# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': motivasi
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, April 22, 2011

RENUNGAN 17:-

...waktu SUJUD itu ialah waktu di mana seseorang hamba itu paling hampir dengan PENCIPTANYA...

Seorang sahabat Nabi SAW, iaitu Huzaifah R. A berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah, daripada Dia melihat hamba-NYA itu di dalam keadaan sujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)." (Riwayat Imam Tabrani dalam Ausath)

Tuesday, April 19, 2011

RENUNGAN 16:-

" Wahai orang yang beriman, janganlah harta-harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Sesiapa berbuat demikian, mereka ialah orang yang rugi"
(Surah Al-Munafiqun Ayat 9)

Friday, April 15, 2011

RENUNGAN 15:-

"Semua yang dipinjamkan sifatnya hanya untuk tempoh yang telah ditentukan. Pinjaman itu pasti akan diambil semula bahkan akan dipertanggungjawabkan DI AKHIRAT sana."

Monday, April 11, 2011

RENUNGAN 14:-

"Hai orang yang beriman ! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahay mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: wahai Tuhan kami! Sempurnakanlahcahaya bagi kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.'

(Surah At-Tahrim:8)

Friday, April 8, 2011

jom kongsi 16 :-

As-Syeikh Syaqiq al-Balkhi menggariskan tanda-tanda TAUBAT NASUHA buta renungan kita semua...Ya kita yang berselirat dosa. Kita yang berselaput dosa. Kita yang berlumuran noda. Tanpa kemurahan keampunan-NYA, setiap hari dan setiap masa kita berada dalam kemurkaan-NYA. Antara tanda-tanda tersebut ialah:

1. Menangisi dosa-dosa lalu. Ya, dengan tangisan yang banyak. Air mata yang deras bercucuran petanda benar-benar didakap keinsafan. Oh, berapa lama sudah air mataku tidak mengalir untuk-MU ya Allah?

2. Takut dan bimbang terjebak atau jatuh semula ke kancah dosa-dosa silam.


3. Meninggalkan teman-teman yang buruk sikapnya, (kawan-kawan yang keras hatinya lagi hidup bercandukan kejahatan. Mereka tidak akan membantu kita dalam proses hijrah ke arah kebenaran).


4. Bercampur dan bergaul dengan orang soleh lagi terpilih. (Bergaul dan bersahabat dengan mereka diumpamakan bersahabat dengan penjual minyak wangi)


Jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, sekalipun kita tidak membeli minyak wanginya, namun kerana sering berada di kedainya dan duduk berdekatan dengannya, maka haruman wangian telah melekat ditubuh dan pakaian kita. Demikianlah kesan positif apabila bersahabat dengan insan-insan mulia.


P/s: Semoga ianya memberi manfaat kepada diri saya n kawan2 semua :)
petikan dari buku-Lembutkanlah HATI-Ustaz Amal

Friday, April 1, 2011

Sedekah pintu barakah

SUMBER: UTUSAN

KALA memandu dari Bulatan Pahang menuju Ke Jalan Kuching di ibu kota, sekali-sekala cuba alihkan pandangan ke sebelah kiri jalan. Di atas sebuah bangunan di situ, ada sebuah papan besar yang menempatkan sebuah iklan. Ilustrasinya mudah, ada sekaki payung yang besar dengan tulisan berbunyi: 'Bentengilah harta anda dengan zakat.'

Sebenarnya, kalimah tersebut adalah daripada sepotong hadis Nabi Muhammad SAW, yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi yang berbunyi: "Lindungi harta kamu dengan zakat, ubati sakitmu dengan sedekah, dan hadapi gelombang hidup dengan tawaduk kepada Allah dan doa (riwayat al-Baihaqi)."

Konotasinya mudah, untuk menjaga harta dan memastikan ia selamat, maka sedekahkan harta itu. Hakikatnya, zakat juga adalah sedekah, yakni sedekah yang wajib. Menahan harta daripada disedekahkan pula, adalah lawan kepada kehendak hadis tersebut.

Dalam erti kata lain, sikap enggan berzakat dan bersedekah, adalah punca rosaknya harta.

Memang ada orang yang khuatir dengan bersedekah atau berzakat, maka hartanya akan menyusut. Makin banyak diberi sedekah, semakin banyak pula hartanya beralih tangan.

Jika memberi seringgit dua tidak mengapa, bagaimana pula jika jumlahnya mencecah ratusan malahan ribuan ringgit.

