreyyy...


akhirnya cadangan yang kami sama2 bincang ri tuh dah berjaya walaupun kejap jer..hahahha...mesti korang nak tau kan...ingat x aku penah kata nak jogging..dah dapat xtiviti baru tuk weekend...aku harap kobar2 ni berterusan la...x mo la awl2 ni jerk...kat sini adalah bukti bahawa aku telah pgi berjogging semalam....hahahhhah

bahan bukti :)

walaupun kasut ni x berapa sesuei tuk jogging tapi aku x kisah...sebb aku nak elakkan pembaziran n kasut ni untuk kaki aku bukan tuk kaki orang lain (betul x ?) daripada kasut ni duduk dalam kotak, baik aku bawa dia jalan2 hujung minggu...peace :p

muka budak busyuk yang nak pgi jogging :)

excited tul pagi tuh...seawal jam 630 aku dah bangun...pas solat je aku x leh tido...tunggu kawan2 aku bangun dulu (wati n dayah)...lama tul x jogging..memula x terbayang..ye r buatnya x larat nak lari..kan malu..pe pun so far so good la...permulaan yang baik...besar gak la tasik tu...fuhhh kuar gak peluh...rupenya boleh lagi aku ni berlari (walaupun terasa badan cam berat jerk)...hahhahahah walaupun tujuan asal nak jogging tapi kitorang sempat gak snap pic2 ni...sambil menyelam minum air..huhuhu

atas tu (cik wati...cik dayah..cik sue)..

korang mesti nak tau kata mana kitorang jogging kan???tunggu erk..aku bagi tau kemudian...tempat ni baru jer buka...daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s : jogging baik tuk kesihatan :p



Thursday, June 11, 2009

Mana Menu???

nampak sgt aku dah jadi pemalas nak masak...huhuhu dak lama x letak resepi n gambar makanan kat cni...bukan ape..bz ckit + malas masak + takut korang bosan hahahhahah xpe2 insyaallah minggu ni ade la erk...daaaaaaaaa

Wednesday, June 3, 2009

Jom kita berMotivasi.. :)

apa aku buat bila aku marah @ tertekan...ni ha la jawabnya...aku tulis la kat blog...fuhhhh lega ckit. sekurang2 nya aku dapat info yang berguna kan??

Apa itu marah?

  • marah adalah emosi semula jadi yang biasa bersifat negatif
  • marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak tekawal
  • marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal

Apa yang berlaku jika korang marah?


  • Degupan jantung meningkat
  • Tekanan darah meningkat
  • Pernafasan menjadi cepat dan pendek
  • Mengalami ketegangan otot-otot
  • Paras hormon meningkat menyebabkan pergerakan badan terasa kuat dan pantas

Bagaimana perasaan marah timbul
?


  • Perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang, sesuatu peristiwa @ kebimbangan hidup anda.
  • Kemarahan boleh berpunca daripada faktor luaran apabila seseorang @ suatu peristiwa yang menyebabkan anda berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam.
  • Kemarahan boleh berpunca dari dalam diri anda sendiri apabila memikirkan @ teringat sesuatu peristiwa yang menyebabkan anda rasa marah.

Kenapa korang merasa marah?

  • Anda merasa marah apabila tidak dapat mengawal @ mengubah sesuatu yang anda benci. Perasaan benci mengakibatkan keresahan dan ini merupakan perasaan marah yang sederhana.
  • Tuntutan @ permintaan di luar batas kemampuan anda untuk melaksanakan akan mencetus perasaan marah yang lebih teruk.
  • Bagaimana cara anda menilai sesuatu keadaan yang menentukan perasaan marah anda. Perasaan marah akan menjadi lebih teruk jika mempunyai anggapan negatif dan tidak rasional.

Apakah punca kebiasaan kemarahan
?

  • Dicederakan
  • Ditipu
  • Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan
  • Terbiar tanpa diendahkan
  • Hilang upaya mengawal
  • Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan

sampai sini dulu...nnt aku update erkkkk


Tuesday, June 2, 2009

Bismillah..

alhamdulillah...terasa nak bagi tazkirah pulak hari ni...dari pagi macam2 benda jadik...bila ingat2 balik kelaka pulak ghasenya...huhu erm tajuk tazkirah kita hari ini ialah S.A.B.A.R :)

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR
Teman yang paling akrab ialah AMAL
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM
Bahasa yang paling manis SENYUM
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSUK

nak update tazkirah ni mmg betol2 membuatkan aku bersabar...knp ni...wawawwa (sabar separuh dari iman)

Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan dikalangan nabi.

Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan.Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah

Sabar terhadap kemewahan.Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan thagut yang lahirnya nikmat tetapi pada zahirnya adalah azab.

Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah.Dakwah ke jalan Allah adalah usaha yang mulia dan suci.Ia adalah warisan daripada rasuldan nabi,mempunyai halangan daripada musuh kebenaran dan kebaikan.

amin...marilah sama2 kita renungkan


Monday, June 1, 2009

Masak part 5

hohoho seperti mana yang korang maklum aktiviti aku time cuti tgk tivi..tido n masak n then makan la kan...so aku sonok nak kongsi resepi ngn korang...tapi maaf la..setakat ni resepi mmg yang simple..mungkin lain kali aku akan sajikan korang ngn menu yang lbih istimewa....hahahhaha

menu yang simple :)

memandangkan aku ni bukan jenis yang cerewet sangat pasal makan so aku x kisah janji ade makan daripada xder..kawan2 aku pun jenis x kisah....besenyer kat kg kita dapat makan masakan macam ni tapi kat kl kitorang rajin masak macam ni (tuk kembalikan nostalgia kat kg) hanya terdapat di rumah yang beralamat 7P hahahahha..(yo lah tu)

menu kali ini adalah:-

Ikan masin sepat goreng
Bahan2:
ikan masin
minyak

mudah n senang..dah basuk ikan bersih2 n goreng macam bese..siap!

Tempe bersalut tepung
Bahan2:
tempe
tepung gandum
garam
kunyit
minyak

cara nak buat:-

Potong tempe nipis..pastu gaul bersama sedikit tepung yang dicampur garam n kunyit..sedia tuk digoreng..huhuhu

sayur kacang tumis telur

Bahan2:
kacang panjang
bawang putih
bawang merah
ikan bilis
cili padi
belacan
telur
gula
garam
air

  • Bahan berwarna pink sila tumbuk
CAra nak buat:-

Tumis bahan2 yang ditumbuk sampai ade bau...pas tu masukkan telur n kacau..masukkan garam, gula n sedikit air..pas tu masukkan kacang panjang n kacau kejap n angkat (sayur xmo masak lama2) udah siap n sedia dimakan...

Alhamdulillah..harap korang sonok ngn resepi aku yang x seberapa nih,bukan apa sekadar nak share jer...hihihi jumpa di menu yang lain..tadaaaaaaaaa

tiMe Cuti / masak part 4

wah best tol tido malam tadi...leh aku bangun lambat ckit...pas solat subuh aku tido balik n bangun semula kul 9 pagi...hahaha anak dara apa la ni...hik hik hik..x pe r bukan aku ade nak uruskan apa2...pas mandi aku siap turun bawah nak buat sarapan..(bakal isteri solehah ni) hihihi erm ingat nak buat lempeng n sambal ikan bilis la...1st time aku buat lempeng sendiri...dulu kat kg mak yang selalu buat...masa umah sewa lama dulu dayah yang buat...tapi pagi ni aku nak try buat...huk huk huk..n aku berjaya buat..ni la hasilnya..

percubaan pertama.. :p (maaf gambar kureng memuaskan)

Lempeng
Bahan2:
tepung gandum
air
garam
kunyit

Cara nak buat:-

bancuh tepung + air + garam + kuyit (ikut suka kalau x nak letak pun xpe)..jgn pekat sangat..pas tu goreng dalam kuali k..

Sambal ikan bilis
Bahan2:
cili kering
bawang putih
bawang merah
belacan
bawang besar (dimayang)
ikan bilis
air asam jawa
gula
garam
air

  • Bahan berwarna pink sila tumbuk
cara nak buat:-

Goreng ikan bilis terlebih dahulu...pas tu angkat...tumis bahan yang ditumbuk...sampai naik bau n cili tu betul2 masak...pas tu masuk air, gula, garam n sedikit air asam jawa...masukkan bawang besar yang dimayang..kemudian masukkan ikan bilis...rasa n tadaaaaaaaaaa dah siap..

Dah settle wat sarapan n makan aku gosok2 baju n tudung tuk keje selama seminggu ni..ni yang paling aku malas...bila dah habes sumer keje baru la releks tgk tivi...sonok kje dah beres...huhuhu

PeNat.. masak part 3

hai sume...penat tol berjalan sakan masa hari sabtu (walaupun x sampai malam)..sebelum gi jalan2 kat area jalan tar tu sempat gak aku n dayah isi perut dulu..yer r kat sana nnt xde la rasa nak makan tu nak makan ni..menu lunch aku ngn dayah tgahari tu adalah seperti berikut..simple jer tapi alhamdulillah kenyang la..(sapa Dayah???) oooo tu la kawan aku yang duk satu bilik ngn aku...hihihi


sedap tau..hik hik

erm nak tau x resepi ni?meh cni aku bagi...heeeeee

ikan kerisi goreng

Bahan2:
ikan
garam
kunyit

goreng je cam bese..siap dah

Terung goreng sambal

Bahan2:
terung
minyak
cili kering
bawang merah
bawang putih
ikan bilis
belacan
garam
gula
sos tiram
air

  • bahan berwarna pink sila tumbuk
Cara nak buat:-

potong terung ikut suka nak bentuk apa...pas tu panaskan minyak n goreng terung separuh masak...tumis bahan2 yang di tumbuk sampai naik bau n sampai cili tu betul2 masak...masuk gula, garam, sos tiram n sedikit air.. bila terung dak empuk n korang dah rasa boleh la angkat...dah siap! mudah kan???

After makan n berehat2 jap baru kitorang kuar..alhamdulillah cuaca hari tu bagus..sampai2 kitorang terus la masuk sogo..fuhhh ramai tol orang bertumpu kat beg2 yang sangat cantik pada rupa n harganya..hahaha pas aku pusing duatiga kali aku pun dapat beg n sepasang kasut..terus gi bayar...pas dah setel kitorang pun kuar menuju ke pasar...wah2 bukan main ramai lagi orang..macam semut..hik hik dalam ramai2 orang tu kitorang sempat gak singgah byk kedai..bukan beli saja jer tgk2...dah xde apa2 nak beli lagi kitorang pun balik la..malam tu kat umah memasing sakit kaki..paling kronik aku la kut sebb tadi berjalan pkai kasut..wawwawa sakitnya kaki aku..lain kali kna pkai selipar jepun kot ni baru kaki ni x sakit..huhuhuhu..malam tu tdo la aku ngn kaki yang sakit..daaaaaaaaaa