# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara'
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 28, 2012

myMetro | Usah buka aib insan lain

myMetro | Usah buka aib insan lain

Wednesday, February 22, 2012

Landasan Emas Ke Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Landasan Emas Ke Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, February 17, 2012

JOM KONGSI 31

BERBUAT BAIK KEPADA ORANG LAIN ITU MELAPANGKAN DADA

Sesuatu yang baik itu akan dilihat seperti mana namanya, kebaikan itu seperti lukisannya dan perbuatan baik itu sama seperti citarasanya. Orang yang pertama kali mendapatkan manfaat daripada perbuatan yang membuat manusia bahagia adalah orang yang diberi anugerah dengan kebahagiaan tersebut. Mereka lebih dahulu memetik buahnya dalam diri mereka, akhlak dan nurani mereka sendiri sehingga mereka pun dapat menemui kelapangan, kegembiraan, ketenangan dan kedamaian.

Apabila kegelisahan mengelilingi persekitaran kamu, atau penderitaan menimpa diri kamu, maka lakukanlah kebaikan kepada mereka, maka kamu pasti menjumpai keringanan dan ketenangan. Berilah kepada orang yang berada dalam kekurangan, tolonglah orang yang dizalimi,selamatkanlah orang yang dalam kesusahan, berilah makan orang yang kelaparan, ziarahilah orang yang sakit dan tolonglah orang yang ditimpa musibah, maka kamu pasti menjumpai kebahagiaan yang berlimpah di hadapan dan dibelakangmu.

Sesungguhnya perbuatan baik itu bagaikan minyak wangi kasturi yang memberi manfaat terhadap pembawa, penjual dan pembelinya. Kebaikan jiwa itu merupakan ubat yang diberkati. Kamu membelinya di kedai orang-orang yang berhati pemurah dengan perbuatan baik.

Mengukirkan senyuman kepada orang-orang yang miskin akhlak merupakan satu sedekah dan memperoleh nilai yang teramat berharga. Sabda Nabi bermaksud:-

"Walaupun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu."

Muka masam itu merupakan tanda pengisytiharan besar-besaran terhadap orang lain. Hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang perkara ghaib yang mengetahui cara meluruskannya.

Memberi air minum dari tangn seorang pelacur untuk anjing yang sedang dahaga menyebabkan masuk syurga yang keluasan nya seluas langit dan bumi. Ini kerana Allah Yang Maha memberi pahala itu Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri serta Maha Indah. Dia menyukai sesuatu yang indah. Dia Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Wahai orang yang diancam oleh mimpi buruk kesengsaraan, ketakutan dan kekhuatiran! Marilah ke taman kebaikan dan sibukkan diri dengan perkara-perkara lain sebagai pemberian, jamuan,penglipur lara, pertolongan dan pelayanan, maka kamu akan menemukan citarasa dan warna kebahagiaan.

Seperti yang tersebut di dalam Al-quran bermaksud "padahal tidak ada seorang pun membeerikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya. Tetapi (dia meberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan kelak di benar-benar mendapat kepuasan." (Al-Lail: 19-21)

Thursday, February 2, 2012

Kerikil Dan Sutera | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kerikil Dan Sutera | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tuesday, January 31, 2012

Ya Rahman

Allahku ya Rahman (2x)
Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. Allahu ya Rahman

berlalu waktu berlalu
sepi menghantar ku kembali padaMu
bersimpuh aku bersimpuh
dalam lelah hati memohon padaMu

di pintu kasihMu hati kan mengadu
di dalam gelapku memohon ampunMu
kasihani aku terangi jiwaku
sinari hidupku

dan berharap belas kasih
dan berharap maaf untuk
segala salah dan dosa dari hitam di langkahku
semoga engkau beri
setitik cahaya terang
sebelum masa hilang dari pandangan

Allahku ya Rahman (2x)

Thursday, January 26, 2012

RENUNGAN 31:-

Rasulullah SAW bersabda, ALLAH SWT berfirman,

"Wahai anak adam, selama kamu berdoa dan berharap kepadaKU maka AKU akan mengampuni segala dosa kamu yang melekatpada diri kamu." (Hadis Qudsi, riwayat At-Tirmizi)

Firman ALLAH SWT lagi,

" Sesiapa yang berdoa kepadaKU, maka AKU perkenankan baginya. Sesiapa memohon sesuatu daripadaKU, maka Aku berikan dia dan sesiap meminta ampun daripadaKU, maka Aku ampuni dia" (Hadis Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Friday, January 20, 2012

Wahai Manusia, Kamulah Yang Memerlukan Allah! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wahai Manusia, Kamulah Yang Memerlukan Allah! | iluvislam.com + discover the beauty of islam