Pernah terjadi, setelah penulis membantu mengira zakat seseorang, tiba-tiba dia minta tangguh menunaikannya. Alasannya mungkin tidak cukup wang. Tetapi, rasionalnya jika sudah tahu mahu mengira zakat, jika sudah sedar hartanya banyak, maka siapkanlah wang dengan jumlah yang sesuai. Masakan minta dikira zakatnya sedang wang masih tiada.

Pernah terjadi, seorang hamba Allah yang pada awalnya beria-ia mahu menunaikan zakat. Alih-alih setelah mengetahui jumlah zakatnya agak besar, mulalah berubah rona wajahnya. Mula terketar-ketar suara dan tangannya.

Rupa-rupanya, si dia merasa terkejut dengan zakat yang perlu dilunaskan. Fikirnya hanya beberapa puluh ringgit; tidak disangka jumlahnya setinggi bukit.

Syaitan dan iblis memang sentiasa membisik-bisikkan perasaan sayang kepada harta. Syaitan tahu, jeratnya selalu mengena. Maka, tatkala si hamba yang berharta mahu mengeluarkan zakat dan sedekah, mulalah si Iblis berbisik.

Kata Iblis: "Kamu pun susah juga, gaji kamu kecil sahaja, masakan sudah kena berzakat". Bisikan lain pula bunyinya mungkin begini: "Anak dan isteri kamu masih memerlukan wang itu, baik disimpan, manalah tahu nanti kamu pula yang tidak berkecukupan".

Sesungguhnya bisikan sang Iblis datang dalam pelbagai cara dan rupa. Allah SWT sudah pun menegaskan hal ini agar kita mengambil sikap waspada.

Firman Allah yang bermaksud: Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut-campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata. (al-Israk: 64)

Sering terjadi, bisikan ini bertali arus datangnya dan sukar sekali untuk menepisnya. Selalu juga bisikan para iblis dan syaitan ini mempunyai tahap rasional yang tinggi, menyebabkan kita terfikir berkali-kali sebelum memberi. Pernah juga seorang pembayar yang sudah pun berada di hadapan kaunter zakat; tetapi hampir-hampir tidak jadi mengeluarkan zakat dek kerana halusnya desakan para syaitan ini.

Manusia mungkin lupa atau mungkin tidak sedar, bahawasanya kita dan seluruh kepunyaan kita, adalah milik Allah SWT. Apabila Allah SWT menghendaki kita agar berzakat, berinfak dan bersedekah, maka pastilah Allah SWT tidak menyuruhnya dengan sesia. Pasti ada manfaat di sebaliknya.

Ia menjadi rahsia Allah SWT yang hanya dapat kita kesani dan rasai natijahnya apabila amalan bersedekah dan berzakat itu sudah menjadi satu kelaziman pada diri. Ibarat manisnya gula, hanya dapat dimengerti oleh orang yang pernah merasai dan bukannya oleh orang yang hanya asyik berteori tentang manisnya gula.

Maka, lestarikanlah amalan bersedekah agar ia menjadi tradisi yang berakar umbi dalam kehidupan. Anak-anak kita wajar dididik agar suka memberi, kerana pastinya ia adalah kaedah terbaik melentur nurani mereka menjadi manusia berakhlak mulia.

Lagi pun, Rasulullah SAW juga sudah berjanji, bahawa orang yang suka bersedekah sama sekali tidak akan rugi. Bahkan Allah SWT sudah menjamin kehidupan mereka, bahkan menjadi punca datangnya kemuliaan di sisi manusia.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah SAW, sabdanya: Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang. Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan seorang yang tawaduk (merendahkan diri) kepada Allah, maka Allah menaikkan darjatnya. (riwayat Muslim). Wallahu a'lam.

p/s sama2 la kita ambik apa yang baik dalam artikal ni..

Wednesday, March 30, 2011

RENUNGAN 12:-

Diriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Wahai orang yang telah menyatakan beriman dengan lidahnya, tetapi iman itu belum sampai ke dalam hatinya! Janganlah kamu menyakiti orang Islam dan janganlah pula mencari-cari keaiban mereka. Sebab sesiapa yang mencari keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mencari pula keaibannya. Sesiapa yang telah dicari keaibannya oleh Allah, maka Dia akan mendedahkannya, meskipun ia berada dalam perjalanan yang jauh.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Maksudnya: Sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim yang lain (setelah dia benar-benar bertaubat nasuha) nescaya Allah akan tutupkan keaibannya pada hari kiamat kelak”

Monday, March 28, 2011

RENUNGAN 11:-

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23

Tuesday, March 22, 2011

RENUNGAN 10:-

"Rasa ralat ataupun penyesalan adalah baik sekali bagi orang beriman kerana sememangnya"PENYESALAN" itu mesti berlaku di atas dunia ini lagi, bukannya setelah nyawa diambil tuhan"

Monday, March 21, 2011

jom kongsi 12 :-

GELISAH itu SEKSAAN ALLAH SWT pada mereka yang tidak BERIMAN.

Mengapa gelisah terjadi? Kerana seseorang tidak REDHA/BERSERAH/PASRAH/RELA dengan ketentuan Allah SWT. “Hati itu milik kita, tetapi kita tidak mampu mencabut rasa GELISAH daripada hati kita. Itulah SEKSAAN Allah SWT kepada hati orang yang tidak beriman.

Apabila kita gelisah, buntu, keliru, sakit hati, benci, marah dan seumpamanya, cubalah panggil Allah dengan suara yang perlahan. “Ya Allah…” kemudian diam dan rasailah respon daripada Allah SWT. InshaAllah jiwa akan tenang. Ulangi terus.

P/s: Amalkan..mudah2han kita akan sentiasa TENANG.

Friday, March 18, 2011

RENUNGAN 9:-

" Sesiapa yang mengelokkan hubungan dengan ALLAH (Memelihara Solat) maka ALLAH akan mengelokkan hubungannya dengan sesama manusia" -Sayidina Ali-

Thursday, March 17, 2011

jom kongsi 11 :-

Apa punca hati jadi sakit, kotor, kasar, keras, buta atau terkunci???

Jawapan kepada persolan tersebut ialah disebabkan DOSA yang kita lakukan sama ada sedar ataupun tidak. Dosa-dosa itulah yang menjadi penghalang taqarrub kita pada ALLAH SWT. Dosa-dosa itulah yang mengeraskan hati kita hingga payah untuk menerima ilmu, nasihat dan teguran. Dosa-dosa itulah yang menjauhkan kita dari jalan kebenaran.

" Orang yang paling lembut hatinya (hati yang tunduk dan patuh kepada ALLAH dan hati yang sejahtera) ialah orang yang paling sedikit (minimum) dosanya, " kata seorang tabiin yang terkenal bernama Makhul ad-Dimsyaqi rahimahullah.

Justeru, dunia umumnya dan ummah khasnya memerlukan insan-insan yang lembut dan penyantun jiwanya supaya turun RAHMAT ALLAH. Maka, minimumkanlah dosa kita semoga Allah SWT berlemah lembut dan berbelas kasihan dengan kita.

Kredit-Buku tulisan ustaz AMALUDDIN.

Monday, March 14, 2011

jom kongsi 10 :- (sePaSang Mata)

Apabila satu pandangan kepada perkara dan objek maksiat (dosa) tidak disusuli dengan TAUBAT, perbuatan itu menjadi sangat tercela dan amat keji pada pandangan ALLAH. Mata sepatutnya menjadi sungai hidayah, tetapi telah dibiarkan menjadi sungai dosa. Mata yang berdosa bakal menerima ancaman Allah berupa julangan-julangan api, cairan api neraka yang maha panas yang akan dituang ke dalam dua belah matanya sehingga melepuh terbakardan rentung.

Tanpa iman yang teguh, berapa banyak sudah bebola mata kita meleret melihat sesuatu yang diharamkan Allah? Dan berapa kali pula kita akan terjebak menyaksikan perkara yang haram itu akibat ketagihan nafsu yang tidak dapat dikawal?

Seandainya dosa kita tidak terampun, bayangkan saat mana julangan api neraka yang menggelodak panas itu menyambar lalu membakar kedua belah mata kita... Mampukan kita menghadapi kesakitan dan kepedihannya? Kuatkah kita untuk tidak meraung, mengaduh, dan menjerit saat bertandang azab itu? ( Rahmatilah kami yang Allah....terimalah taubat kami ya Allah)

Marilah kita menangis kerana Allah..Marilah kita menangis sebelum tiba masanya mata kita mengalirkan air mata darah..

Semoga Allah merahmati kita dan menyelamatkan kita daripada kedahsyatan azab neraka itu.

