# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': Ahlan wasahlan Ramadhan
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 29, 2011

Ahlan wasahlan Ramadhan

As salam,

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".
(Al-Baqarah ayat:183)


Alhamdulillah...ramadhan semakin menghampiri kita..marilah kita sama-sama mempersiapkan diri untuk menjalani ibadah puasa. ya bulan yang sangat2 berkat di mana kita DIWAJIBKAn berpuasa..Bukan sekadar hanya dengan Menahan diri dari Lapar dan Dahaga serta perkara2 yang membatalkan puasa, tetapi kita perlu berpuasa dengan seluruh pancaindera kita. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena, Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia serta meninggalkan maksiat.

Dikesempatan ini saya ingin mengambil peluang memohon maaf kepada sesiapa sahaja kawan2 yang @ membaca blog saya..Marilah kita membersihkan hati kita agar kita tenang untuk menghadapi bulan yang sangat istimewa ini. Seandainya ada kata2 saya dalam blog ni yang menyentuh mana2 pihak, saya minta maaf. Akhir kalam, salam ramadhan dan semoga ramadhan ini membawa Keberkatan dalam hidup kita, INSYAALLAH.

P/s: Ingatan untuk semua n diri saya sendiri, hidupkanlah BULAN RAMADHAN ini dengan amalan kebaikan..Jom kita ramai2 kumpul Saham yang kita nak bawa kat SANA nanti...semoga Allah menerima puasa kita serta amalan2 kita...AMIN


niat puasa :)

1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


0 dah tinggalkan jejak: