# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara'
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 14, 2011

RENUNGAN 22:-

Sabda Rasulullah S.A.W:

" Orang yang kuat bukanlah orang yang menang ketika berkelahi, sebaliknya orang yang kuat sejati adalah seseorang yang mampu mengawal dirinya ketika sedang marah"

Monday, June 13, 2011

Secerah pawana

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah

kita ingin segalanya indah
sebersih pasir pantai memutih
seindah dan secerah pawana
berseri ukhwah dipupuk kasih

kita ingin segala terlerai
dengki dan dendam kesumat musnah
biar keikhlasan berbicara
di dada hati luas saujana

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah


Thursday, June 9, 2011

jom kongsi 23 :-

Pesanan nabi sebelum tidur...

Sekadar ingat mengingati.. ...

SEBELUM Tidur Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi ) Rasulullah berpesan
kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat
perkara, yaitu : ...
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan
empat perkara seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau
tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al
Qur'an. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad'
Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad'
( 3 x ) Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa
Muhammad ( 3 x ) Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan
meredhai kamu. Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal
hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x ) Dan,perbanyaklah bertasbih,
bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan
ibadah haji dan umrah" Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi
Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x ) Sekian
untuk ingatan kita bersama.

Wednesday, June 8, 2011

Bersabar atas Kehilangan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Bersabar atas Kehilangan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tuesday, June 7, 2011

DOA :-




"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.


Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.

Monday, June 6, 2011

[Design] Dunia Hanya Sebentar | iluvislam.com + discover the beauty of islam

[Design] Dunia Hanya Sebentar | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, June 3, 2011

RENUNGAN 21:-

" DAN JANGANLAH SEKALI-KALI KEBENCIANMU TERHADAP SESUATU KAUM, MENDORONG KAMU UNTUK BERLAKU TIDAK ADIL. BERLAKU ADILLAH, KERANA ADIL ITU LEBIH DEKAT KEPADA TAQWA."

AL-MAIDAH:8