YA ALLAH KURNIAKAN KEPADA KAMI SEPASANG MATA YANG SENTIASA MENANGIS UNTUKMU DI DUNIA INI. SEPASANG MATA YANG SENTIASA MENANGIS SAAT MERENUNG AYAT-AYAT-MU, MENANGIS KERANA TAKUTKAN KEMURKAAN DAN SEKSAAN-MU. AMIN

Daripada Ibnu Abbs berkata: Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda:

" Dua jenis mata yang tidak akan disentuh api neraka. Itulah mata yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan mata yang tidak tidur malam (berkawal, beribadat dan bermunajat di jalan Allah) tanpa diketahui oleh orang-orang lain." (Riwayat at-Turmuzi daripada Ibnu Abbas dan Abu Ya'ala dalamMusnadnya daripada Anas, sebagaimana dalam Misykatul Masabih (3829)


P/S: Buku TUHAN ITU DEKAT- USTAZ AMALUDDIN MOHD NAPIAH

Thursday, March 10, 2011

jom kongsi 9 :-

Kaedah mencari bahagia mengikut Al Quran dan Sunnah:

1. Beriman dan beramal salih.

2. Banyak mengingat Allah

3. Bersandar kepada Allah.

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.

6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia

Wednesday, March 9, 2011

RENUNGAN 8:-

...Sedekah tidak membuatkan rezeki seseorang berkurang, sebaliknya rezeki seseorang itu bakal bertambah.

Tuesday, March 8, 2011

Hati amanah Allah Kepada Kita

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging, bilamana dia baik, maka baiklah seluruh anggota dan bilamana dia rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah itulah hati " (Riwayat al-bukhari dan muslim)

Menjaga amanah ini sememangnya tugas yang amat berat dan sukar lebih-lebih lagi dengan kewujudan dua musuh tradisi manusia yang sangat menginginkan agar manusia tersembam ke lembah kehinaan dan kemurkaan Tuhan. Siapa lagi mereka kalau bukan syaitan dan nafsu?

Sumber kehidupan kita yang asal inilah yang wajib dipelihara dan dijaga supaya sumber tersebut sentiasa bersih pada pandangan ALLAH SWT.

Setelah Allah memerintahkan manusia memelihara dan membersihkan hati mereka, ALLAH telah, sedang dan akan melihat dan memantau pula siapa yang sanggup taat melaksanakan perintah-NYA dan siapa pula yang membelakangkan perintahnya itu.

Allah SWT berfirman:

"sesungguhnya beruntunglah orang yang sentiasa membersihkan jiwanya dan sungguh rugilah orang yang sentiasa mengotori jiwanya. " (surah asy-syams:9)

p/s: Sumber buku LEMBUTKAN HATI-USTAZ AMALUDDIN MOHD NAPIAH

Friday, March 4, 2011

jom kongsi 8 :-

Ketenangan yang kita impikan…..

Jika semua orang sentiasa BERKOMUNIKASI dengan Allah, sudah pasti semua umat islam akan sentiasa tenang. Negara tenang. Umat islam akan kental jiwa nya. Akan sihat jasmaninya. Segalanya redha dengan pemberian Allah. Rezeki dicari tanpa ada hasad dengki dan penipuan. Pemimpin memimpin dengan penuh keikhlasan. Rakyat akan hidup penuh dengan keberkatan Allah.

BERKOMUNIKASI bukan sekadar bercakap-cakap dengan Allah. Malah semua amal ibadah termasuk doa, zikir, puasa, solat, memohon izin setiap apa yang dilakukan, bercerita dengan Allah, beritahu Allah apa yang difikirkan, dilakukan, dilihat, didengar dan sebagainya termasuk dalam BERKOMUNIKASI dengan Allah.

P/S : Banyak InFO di sini.

Thursday, March 3, 2011

RENUNGAN 7:-

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157

Wednesday, March 2, 2011

jom kongsi 7 :-

Pengubat Hati

  • Hadiri majlis ilmu iaitu ilmu yg memberi menfaat
  • Amal ilmu, dirikan solat.
  • Berpantang (daripada perkara-perkara yang boleh menyuburkan nafsu)

Oleh itu, takutlah kepada kemurkaan Allah. Carilah keredhaan Allah ketika di dunia lagi. Di akhirat nanti, bukan tempat untuk berbuat beramal. Alam akhirat ialah tempat kita diperlihatkan kebaikan mahupun kejahatan walau sebesar zarah pun.

Ya Allah, bantulah kami untuk ingat pada Mu, syukur pada Mu dan mengelokkan ibadah kami kepada MU! Bantulah mujahadah kami ya Allah…

http://genta-rasa.com- syukran ustaz.

Tuesday, March 1, 2011

RENUNGAN 6:-

"Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu. Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa. Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang".