Thursday, August 25, 2011
RAMADAN diRINDUI...SYAWAL DIRAI...
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 2:59 AM 2 dah tinggalkan jejak
Wednesday, August 24, 2011
HARAPAN RAMADAN :)
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 9:54 AM 0 dah tinggalkan jejak
Monday, August 22, 2011
Bersabarlah | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 11:13 AM 2 dah tinggalkan jejak
Friday, August 19, 2011
JOM KONGSI 25
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:
1. Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan:
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 8:54 AM 0 dah tinggalkan jejak
Tuesday, August 16, 2011
DOA:-
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 9:36 AM 0 dah tinggalkan jejak
Monday, August 15, 2011
Kekurangan Itu Suatu Kehebatan | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 3:58 PM 0 dah tinggalkan jejak
Tuesday, August 9, 2011
RENUNGAN 27:-
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 10:19 AM 0 dah tinggalkan jejak
Friday, August 5, 2011
DOA:-
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 8:48 AM 1 dah tinggalkan jejak
Wednesday, August 3, 2011
JOM KONGSI 24:- PART 3 (TERAKHIR)
Alhamdulillah...sampai juga kita pada bulan ramadan yang berkat ini...syukur pada ILAHI..semoga kita semua dapat tingkatkan segala amalan kita dan semoga kita sentiasa berada di bawah LINDUNGANNYA...AMIn...ok2 saya nak sambung TIP HIDUP BAHAGIA DALAM MASYARAKAT...ni adalah bahagian yang akhir :)
Semoga saya dan korang2 semua dapat renungkan n fikirkan tip2 yang saya ambil dari buku yang saya baca KEBAHAGIAN PASTI BERSAMAMU diterjemahkan oleh Nor hasanuddin dan disunting oleh Dr Mohd Puzhi bin usop dan ust zairul mat Zin.
- Perbaikilah terus niatmu dan jadikanlah setiap persahabatan kamu kerana Allah dan di jalan Allah SWT
- JAdilah kamu orang yang bertolak ansur , murah hati, lembut hati, sabar, ramah tamah, gemar membantu orang lain dan kreatif
- Lupakanlah keburukan sahabat-sahabatmu tentu persahabatan tersebut akan berpanjangan
- Sifat dendam tidak menyakiti orang lain, sebaliknya padahnya pasti menimpa orang yang suka menyimpan rasa dendam
- Sampaikanlah amanah kepada orang yang menitipkan amanah kepadamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang telah berkhianat kepadamu
- Berharaplah ganjaran pahala dalam setiap derita yang menimpa dirimu
- Jadilah orang yang menepati janji, kerana melanggar janji dapat menjatuhkan harga diri kamu
- Kamu harus bijak menempatkan setiap kedudukan orang lain dan janganlah memperlakukan orang mulia sama dengan perlakuan orang bodoh
- Berusahalah melihat permasalahan dengan kaca mata orang lain agar kamu dapat mengetahui sudut pandangan mereka
- Janganlah kamu mencampuru urusan peribadi orang lain dan janganlah kamu menanyakan persoalan peribadi mereka
- Kebenaran bukan monopoli milik kamu, maka janganlah kamu menganggap bodoh pendapat orang lain
Yang baik kita ikut, yang buruk kita jangan buat :) teruskan berpuasa dengan bersungguh2 n lipat gandakan amalan kita mengikut kemampuan.
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 3:16 PM 0 dah tinggalkan jejak