# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': January 2013
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 7, 2013

Syukur..Terima Kasih

Ya ALLAH
sempena hari lahir ini
kusujud syukur padaMU
kerana masih memanjangkan usiaku ini
sedangkan kematian itu semakin menghampiriku

Ya ALLAH
kupohon padaMU
dengan bertambahnya usiaku ini
janganlah kulalai dari mengingatiMU
sedangkan dikau tidak pernah melupakanku

Ya ALLAH
kutahu ENGKAU sentiasa menyayangiku
sebab itu diriku selalu diduga olehMU

Ya ALLAH
andai ini usiaku yang terakhir
terimalah taubatku, ibadatku dan amalanku ini Ya ALLAH

Ya ALLAH
syukurku dengan hadiah yang kau berikan ini.

07 JANUARI 198...

P/s: Terima kasih buat kawan2 yang wish n yang sudi bagi hadiah tu...smg Allah sahaja yang membalasnya :)Nak bagi selalu pun boleh juga :p

Wednesday, January 2, 2013

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh....

Selamat tahun baru 2013 semua..Harapan semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas...Terima kasih Ya Allah kerana saya  dan kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan merasa nikmat2 Allah yang byk dan tak terhingga ni...Syukur Alhamdulillah.

Bersihkan hati, banyakkan ibadah, lakukan penghijrahan daripada baik kepada yang yang lebih baik secara berterusan... in shaa allah..

p/s: hadapi ujian2 Allah dengan sentiasa berlapang dada :)