# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': JOM KONGSI 26
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 8, 2011

JOM KONGSI 26

MEWUJUDKAN CARA BERFIKIR YANG LEBIH BAIK UNTUK DIRIMU & ORANG LAIN

  • Hendaklah kamu menjadi orang yang TENANG
  • Jangan biar orang lain membuat kamu marah
  • Jangan kamu cuba untuk membalas DENDAM.. Ketika kamu berfikiran ke arah itu, maka tumpukan fikiranmu untuk memikirkan objek lain.
  • Berusahalah untuk mempertingkatkan kualiti diri
  • Tumpukanlah kepada perkara2 positif dalam diri orang lain yang wujud di persekitaran kamu.
  • Cubalah untuk bertenang...Jika ini sukar dilakukan maka cuba berpura-pura untuk bertenang..Namun setelah itu kamu akan dapati diri kamu tidak lagi perlu untuk berpura2.
  • Fikirkanlah pelbagai persoalan sebagai cabaran dan peluang yang mungkin kamu dapat menyelesaikan persoalan tersebut dengan jayanya.
  • Jika kamu merasa kecewa, maka carilah bahan bacaan, kunjungilah rakan, atau telefon salah seorang kenalanmu atau sesiapa yang kamu sukai. Memberi tumpuan terhadap sesuatu objek di luar masaalh peribadi menjadikan kamu mustahil dikuasai oleh kemuskykilan yang sedang dihadapi.
  • Senyumlah....kerana sungguh jarang orang yang tidak mahumembalas senyuman. Senyuman tidak hanya setakat mengukuhkan perasaan kamu yang disertai perilaku mesra, namun ia juga mendorong otak kamu untuk mengeluarkan hormon endorfin yang tidak dapat menghilangkan rasa sakit dalam struktur tubuh secara praktikal. Dengan demikian,, pada akhirnya kamu akan merasa lebih bersifat optimis terhadap diri kamu sendiri.

Semoga ianya memberi MANFAAT kepada saya & kamu2 yang membaca :) insyaallah.

0 dah tinggalkan jejak: