1. Menangisi dosa-dosa lalu. Ya, dengan tangisan yang banyak. Air mata yang deras bercucuran petanda benar-benar didakap keinsafan. Oh, berapa lama sudah air mataku tidak mengalir untuk-MU ya Allah?
2. Takut dan bimbang terjebak atau jatuh semula ke kancah dosa-dosa silam.
3. Meninggalkan teman-teman yang buruk sikapnya, (kawan-kawan yang keras hatinya lagi hidup bercandukan kejahatan. Mereka tidak akan membantu kita dalam proses hijrah ke arah kebenaran).
4. Bercampur dan bergaul dengan orang soleh lagi terpilih. (Bergaul dan bersahabat dengan mereka diumpamakan bersahabat dengan penjual minyak wangi)
Jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, sekalipun kita tidak membeli minyak wanginya, namun kerana sering berada di kedainya dan duduk berdekatan dengannya, maka haruman wangian telah melekat ditubuh dan pakaian kita. Demikianlah kesan positif apabila bersahabat dengan insan-insan mulia.
P/s: Semoga ianya memberi manfaat kepada diri saya n kawan2 semua :) petikan dari buku-Lembutkanlah HATI-Ustaz Amal
0 dah tinggalkan jejak:
Post a Comment