# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': jom kongsi 17 :-
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 14, 2011

jom kongsi 17 :-

Apabila tenggelam sang mentari, maka tabir malam pun menyelubungi. Malam adalah untuk manusia merehatkan tubuh badan mereka yang sehari suntuk penat dan keletihan bekerja dan mencari rezeki. Malam menjadi bertambah indah dengan rembulan tersenyum serta taburan jutaan bintang di langit. Malam bertambah syahdu dengan zikir sang unggas dan mergastua bertasbih memuji ilahi. Sebagaimana siang dan malam silih berganti, maka begitulah jua bersilih ganti tidur dan jaga.

Rasulullah mengumpamakan tidur itu sebagai"mati kecil". Kerana itulah agaknya kenapa kita disunatkan BERWUDHUK, BERZIKIR, BERISTIGHFAR, MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG dan BERWASIAT sebelum tidur. Manalah tau, entah-entah tidur kita pada malam itu juga adalah tidur yang terakhir. Tidur yang penghabisan. Berapa banyak sudah berlaku? Berapa banyak warga dunia yang berangkat semasa tidurnya? Pergi mengadap Ilahi membawa diri yang lalai daripada Allah SWT, diri yang berlumuran dosa, dan dada yang penuh dendan kesumat dengan sesama MUSLIM.

Wasiat Luqmanul Hakim kepada anaknya:

" Wahai anakku, kalau engkau meragui kebenaran mati itu, maka janganlah kamu tidur. (Namun) Seperti mana engkau akan tertidur (juga akhirnya kerana terlalu mengantuk), maka demikian jugalah dengan kematian. Dan apabila engkau meragui pula benarnya hari kebangkitan, maka janganlah (sekali-kali) engkau cuba bangun daripada tidurmu (namun nescaya engkau akan tejaga juga dari tidurmu), maka demikianlah juga dengan hari kebangkitan. Kamu akan dibangkitkan selepas kematianmu"

"Ya Allah ya Tuhanku, jika tidurku ini yang penghabisan, maka ampunkan segala DOSAku, maafkan segala kesalahanku dan REDHALAH pada diriku"

P/s: Petikan dari buku : BAWA HATIMU KEPADA TUHAN-Uztaz Amaluddin

0 dah tinggalkan jejak: