# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara'
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 9, 2011

RENUNGAN 8:-

...Sedekah tidak membuatkan rezeki seseorang berkurang, sebaliknya rezeki seseorang itu bakal bertambah.

Tuesday, March 8, 2011

Hati amanah Allah Kepada Kita

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging, bilamana dia baik, maka baiklah seluruh anggota dan bilamana dia rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah itulah hati " (Riwayat al-bukhari dan muslim)

Menjaga amanah ini sememangnya tugas yang amat berat dan sukar lebih-lebih lagi dengan kewujudan dua musuh tradisi manusia yang sangat menginginkan agar manusia tersembam ke lembah kehinaan dan kemurkaan Tuhan. Siapa lagi mereka kalau bukan syaitan dan nafsu?

Sumber kehidupan kita yang asal inilah yang wajib dipelihara dan dijaga supaya sumber tersebut sentiasa bersih pada pandangan ALLAH SWT.

Setelah Allah memerintahkan manusia memelihara dan membersihkan hati mereka, ALLAH telah, sedang dan akan melihat dan memantau pula siapa yang sanggup taat melaksanakan perintah-NYA dan siapa pula yang membelakangkan perintahnya itu.

Allah SWT berfirman:

"sesungguhnya beruntunglah orang yang sentiasa membersihkan jiwanya dan sungguh rugilah orang yang sentiasa mengotori jiwanya. " (surah asy-syams:9)

p/s: Sumber buku LEMBUTKAN HATI-USTAZ AMALUDDIN MOHD NAPIAH

Monday, March 7, 2011

Sesungguhnya

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu



Friday, March 4, 2011

jom kongsi 8 :-

Ketenangan yang kita impikan…..

Jika semua orang sentiasa BERKOMUNIKASI dengan Allah, sudah pasti semua umat islam akan sentiasa tenang. Negara tenang. Umat islam akan kental jiwa nya. Akan sihat jasmaninya. Segalanya redha dengan pemberian Allah. Rezeki dicari tanpa ada hasad dengki dan penipuan. Pemimpin memimpin dengan penuh keikhlasan. Rakyat akan hidup penuh dengan keberkatan Allah.

BERKOMUNIKASI bukan sekadar bercakap-cakap dengan Allah. Malah semua amal ibadah termasuk doa, zikir, puasa, solat, memohon izin setiap apa yang dilakukan, bercerita dengan Allah, beritahu Allah apa yang difikirkan, dilakukan, dilihat, didengar dan sebagainya termasuk dalam BERKOMUNIKASI dengan Allah.

P/S : Banyak InFO di sini.

Thursday, March 3, 2011

RENUNGAN 7:-

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157

Wednesday, March 2, 2011

jom kongsi 7 :-

Pengubat Hati

  • Hadiri majlis ilmu iaitu ilmu yg memberi menfaat
  • Amal ilmu, dirikan solat.
  • Berpantang (daripada perkara-perkara yang boleh menyuburkan nafsu)

Oleh itu, takutlah kepada kemurkaan Allah. Carilah keredhaan Allah ketika di dunia lagi. Di akhirat nanti, bukan tempat untuk berbuat beramal. Alam akhirat ialah tempat kita diperlihatkan kebaikan mahupun kejahatan walau sebesar zarah pun.

Ya Allah, bantulah kami untuk ingat pada Mu, syukur pada Mu dan mengelokkan ibadah kami kepada MU! Bantulah mujahadah kami ya Allah…

http://genta-rasa.com- syukran ustaz.

Tuesday, March 1, 2011

RENUNGAN 6:-

"Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu. Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa. Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang".