IBN ABBAS BERKATA, " Satu kesukaran pasti mendatangkan dua kemudahan."
Sesungguhnya derita itu ringan
Bergembiralah dengan kebaikan,
Kerana keringanan datang dari Allah.
Putus asa kadang memutuskan harapan
Janganlah sekali-kali berputus asa,
Kerana kebahagian datang dari ALLAH
ALLAH menjamin setelah kesukaran pasti ada kemudahan
Janganlah sekali-kali risau,
Kerana Tuhan pencipta itu Allah
Apabila engkau mendapat cubaan,
maka percayalah pada Allah dan relakanlah
Sesungguhnya yang memberi cubaan itu Allah
Demi Allah, engkau tidak punya siapa pun selain Allah
Maka cukuplah bagimu dalam segala hal itu Allah.
0 dah tinggalkan jejak:
Post a Comment