# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara'
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 29, 2011

DOA :-

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU MENYAKSIKAN SEGALA KELEMAHAN DAN KEAIBAN DIRI KAMI YA ALLAH, BANTULAH KAMI MENINGKATKAN DIRI KAMI YA ALLAH, JIKA TANPA BANTUANMU JADILAH KAMI ORANG-ORANG YANG HINA YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU MENYAKSIKAN SEGALA DOSA DAN KESALAHAN KAMI YA ALLAH, AMPUNKAN SEGALA DOSA - DOSA KAMI YA ALLAH, JIKA TANPA AMPUNAN MU JADILAH KAMI ORANG-ORANG YANG MENGANIAYAI DIRI KAMI YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU MENYAKSIKAN SEGALA HAJAT DAN KEPERLUAN KAMI YA ALLAH TUNAIKANLAH SEGALA HAJAT DAN CUKUPKANLAH KEPERLUAN KAMI YA ALLAH, JIKA TANPA BANTUAN DARIPADA MU YA ALLAH JADILAH KAMI ORANG YANG SENTIASA DALAM KEKURANGAN YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH KAMI ORANG YANG SENTIASA BERSYUKUR DI ATAS NIKMATMU YA ALLAH, JADIKANLAH KAMI ORANG YANG SENTIASA BERSABAR DI ATAS UJIAN MU YA ALLAH, JADIKANLAH KAMI ORANG YANG SENTIASA REDHA DI ATAS SEGALA KETENTUAN DARIMU YA ALLAH, PELIHARALAH KELUARGA KAMI YA ALLAH, KURNIAKAN KEBAHAGIAN KEPADA KAMI YA ALLAH, JADIKAN KAMI ORANG YANG SOLEH DAN SOLEHAH YA ALLAH, BERIKAN HIDAYAH KEPADA AHLI KELUARGA KAMI YA ALLAH DAN BERIKAN KEBERKATAN DALAM HIDUP KAMI YA ALLAH...


PETIKAN DOA DARI USTAZ MOHAMAD ABDULLAH DALAM TANYALAH USTAZ...

Tuesday, April 26, 2011

Menikmati Rasa Memberi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Menikmati Rasa Memberi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, April 25, 2011

Dunia Yang Sepi

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan


Friday, April 22, 2011

RENUNGAN 17:-

...waktu SUJUD itu ialah waktu di mana seseorang hamba itu paling hampir dengan PENCIPTANYA...

Seorang sahabat Nabi SAW, iaitu Huzaifah R. A berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah, daripada Dia melihat hamba-NYA itu di dalam keadaan sujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)." (Riwayat Imam Tabrani dalam Ausath)

Wednesday, April 20, 2011

jom kongsi 18 :-

Iman sifatnya bertambah ataupun berkurang daripada hati seseorang menurut amalan yang dilakukannya. Andai kata sering melakukan kebaikan, maka imannya semakin hari semakin meningkat dan subur dijiwanya. Namun andai dosa yang sering dilakukannya tanpa disusuli taubat, maka iman itu akan semakin berkurangan bahkan akan lenyap daripada jiwa.

Adalah sangat2 rugi yang amat besar senadainya Allah SWT mencabut iman daripada hati manusia. Bayangkan seseorang yang direnggut nyawa saat imannya tercabut...

Iman adalah harta yang paling berharga. Maka ia wajib dijaga dan dipelihara dari unsur-unsur yang boleh merosakkannya. Kerana itu, orang yang benar2 beriman amat bimbang andai iman mereka merosot atau berkurangan. Mereka sangat sayang akakn iman mereka. Lalu mereka sangat fokus dan berjuang habis habisan, menggadai nyawa untuk mempertahankan nya. Sebaliknya orang yang fasik tidak pernah memikirkan soal ini. Baginya halal haram, dosa pahala, iman kufur sama saja.

Penting untuk kita ketahui bahawa iman itu, selain boleh berkurangan, ia juga boleh melayang dan tercabutkeluar dengan sebab berlakunya dosa-dosa tertentu. Contohnya DOSA berzina dan minum arak. Sabda NABI SAW yang bermaksud:

"Barangsiapa yang berzina atau minum khamar (arak), maka Allah akan mencabut iman daripada hatinya, sebagai mana orang melepaskan (mencabut ) pakaian melalui kepalanya." (Riwayat al-Hakim)

Lihatlah, betapa sia2 usaha seseorang yang jahil dan sombong kepada ALLAH SWT. Saki baki iman yang ada, bukan sahaja tidak disuburkan bahkan dibiar lenyap begitu sahaja. Sepatutnya amat wajar iman terus-menerus disubur dan ditingkatkan. Sama-sama kita renungkan buat pedoman hidup.

P/s: petikan Buku-bawa hatimu kepada TUHAN

Tuesday, April 19, 2011

RENUNGAN 16:-

" Wahai orang yang beriman, janganlah harta-harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Sesiapa berbuat demikian, mereka ialah orang yang rugi"
(Surah Al-Munafiqun Ayat 9)

Monday, April 18, 2011

Apabila Kita Ketagih Hiburan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Apabila Kita Ketagih Hiburan | iluvislam.com + discover the beauty of islam