# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': jom kongsi 18 :-
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 20, 2011

jom kongsi 18 :-

Iman sifatnya bertambah ataupun berkurang daripada hati seseorang menurut amalan yang dilakukannya. Andai kata sering melakukan kebaikan, maka imannya semakin hari semakin meningkat dan subur dijiwanya. Namun andai dosa yang sering dilakukannya tanpa disusuli taubat, maka iman itu akan semakin berkurangan bahkan akan lenyap daripada jiwa.

Adalah sangat2 rugi yang amat besar senadainya Allah SWT mencabut iman daripada hati manusia. Bayangkan seseorang yang direnggut nyawa saat imannya tercabut...

Iman adalah harta yang paling berharga. Maka ia wajib dijaga dan dipelihara dari unsur-unsur yang boleh merosakkannya. Kerana itu, orang yang benar2 beriman amat bimbang andai iman mereka merosot atau berkurangan. Mereka sangat sayang akakn iman mereka. Lalu mereka sangat fokus dan berjuang habis habisan, menggadai nyawa untuk mempertahankan nya. Sebaliknya orang yang fasik tidak pernah memikirkan soal ini. Baginya halal haram, dosa pahala, iman kufur sama saja.

Penting untuk kita ketahui bahawa iman itu, selain boleh berkurangan, ia juga boleh melayang dan tercabutkeluar dengan sebab berlakunya dosa-dosa tertentu. Contohnya DOSA berzina dan minum arak. Sabda NABI SAW yang bermaksud:

"Barangsiapa yang berzina atau minum khamar (arak), maka Allah akan mencabut iman daripada hatinya, sebagai mana orang melepaskan (mencabut ) pakaian melalui kepalanya." (Riwayat al-Hakim)

Lihatlah, betapa sia2 usaha seseorang yang jahil dan sombong kepada ALLAH SWT. Saki baki iman yang ada, bukan sahaja tidak disuburkan bahkan dibiar lenyap begitu sahaja. Sepatutnya amat wajar iman terus-menerus disubur dan ditingkatkan. Sama-sama kita renungkan buat pedoman hidup.

P/s: petikan Buku-bawa hatimu kepada TUHAN

0 dah tinggalkan jejak: