# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': Antara 2 Cinta
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 6, 2011

Antara 2 Cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh


2 dah tinggalkan jejak:

Solehah said...

lirik ni memang betul sangat. fitrah manusia.

[s][u][e][h][a][n][n] said...

solehah: ye mmg betul...bait yang 1st tu pun sudah cukup jelas fitrah manusia :(