Madah pujangga, “masa lalu adalah kelmarin yang telah mati. Masa depan adalah esok yang belum lahir… tetapi selamatkanlah hari ini yang masih hidup.”
# # 2 # 3
Madah pujangga, “masa lalu adalah kelmarin yang telah mati. Masa depan adalah esok yang belum lahir… tetapi selamatkanlah hari ini yang masih hidup.”
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 10:25 AM 0 dah tinggalkan jejak
Labels: motivasi
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 8:00 AM 0 dah tinggalkan jejak
Dirimu Tercari - cari
Kadang-kadang kita tercari-cari sesuatu dalam hidup ini.
Kita berasa waktu itu membosankan.
Kita rasa kosong.
Kita rasa ada sesuatu yang hilang.
Kita rasa sunyi.
Kita rasa tidak tahu berbuat apa-apa.
Kita cuba untuk menipu diri.
Kita lakukan sesuatu yang menyibukkan.
Kita mencari sesuatu yang menghiburkan diri.
Kita memaksa diri untuk menghilangkan semua rasa itu.
Namun ternyata kita tidak mampu.
Ternyata kita tetap berasa kosong, sunyi, tidak tahu berbuat apa.
Ketahuilah kawan,
sebenarnya jiwa itu ingin berada dekat dengan Yang Maha Pencipta.
Namun fikiran dan emosi sering menghalangnya.
Fikiran dan emosi…
Selalu memaksa kita mencari-cari sesuatu yang lain.
Sedangkan fikiran sendiri tidak tahu apa yang ingin dicari.
Kerana yang kosong bukan fikiran.
Yang mencari bukan emosi.
Yang sunyi bukan fikiran dan emosi.
Tetapi yang kosong, yang mencari, yang sunyi adalah JIWAMU.
Jiwamu sebenarnya rindu kepada asalnya.
Jiwamu sebenarnya ingin kembali kepada Penciptanya.
Kawan,
Datanglah kepada Allah SWT dengan menyedariNya setiap waktu.
Kamu pasti tidak akan sunyi.
Kamu pasti tidak akan tercari-cari.
Kamu pasti tidak akan kosong.
Kamu pasiti tidak akan bosan.
Kerana Allah SWT sentiasa berada sangat dekat.
Sentiasa melayaniMu
Walaupun kamu seringkali melupakanNya.
Komunikasilah dengan Allah di kala kamu tercari-cari.
Kongsikan ceritamu bersama Allah di kala kamu bosan.
Ceritakan segala kata-katamu dengan Allah di kala kamu sunyi.
Mengadulah masalahmu kepada Allah di kala kamu resah dan gelisah.
Allah sentiasa mendengar kerana Dia Maha Mendengar.
Allah pasti akan menjawab kerana Dia Maha Mengetahui.
Allah pasti membahagiakanmu kerana Dia Maha Pemurah dan Mengasihani.
Ya Allah, Berikanlah rasa cintaku kepadaMu dalam jiwa ini ya Allah.
Ya Allah, hiburkanlah jiwa ini bersamaMu ya Allah.
Ya Allah, rahmatilah jiwa ini agar sentiasa ingin berada dekat denganMu ya Allah.
Terima kasih ya Allah, terima kasih.
Terima kasih pada saudara fuad latip atas artikal di atas.
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 10:09 AM 1 dah tinggalkan jejak
Labels: motivasi
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 3:18 PM 1 dah tinggalkan jejak
Labels: motivasi
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 10:58 AM 0 dah tinggalkan jejak
Labels: motivasi
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 1:43 PM 0 dah tinggalkan jejak
Labels: nasyid
Firman Allah SWT, di dalam surah An-Nahl, ayat 1..
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 9:18 AM 0 dah tinggalkan jejak
Labels: motivasi
Rukun Iman ada enam (6) perkara :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
Rukun Islam ada lima (5) perkara :
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan zakat
(5) Mengerjakan Haji
Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya..
membawa mengingati الله.
Mendengarkan kata-katanya..
menambahkan ilmu.
Terlihat gerak gerinya..
meninggikan takut kepada الله.
Berkawan dengannya..
berjuang ke jalan الله..
dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. -Surah Yusuf ayat 87.
MEMBALAS KEBAIKAN DENGAN KEJAHATAN ADALAH PERANGAI YANG SERENDAH-RENDAHNYA. MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEJAHATAN, BUKANLAH PRIKEMANUSIAAN. MEMBALAS KEBAIKAN DENGAN KEBAIKAN ADALAH HAL BIASA. MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN ADALAH CITA-CITA KEMANUSIAAN YANG SETINGGINYA.