# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': January 2012
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 31, 2012

Ya Rahman

Allahku ya Rahman (2x)
Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. Allahu ya Rahman

berlalu waktu berlalu
sepi menghantar ku kembali padaMu
bersimpuh aku bersimpuh
dalam lelah hati memohon padaMu

di pintu kasihMu hati kan mengadu
di dalam gelapku memohon ampunMu
kasihani aku terangi jiwaku
sinari hidupku

dan berharap belas kasih
dan berharap maaf untuk
segala salah dan dosa dari hitam di langkahku
semoga engkau beri
setitik cahaya terang
sebelum masa hilang dari pandangan

Allahku ya Rahman (2x)

Thursday, January 26, 2012

RENUNGAN 31:-

Rasulullah SAW bersabda, ALLAH SWT berfirman,

"Wahai anak adam, selama kamu berdoa dan berharap kepadaKU maka AKU akan mengampuni segala dosa kamu yang melekatpada diri kamu." (Hadis Qudsi, riwayat At-Tirmizi)

Firman ALLAH SWT lagi,

" Sesiapa yang berdoa kepadaKU, maka AKU perkenankan baginya. Sesiapa memohon sesuatu daripadaKU, maka Aku berikan dia dan sesiap meminta ampun daripadaKU, maka Aku ampuni dia" (Hadis Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Friday, January 20, 2012

Wahai Manusia, Kamulah Yang Memerlukan Allah! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wahai Manusia, Kamulah Yang Memerlukan Allah! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Menu :- Spagetthi ala saya :)

Alhamdulillah..ni la hasilnya

Bahan-bahan
1 peket spagetthi
500g daging cincang
1 tin sos spagetthi
1 labu bawang besar (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dihiris nipis)
batang sederi (ikut suka)
3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)
sosej (ikut suka)
1 cawan air
Oregano atau Italian herbs
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
cili pes (ikut suka)

CARA PENYEDIAAN

  • Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam dan sedikit minyak agar ia x melekat. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.

  • Untuk sos pula, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Jika anda suka pedas bolehla masukkan sedikit pes cili..kalau x nak letak pun x apa..Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.

  • Masukkan tomato, batang saderi, dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.

  • Masukkan sos spagetthi. Kacau hingga sekata.dan jika suka masukkan sosej yang telah dipotong bulat2.

  • Masukkan oregano/Italian herbs.Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.

  • Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.Siap untuk dihidangkan.
hidangkan bersama parutan keju parmesan.

p/s: resepi spagetthi ni ada macam2 cara ikut selera masing2...selain bahan2 di atas bahan lain yang boleh diletak dalam membuat sos spagetthi ni adalah carrot, susu segar, butter (masa menumis).. saya x letak pon..Selamat mencuba :)




Wednesday, January 18, 2012

Allah Itu Sweet | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Allah Itu Sweet | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, January 16, 2012

BERSERAH

Ku rebah di dalam
Dakapan hiba
Sepi ku rasa
Sekali ku kenang
Jelas terbayang
Hakikat diri
Sebenarnya serba kekurangan

Ku menyedari kelemahan diri
Tiada mensyukuri
Segala nikmat yang diberi
Mempersiakan kurniaan-Mu Tuhan
Sedangkan ehsan
Tak terbatas ternilaikan

C/0

Sesungguhnya aku tidak berdaya
Hanya berserah pada Yang Esa
Memohon keampunan-Nya
Mengharap keredhaan dari-Nya

Semoga masih terbuka
Ruang keinsafan
Untuk diri ini menebus kesilapan

Tuesday, January 10, 2012

Bagaimana Menambah Nikmat Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Bagaimana Menambah Nikmat Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saturday, January 7, 2012

Terima kasih Allah

Alhamdulillah...Segala Puji bagiMu Allah.

Ya Allah
terima kasih untuk usia yang Engkau Pinjamkan
terima kasih atas nikmatMU yang tak terhingga
terima kasih Allah..

Ya Allah, peliharalah hambamu ini dari segala keburukan dan kemaksiatan.Amin


p/s:terima kasih juga pada semua :)

Thursday, January 5, 2012

Menu :- Pizza :)


sebelum masuk oven (abaikan yang comot)


Bahan-bahanya

*Untuk Doh*
250gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
110ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis

-topping-
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit lada benggala, nenas dan tomato yang dihiris dadu
sedikit taburan oregano@ dry pasley

mix cheese@mayonis+sos cili@tomato

CARA PENYEDIAAN

Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

Bahagi doh pada dua bahagian dan bentukkan bulat seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit.

Sapukan setiap base pizza dengan sos tomato, ratakan ke seluruh doh, tabur kan lada benggala hijau, nenas, tomato dan sosej serta toppingkan dengan mozarela cheese.

Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.


Dah siap...


bismillah... :)


p/s: Ada bahan2 untuk topping yang saya x guna..ikut selera & budget masing2.. :)

Tuesday, January 3, 2012

Azam Yang Sama Selama-lamanya

Azam Yang Sama Selama-lamanya