# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara'
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 16, 2011

DOA:-

"Ya ALLAH dekatkan aku kepada KEREDHAAN Mu dan JAUHKAN aku daripada KEMURKAAN dan BALASAN Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan RAHMAT Mu, wahai TUHAN yang MAHA PENGASIH"

Monday, August 15, 2011

Kekurangan Itu Suatu Kehebatan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kekurangan Itu Suatu Kehebatan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tuesday, August 9, 2011

RENUNGAN 27:-

"Perbuatan baik adalah suatu perbuatan yang membuat jiwa tenteram dan hati menjadi tenang. Dan perbuatan dosa adalah perbuatan yang menjadikan jiwa goncang dan hati gusar, sekalipun kamu mendapat petua daripada ahli fatwa"Imam Ahmad

Friday, August 5, 2011

DOA:-

" Ya Allah, jadikanlah puasaku puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekelian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha pengampun daripada segala Dosa"

Wednesday, August 3, 2011

JOM KONGSI 24:- PART 3 (TERAKHIR)

Alhamdulillah...sampai juga kita pada bulan ramadan yang berkat ini...syukur pada ILAHI..semoga kita semua dapat tingkatkan segala amalan kita dan semoga kita sentiasa berada di bawah LINDUNGANNYA...AMIn...ok2 saya nak sambung TIP HIDUP BAHAGIA DALAM MASYARAKAT...ni adalah bahagian yang akhir :)

  • Perbaikilah terus niatmu dan jadikanlah setiap persahabatan kamu kerana Allah dan di jalan Allah SWT
  • JAdilah kamu orang yang bertolak ansur , murah hati, lembut hati, sabar, ramah tamah, gemar membantu orang lain dan kreatif
  • Lupakanlah keburukan sahabat-sahabatmu tentu persahabatan tersebut akan berpanjangan
  • Sifat dendam tidak menyakiti orang lain, sebaliknya padahnya pasti menimpa orang yang suka menyimpan rasa dendam
  • Sampaikanlah amanah kepada orang yang menitipkan amanah kepadamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang telah berkhianat kepadamu
  • Berharaplah ganjaran pahala dalam setiap derita yang menimpa dirimu
  • Jadilah orang yang menepati janji, kerana melanggar janji dapat menjatuhkan harga diri kamu
  • Kamu harus bijak menempatkan setiap kedudukan orang lain dan janganlah memperlakukan orang mulia sama dengan perlakuan orang bodoh
  • Berusahalah melihat permasalahan dengan kaca mata orang lain agar kamu dapat mengetahui sudut pandangan mereka
  • Janganlah kamu mencampuru urusan peribadi orang lain dan janganlah kamu menanyakan persoalan peribadi mereka
  • Kebenaran bukan monopoli milik kamu, maka janganlah kamu menganggap bodoh pendapat orang lain
Semoga saya dan korang2 semua dapat renungkan n fikirkan tip2 yang saya ambil dari buku yang saya baca KEBAHAGIAN PASTI BERSAMAMU diterjemahkan oleh Nor hasanuddin dan disunting oleh Dr Mohd Puzhi bin usop dan ust zairul mat Zin.

Yang baik kita ikut, yang buruk kita jangan buat :) teruskan berpuasa dengan bersungguh2 n lipat gandakan amalan kita mengikut kemampuan.

Saturday, July 30, 2011

Ketenangan Ada Dijual Di Sini | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Ketenangan Ada Dijual Di Sini | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, July 29, 2011

Ahlan wasahlan Ramadhan

As salam,

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".
(Al-Baqarah ayat:183)


Alhamdulillah...ramadhan semakin menghampiri kita..marilah kita sama-sama mempersiapkan diri untuk menjalani ibadah puasa. ya bulan yang sangat2 berkat di mana kita DIWAJIBKAn berpuasa..Bukan sekadar hanya dengan Menahan diri dari Lapar dan Dahaga serta perkara2 yang membatalkan puasa, tetapi kita perlu berpuasa dengan seluruh pancaindera kita. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena, Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia serta meninggalkan maksiat.

Dikesempatan ini saya ingin mengambil peluang memohon maaf kepada sesiapa sahaja kawan2 yang @ membaca blog saya..Marilah kita membersihkan hati kita agar kita tenang untuk menghadapi bulan yang sangat istimewa ini. Seandainya ada kata2 saya dalam blog ni yang menyentuh mana2 pihak, saya minta maaf. Akhir kalam, salam ramadhan dan semoga ramadhan ini membawa Keberkatan dalam hidup kita, INSYAALLAH.

P/s: Ingatan untuk semua n diri saya sendiri, hidupkanlah BULAN RAMADHAN ini dengan amalan kebaikan..Jom kita ramai2 kumpul Saham yang kita nak bawa kat SANA nanti...semoga Allah menerima puasa kita serta amalan2 kita...AMIN


niat puasa :)

1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.