Salam,
Alhamdulillah saya nak sambung tip HIDUP BAHAGIA BERMASYARAKAT
- Hendaklah kamu sering memberi hadiah, kerana hadian itu dapat menghilangkan BUSUK HATI
- Janganlah kamu tidur sebelum hatiMu tenang mengenai persoalan yang berkaitan dengan saudara-saudara kamu
- Nasihatilah orang lain dengan cara lemah lembut dan ramah tamah
- Jika kamu tidak mampu membuat sebahagian orang menyukai kamu, maka sukar bagi mereka untuk menghormatimu
- Janganlah kamu menjadi penipu dan akibatnya orang akan menjauhimu
- Fahamilah orang lain sebelum kamu meminta mereka memahamimu
- Berusahalah untuk menyelami perasaan orang lain
- Berusahalah untuk sentiasa senyum kepada orang lain kerana senyuman itu sedekah
- Janganlah kamu terlampau banyak berbicara mengenai dirimu sendiri
- Hiasilah dirimu dengan berjenaka , tapi janganlah kamu memperbanyak senda gurau kerana orang lain akan memandangmu rendah
selamat mengamalkannya..
0 dah tinggalkan jejak:
Post a Comment