# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': jom kongsi 1 :-
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 7, 2011

jom kongsi 1 :-

Firman Allah SWT, di dalam surah An-Nahl, ayat 1..

... sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan...

yang jelas, hari esok masih lagi dalam alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi sebuah jambatan sebelum sampai ke atasnya. sebab siapa yang tahu bahawa kita akan sampai atau tidak pada jambatan itu? fikirkan la...

Dalam syariat, memberi kesempatan pada fikiran untuk memikirkan masa depan dan membuka buku alam ghaib dan kemudian hanyut dalam kecemasan-kecemasan yang baru diduga darinya adalh sesuatu yang tidak dibenarkan, kerana perkara itu termasuk dalam angan-angan yang terlalu jauh.

Biarkan hari esok datang dengan sendirinya, janganlah anda menanyakan khabar beritanya dan jangan pula anda menunggu waktu itu...oleh itu hindarilah dari angan2 yang berlebihan.

0 dah tinggalkan jejak: