# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara'
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 29, 2012

Jatuh | iluvislam.com discover the beauty of islam

Jatuh | iluvislam.com discover the beauty of islam

Friday, March 23, 2012

Mudahnya Selesaikan Masalah

Mudahnya Selesaikan Masalah

Monday, March 19, 2012

Didikan Ini Demi Cinta… | iluvislam.com discover the beauty of islam

Didikan Ini Demi Cinta… | iluvislam.com discover the beauty of islam

Friday, March 2, 2012

KU DAMBA REDHAMU

Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhamu.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya...

Rap:
Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah....

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan


Tuesday, February 28, 2012

myMetro | Usah buka aib insan lain

myMetro | Usah buka aib insan lain

Wednesday, February 22, 2012

Landasan Emas Ke Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Landasan Emas Ke Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, February 17, 2012

JOM KONGSI 31

BERBUAT BAIK KEPADA ORANG LAIN ITU MELAPANGKAN DADA

Sesuatu yang baik itu akan dilihat seperti mana namanya, kebaikan itu seperti lukisannya dan perbuatan baik itu sama seperti citarasanya. Orang yang pertama kali mendapatkan manfaat daripada perbuatan yang membuat manusia bahagia adalah orang yang diberi anugerah dengan kebahagiaan tersebut. Mereka lebih dahulu memetik buahnya dalam diri mereka, akhlak dan nurani mereka sendiri sehingga mereka pun dapat menemui kelapangan, kegembiraan, ketenangan dan kedamaian.

Apabila kegelisahan mengelilingi persekitaran kamu, atau penderitaan menimpa diri kamu, maka lakukanlah kebaikan kepada mereka, maka kamu pasti menjumpai keringanan dan ketenangan. Berilah kepada orang yang berada dalam kekurangan, tolonglah orang yang dizalimi,selamatkanlah orang yang dalam kesusahan, berilah makan orang yang kelaparan, ziarahilah orang yang sakit dan tolonglah orang yang ditimpa musibah, maka kamu pasti menjumpai kebahagiaan yang berlimpah di hadapan dan dibelakangmu.

Sesungguhnya perbuatan baik itu bagaikan minyak wangi kasturi yang memberi manfaat terhadap pembawa, penjual dan pembelinya. Kebaikan jiwa itu merupakan ubat yang diberkati. Kamu membelinya di kedai orang-orang yang berhati pemurah dengan perbuatan baik.

Mengukirkan senyuman kepada orang-orang yang miskin akhlak merupakan satu sedekah dan memperoleh nilai yang teramat berharga. Sabda Nabi bermaksud:-

"Walaupun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu."

Muka masam itu merupakan tanda pengisytiharan besar-besaran terhadap orang lain. Hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang perkara ghaib yang mengetahui cara meluruskannya.

Memberi air minum dari tangn seorang pelacur untuk anjing yang sedang dahaga menyebabkan masuk syurga yang keluasan nya seluas langit dan bumi. Ini kerana Allah Yang Maha memberi pahala itu Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri serta Maha Indah. Dia menyukai sesuatu yang indah. Dia Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Wahai orang yang diancam oleh mimpi buruk kesengsaraan, ketakutan dan kekhuatiran! Marilah ke taman kebaikan dan sibukkan diri dengan perkara-perkara lain sebagai pemberian, jamuan,penglipur lara, pertolongan dan pelayanan, maka kamu akan menemukan citarasa dan warna kebahagiaan.

Seperti yang tersebut di dalam Al-quran bermaksud "padahal tidak ada seorang pun membeerikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya. Tetapi (dia meberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan kelak di benar-benar mendapat kepuasan." (Al-Lail: 19-21)