# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': October 2011
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 24, 2011

myMetro | Usah tunda taubat

myMetro | Usah tunda taubat

Monday, October 17, 2011

Bila bersendirian..

Bila bersendirian
jangan rasa kesepian
walau tanpa teman
kita tetap diperhatikan

Dalam gelap atau terang
ada mata yang sentiasa jaga
melihat perlakuan dan rasa
mencatat dosa atau pahala

Bila bersendirian
jangan katakan 'aku sunyi'
sebaliknya selalu bisikan dalam hati
pada diriku sentiasa
ada Pemerhati

Bila bersendirian
teruji keikhlasan
tanpa kejian atau pujian
apakah terus ada kesetiaan
berfikir dan berzikir
dengan tulus kesunyian!


Di Mana DIA dihatiku-ustaz PAHROL MOHD JUOI


Wednesday, October 12, 2011

[Design] Sentiasa Ada Ruang | iluvislam.com + discover the beauty of islam

[Design] Sentiasa Ada Ruang | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, October 10, 2011

RENUNGAN 29:-

"Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi dengan kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa, pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita TERANG untuk bersyukur, Allah juga berikan kita GELAP untuk kita bersabar"

Wednesday, October 5, 2011

JOM KONGSI 27

Jangan besedih jika Anda dizalimi

Saudaraku, jika anda dizalimi, maka janganlah besedih...dann berputus asa kerana Allah Taala sentiasa bersamamu.. Allah Taal tidak menyukai kezaliman, bahkan mengharamkan dan melarangnya. DIA berfirman dalam hadis QUDSI ertinya:-

"sesungguhnya aku mengharamkan kezaliman ke atas Zat-Ku dan menjadikannya haram di kalangan kamu dan oleh itu maka janganlah kamu saling berlaku zalim (HR. Muslim)

Jika kamu dianiaya maka berbahagialah, kerana Allah pasti bersamamu. Jika kamu dianiaya maka bergembiralah, kerana kamu memperoleh pahala orang-orang yang dianiaya. Jika kamu dianiaya maka bergembiralah, kerana doa kamu ke atas orang yang menganiaya kamu adalah dimakbulkan. Sabda Nabi s.a.w :-

"hindarilah doa orang yang dianiaya kerana tidak ada tirai pemisah antara doanya dengan Allah. (Hr. Al Bukhari dan Muslim)

"jangan sekali-kai berbuat zalim jika kamu berkuasa kerana berbuatan zalim pasti berakhir penyesalan... Kedua matamu tidur lena namun orang teraniaya berjaga dia mendoakanMu sedangkan Zat Allah tidak pernah tidur"

Betapa rugi orang yang tidur lena sedangkan mata orang lain berjaga mendoakan kejahatan atas dirinya. Alangkah beruntungnya orang yang tidur lena sedangkan mata orang lain berjaga mendoakan kebaikan untuknya.

Wahai orang yang dizalimi,bergembiralah... Jika kamu belum sempat mengambil hak kamu di dunia ini, maka ganjaran pahala kamu pasti dilipatgandakan di akhirat kelak. Pada hari itu, orang yang telah mengambil haknya di dunia berangan-angan supaya ganjarannya di tunda sampai hari kiamat..

ingatlah sesiapa sahaja yang kita zalimi didunia..Allah pasti akan balas..TAkutlah akan azab Allah..Semoga kita dijauhkan dari menjadi orang2 yang zalim.

Wallahu a'lam

Monday, October 3, 2011

Redha vs Terpaksa | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Redha vs Terpaksa | iluvislam.com + discover the beauty of islam