# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': jom kongsi 15 :-
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 4, 2011

jom kongsi 15 :-

TIP MERAIH HARI-HARI YANG INDAH:-

1. Istighfar pada waktu sahur
Duduk sambil beristighfar pada waktu selepas sahur sebagaimana ayat yang bermaksud: " Dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur." (Ali Imran:17)

2. Bertafakur
Menyendiri untuk bertafakur sebagaimana ayat yang bermaksud: " Dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi. " (Ali Imran: 191)

3. Bersabar sambil berdoa
Menjalin hubungan dengan orang-orang soleh sebagaimana ayat yang bermaksud: " Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan." (Al-Kahfi:28)

4. Mengingati Allah pagi dan Petang
Banyakkanlah mengingati Allah pada pagi dan petang (malam dengan munajat dan zikir sebagaimana ayant yang bermaksud " Dan sebutlah serta ingatlah tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahNYA), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang." (Al-A'raaf:250)

5. Membiasakan Solat sunat 2 Rakaat
Melakukan solat sunat 2 rakaat dengan khusyuk sebagaimana ayat yang bermaksud: "Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (Al-Mu'minuun:2)

6. Membaca dan Merenungi Al-Quran
Membaca Al-Quran dan merenung kandungannya sebagaimana ayat yang bermaksud: "Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-quran?" (An-Nisaa':82)

7. Puasa Sunat
Melakukan amalan puasa sunat walaupun pada hari yang sangat panas sebagaimana sabda Rasulullah SAW : " Dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku." (Al-hadith)

8. Menyembunyikan Sedekah
Sembunyikan sedekah sebagaimana sabda Rasulullah SAW : " Hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya" (Al-hadith)

9. Meringankan beban Orang Muslim
Meringankan beban orang muslim yang dalam kesusahan sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa meringankan kesusahan seorang muslim di dunia, maka Allah akan membebaskannya dari kesulitan di hari kiamat kelak. " (Al-Hadith)

10.Zuhud
Jalanilah hidup di dunia dengan zuhud sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Al-A'laa:17)

p/s: SUMBER BUKU TERAPI DUKA-DR AIDH AL-QARNI oleh KHAIRUL GHAZALI

0 dah tinggalkan jejak: