# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara'
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 23, 2010

Rapuh by opick

Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

p/s: insaf dengar lagu ni...

Monday, November 22, 2010

alahai sakit tekak

salam semua...

hari ni aku x berapa nak sihat...sakit tekak + hidung sumbat + rasa cam berlendir jer kat dalam dada aku.

x syok la kan kat opis klu camni keadaannya..hidung aku sensetif tol nak2 tadi ade orang merokok lak kat luar opis ni...

malam tadi cnfm2 aku x lena tido...sakit tekak tu betul2 buat aku x lena tido..

k la aku nak rehat...projek baru tu masih dalam proses :)

Friday, November 19, 2010

Projek baru :)

saya amat bz dengan projek baru :)...tunggu erk...tgh berusaha dengan gigih :)

Monday, November 15, 2010

SELAMAT bercuti...SALAM aidiladha

salam ...

tahun ni kebetulan cuti raya haji adalah hari rabu...disebabkan ia berada ditengah2 mungkin ramai yang x dapat nak balik beraya kat kg...memula aku fikir aku antara yang x dapat nak balik kg tu...tapi uiskkkk x tergamak la aku nak beraya sensorang dengan dengar takbir raya tu berkumandang kat uma sewa...bikin hati sedih pilu bagai dihiris2...:p



alhamdulillah kg aku x jauh mana so bersyukur n manfaatkan.. esok aku nak amik 1/2 day n terus gerak balik kg nek bas..Doakan aku selamat erk korang..ghisau aku sekarang ni nak nek bas.."Ya allah selamatkan perjalanan aku untuk esok...cuti kejap jer..jumaat aku kjer balik..sabtu juga kerja (huh bosan) :(


p/s: sok nak buka posa ngn mak kat kg..(sup tulang ayam & hati masak ungkep) mak mmg rajin pose 9 zulhijah :) x sabar nak balik ni!

Saturday, November 13, 2010

rasa x syok bila terlupa pkai jam...

ntah apa yang aku kalutkan pagi tadi pun aku x tau...nak kata terlambat xde pon...awal2 pagi aku dah bangun...bese r klu kjer sabtu mmg x bernafsu langsung nak bersolek gi kjer sebb kjer 3 jam pas tu balik :)..

tgk cermin...owh dah cantik la ni...hahahhaha terus gerak nak pi kjer..dah separuh jalan baru sedar alamak lupa pakai jam tangan..mula la aku kalut...mmg habit aku suka pkai jam bila keluar umah...even klu nka pgi kedai runcit jap jer pon...

klu dulu kat asrama...tido malam pun aku pkai jam tangan...tapi bila ade terbaca 1 artikel tu x elok tido pkai jam tangan..alasannya aku lupa la pulak...

hahaah sib kat stesen lrt tu ade jam..xde r aku risau...xtau la aku sapa2 yang x suka pkai jam tangan ni...mungkin deme suka lgi tgk jam hp...aku x gemar la pulak..dalam teksi aku curik2 panjangkan leher tgk jam kat dalam teksi tu... hihihihi

okeh la...hari ni rasanya pas kjer mau rehat dirumah...esok mungkin baru kuar..korang gi mana2 ker???

p/s: suka pkai jam besar2...hahhahaha

Friday, November 12, 2010

tazkirah -ZULHIJAH

Kelebihan 10 Hari dalam Bulan Zulhijah dan Hari-hari Lainnya

Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada 1 hingga 9 Zulhijah.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal soleh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini (yakni permulaan Zulhijah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah S.A.W: Walaupun jihad fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali (yakni habis hartanya dan mati).

Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula.

HARI

KELEBIHANNYA

1 ZULHIJAH

Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

2 ZULHIJAH

Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah. Barang siapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun, dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJAH

Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.

4 ZULHIJAH

Nabi Isa a.s. dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan, dan pada Hari Kiamat kelak ia akan tergolong bersama-sama dengan orang-orang terhormat.

5 ZULHIJAH

Nabi Musa a.s. dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 ZULHIJAH

Allah membukakan pintu kebajikan kepada nabi-nabi-Nya. Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang, serta terlepas daripada azab.

7 ZULHIJAH

Pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 ZULHIJAH

Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya, Ismail. Seharian baginda berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan hari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 ZULHIJAH

Turun ayat terakhir kepada Rasulullah S.A.W yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih puteranya itu sememangnya adalah perintah dari-Nya, bukan dari syaitan. Justeru, hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barang siapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

10 ZULHIJAH

Adalah Hari Raya Aidil Adha (Qurban); dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada Hari Kemudian dalam keadaan aman dan sentosa, serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.


Ganjaran Bagi Mereka yang Memuliakan Zulhijah

Kata sebahagian ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:

1. Berkat pada umurnya. 2. Bertambah hartanya. 3. Kehidupan rumah tangganya akan terjamin. 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu. 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda. 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya. 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh. 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar. 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia. 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

Amalan Dalam Bulan Zulhijah

HARI

AMALAN

1 hingga 9 Zulhijah

Sunat berpuasa

8 Zulhijah

Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat

9 Zulhijah (Hari Wukuf di Arafah)

Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat; disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan Haji.

· Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali

· Solat pada awal waktu.

· Solat sunat qabliyah Asar

· Selepas solat Asar - Baca Surah Yasin 3 kali

· Membaca Laillahaillalah wahdahula .... huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari Asar - Isyak boleh sambung) - Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.

· Solat sunat qabliyah & ba'diyah Maghrib

· Selepas solat Maghrib - solat sunat awwabin 6 rakaat (3 salam) - Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - Hadith.

· Solat sunat tasbih

· Solat sunat hajat

· Berdoa dengan doa Nabi Adam, iaitu robbana zolamna sebanyak 50 kali

10 Zulhijah
Hari Raya Haji

S Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
Melakukan ibadah Qurban

11, 12 dan 13 Zulhijah (Hari-hari Tasyrik)

Hidupkan malamnya dengan banyak beribadah; bertakbir selepas sembahyang waktu.

29 atau 30 Zulhijah

Selepas solat Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.

Thursday, November 11, 2010

diam vs byk ckp

nak kata saya ni pendiam...opsss mmg la bukan...
nak kata saya ni sombong...lagi la tak...(selalu orang yang x knal saya akan kata saya sombong)
nak kata saya ni x byk cakap xder pun (ni cam sama kat atas tu)

kadang saya perasan saya ni diam jer x nak cakap2...kadang saya rasa saya ni byk sgt mulut...x mo berenti cakap...penah cuba nak jadi pendiam...tapi kang pelik lak orang sekeliling..kadang bila byk sgt cakap saya pula terasa diri tu over sgt...

yang sy perasan adalah ini...

bila saya marah= diam
bila saya geram=diam
bila sakit hati=diam
bila terasa @sedih=diam
bila sy ngantuk=lagi la sy diam
bila xde kena mengena dalam persembangan=sy akan diam (hormat lallalla padahal xnk menyampuk x baik!
bila sy merajuk=saya suka diam

tu perangai buruk sy...bagi sya la....diam tu maksud suka simpan kat dalam...malas nak cakap

bila saya happy=byk ckp (kdg orang pulak x suka sy bercakap)
bila dapat gaji :p=cnfm byk ckp klu lmbt dapat gaji lagiiiiiiiii byk cakap!
bila rasa nak kongsi masalah=sy suka diam tapi byk cakap pada orang yang sy percaya

sy x peramah sgt la...x reti...mungkin sebb sy x suka makan bontot ayam tu sebb sy x byk cakap..eh2 ade kna mengena ker :p

tapi diam tu lebih baik...jadilah orang yang sederhana...bercakap bila perlu, diam bila xde perkara yang penting nak dicakap..

p/s:masa sekolah, bila cikgu suh bercakap xnak , bila cikgu suh senyap ko plak nak bercakap hahahahahah