Tuesday, March 22, 2011
RENUNGAN 10:-
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 8:56 AM 1 dah tinggalkan jejak
Labels: motivasi
Monday, March 21, 2011
jom kongsi 12 :-
Mengapa gelisah terjadi? Kerana seseorang tidak REDHA/BERSERAH/PASRAH/RELA dengan ketentuan Allah SWT. “Hati itu milik kita, tetapi kita tidak mampu mencabut rasa GELISAH daripada hati kita. Itulah SEKSAAN Allah SWT kepada hati orang yang tidak beriman.“
Apabila kita gelisah, buntu, keliru, sakit hati, benci, marah dan seumpamanya, cubalah panggil Allah dengan suara yang perlahan. “Ya Allah…” kemudian diam dan rasailah respon daripada Allah SWT. InshaAllah jiwa akan tenang. Ulangi terus.
P/s: Amalkan..mudah2han kita akan sentiasa TENANG.
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 9:17 AM 6 dah tinggalkan jejak
Labels: motivasi
Friday, March 18, 2011
RENUNGAN 9:-
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 10:13 AM 0 dah tinggalkan jejak
Labels: motivasi
Thursday, March 17, 2011
jom kongsi 11 :-
Jawapan kepada persolan tersebut ialah disebabkan DOSA yang kita lakukan sama ada sedar ataupun tidak. Dosa-dosa itulah yang menjadi penghalang taqarrub kita pada ALLAH SWT. Dosa-dosa itulah yang mengeraskan hati kita hingga payah untuk menerima ilmu, nasihat dan teguran. Dosa-dosa itulah yang menjauhkan kita dari jalan kebenaran.
" Orang yang paling lembut hatinya (hati yang tunduk dan patuh kepada ALLAH dan hati yang sejahtera) ialah orang yang paling sedikit (minimum) dosanya, " kata seorang tabiin yang terkenal bernama Makhul ad-Dimsyaqi rahimahullah.
Justeru, dunia umumnya dan ummah khasnya memerlukan insan-insan yang lembut dan penyantun jiwanya supaya turun RAHMAT ALLAH. Maka, minimumkanlah dosa kita semoga Allah SWT berlemah lembut dan berbelas kasihan dengan kita.
Kredit-Buku tulisan ustaz AMALUDDIN.
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 8:36 AM 0 dah tinggalkan jejak
Labels: motivasi
Monday, March 14, 2011
jom kongsi 10 :- (sePaSang Mata)
Apabila satu pandangan kepada perkara dan objek maksiat (dosa) tidak disusuli dengan TAUBAT, perbuatan itu menjadi sangat tercela dan amat keji pada pandangan ALLAH. Mata sepatutnya menjadi sungai hidayah, tetapi telah dibiarkan menjadi sungai dosa. Mata yang berdosa bakal menerima ancaman Allah berupa julangan-julangan api, cairan api neraka yang maha panas yang akan dituang ke dalam dua belah matanya sehingga melepuh terbakardan rentung.
Tanpa iman yang teguh, berapa banyak sudah bebola mata kita meleret melihat sesuatu yang diharamkan Allah? Dan berapa kali pula kita akan terjebak menyaksikan perkara yang haram itu akibat ketagihan nafsu yang tidak dapat dikawal?
Seandainya dosa kita tidak terampun, bayangkan saat mana julangan api neraka yang menggelodak panas itu menyambar lalu membakar kedua belah mata kita... Mampukan kita menghadapi kesakitan dan kepedihannya? Kuatkah kita untuk tidak meraung, mengaduh, dan menjerit saat bertandang azab itu? ( Rahmatilah kami yang Allah....terimalah taubat kami ya Allah)
Marilah kita menangis kerana Allah..Marilah kita menangis sebelum tiba masanya mata kita mengalirkan air mata darah..
Semoga Allah merahmati kita dan menyelamatkan kita daripada kedahsyatan azab neraka itu.
Daripada Ibnu Abbs berkata: Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda:
" Dua jenis mata yang tidak akan disentuh api neraka. Itulah mata yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan mata yang tidak tidur malam (berkawal, beribadat dan bermunajat di jalan Allah) tanpa diketahui oleh orang-orang lain." (Riwayat at-Turmuzi daripada Ibnu Abbas dan Abu Ya'ala dalamMusnadnya daripada Anas, sebagaimana dalam Misykatul Masabih (3829)
P/S: Buku TUHAN ITU DEKAT- USTAZ AMALUDDIN MOHD NAPIAH
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 8:36 AM 0 dah tinggalkan jejak
Labels: motivasi
Friday, March 11, 2011
KeredhaanMu
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi
Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku
Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri
Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 10:38 AM 0 dah tinggalkan jejak
Labels: nasyid
Thursday, March 10, 2011
jom kongsi 9 :-
Kaedah mencari bahagia mengikut Al Quran dan Sunnah:
1. Beriman dan beramal salih.
2. Banyak mengingat Allah
3. Bersandar kepada Allah.
4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik
5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri
7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 9:37 AM 2 dah tinggalkan jejak
Labels: motivasi

