# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara'
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 11, 2011

jom kongsi 2 :-

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."
  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
  5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).
  7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
  8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
  10. Kekalkan wuduk.
  11. Bersedekah.
  12. Belanja orang makan.
  13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
  14. Berkawan dengan ulama.
  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
  16. Pesan pada orang, jadi baik.
  17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat."Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."

Thursday, February 10, 2011

RENUNGAN 1:-

"BUKAN EMAS PERTAMA YANG MEMPERCANTIKKAN ANDA,
MELAINKAN YANG MEMPERCANTIKKAN ANDA ADALAH AKHLAK ANDA
DAN KEKAYAAN ANDA ADALAH ETIQA ANDA"

Wednesday, February 9, 2011

LUKISAN ALAM

Artist: Hijjaz

Song Category: Nasyid


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut

tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu

Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengharapkan kesenangan

Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam... taburkanlah baktimu

Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu


Monday, February 7, 2011

jom kongsi 1 :-

Firman Allah SWT, di dalam surah An-Nahl, ayat 1..

... sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan...

yang jelas, hari esok masih lagi dalam alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi sebuah jambatan sebelum sampai ke atasnya. sebab siapa yang tahu bahawa kita akan sampai atau tidak pada jambatan itu? fikirkan la...

Dalam syariat, memberi kesempatan pada fikiran untuk memikirkan masa depan dan membuka buku alam ghaib dan kemudian hanyut dalam kecemasan-kecemasan yang baru diduga darinya adalh sesuatu yang tidak dibenarkan, kerana perkara itu termasuk dalam angan-angan yang terlalu jauh.

Biarkan hari esok datang dengan sendirinya, janganlah anda menanyakan khabar beritanya dan jangan pula anda menunggu waktu itu...oleh itu hindarilah dari angan2 yang berlebihan.

Saturday, January 29, 2011

FATAMORGANA :-

Artist: Hijjaz

Song Category: Nasyid

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia

Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka

Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda

Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati

Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan

Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah




Wednesday, January 26, 2011

dUGaan :-

setiap apa yang berlaku dalam hidup kita semua sudah ditentukan Allah...Dialah yang berhak menentukan apa jua yang diinginkan berlaku dalam kehidupan manusia...

percaya dan yakinlah bahawa janji Allah itu benar, buat baik dibalas baik, buat jahat juga akan dibalas...terima semua qada' dan qadar dengan hati terbuka dan REDHA..kerana setiap dugaan itu pastinya ada hikmah disebalik yang kita tidak ketahui..

pasti saat2 dugaan diterima, kita lemah dan tidak kuat...tetapi kita kena ingat kesabaran sgt2 diperlukan disini kerana setiap kesabaran itu ada pahala...menahan marah dengan ujian juga ada pahala...redha juga ada pahala.

p/s: MEMBALAS KEBAIKAN DENGAN KEJAHATAN ADALAH PERANGAI YANG SERENDAH-RENDAHNYA. MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEJAHATAN, BUKANLAH PRIKEMANUSIAAN. MEMBALAS KEBAIKAN DENGAN KEBAIKAN ADALAH HAL BIASA. MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN ADALAH CITA-CITA KEMANUSIAAN YANG SETINGGINYA.

Tuesday, January 25, 2011

isnin malam selasa

owh cerita malam tadi juga...knp byk sgt cerita best malam ni...mana 1 nak tgk ni...dua2 channel pun baru episod 1 malam tadi aduh....

tv3-9 mlm setiap isnin..drama baru arahan kabir bhatia (pengarah drama nur kasih) 'Gemilang'...baru episod 1 aku sudah tertarik...dengan gambar hitam putih...nak2 lagi part di mana2 budak2 tu dia ajr hidup dalam kesusahan bersama keluarga...mereka bahagia walaupun hidup dalam serba kekurangan..watak anak sulung dalam keluarga miskin itu amat menyentuh hati..dengan kerenah adik2 yang comel..huhuhu namun berbagai halangan yang terpaksa di lalui...cukup! hahhaha nk tgk episod kedua minggu depan :)

tu cerita tv3...tv9 pun x kurang hebat...'Dia bukan maryam' arahan erma fatimah- kul 8.30 mlm setiap isnin & selasa ...cerita 2 orang kawan baik lakonan eja n lisdawati..hhoho..cite ni pun epidod 1 gak malam tadi..cite ni more pada persahabatan, percintaan, pengorbanan...camtu la..

pening nak layan 2 cite ni...cnfm2 la aku kna tgk kat tonton.com hihihihi

p/s: lagi 1 drama menarik di TV1...TRILOGI CINTA...mmg best aku x larat nak layan la...cite dari novel tu..rosyam nor yang berlakon...setiap ahad, isnin, selasa kalu x silap aku kul 10.00 mlm..nnt r cari kat website tv1...syok kot layan sorang :p