Apabila satu pandangan kepada perkara dan objek maksiat (dosa) tidak disusuli dengan TAUBAT, perbuatan itu menjadi sangat tercela dan amat keji pada pandangan ALLAH. Mata sepatutnya menjadi sungai hidayah, tetapi telah dibiarkan menjadi sungai dosa. Mata yang berdosa bakal menerima ancaman Allah berupa julangan-julangan api, cairan api neraka yang maha panas yang akan dituang ke dalam dua belah matanya sehingga melepuh terbakardan rentung.
Tanpa iman yang teguh, berapa banyak sudah bebola mata kita meleret melihat sesuatu yang diharamkan Allah? Dan berapa kali pula kita akan terjebak menyaksikan perkara yang haram itu akibat ketagihan nafsu yang tidak dapat dikawal?
Seandainya dosa kita tidak terampun, bayangkan saat mana julangan api neraka yang menggelodak panas itu menyambar lalu membakar kedua belah mata kita... Mampukan kita menghadapi kesakitan dan kepedihannya? Kuatkah kita untuk tidak meraung, mengaduh, dan menjerit saat bertandang azab itu? ( Rahmatilah kami yang Allah....terimalah taubat kami ya Allah)
Marilah kita menangis kerana Allah..Marilah kita menangis sebelum tiba masanya mata kita mengalirkan air mata darah..
Semoga Allah merahmati kita dan menyelamatkan kita daripada kedahsyatan azab neraka itu.
Daripada Ibnu Abbs berkata: Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda:
" Dua jenis mata yang tidak akan disentuh api neraka. Itulah mata yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan mata yang tidak tidur malam (berkawal, beribadat dan bermunajat di jalan Allah) tanpa diketahui oleh orang-orang lain." (Riwayat at-Turmuzi daripada Ibnu Abbas dan Abu Ya'ala dalamMusnadnya daripada Anas, sebagaimana dalam Misykatul Masabih (3829)
P/S: Buku TUHAN ITU DEKAT- USTAZ AMALUDDIN MOHD NAPIAH
0 dah tinggalkan jejak:
Post a Comment