# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': Menu :- Spagetthi ala saya :)
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 20, 2012

Menu :- Spagetthi ala saya :)

Alhamdulillah..ni la hasilnya

Bahan-bahan
1 peket spagetthi
500g daging cincang
1 tin sos spagetthi
1 labu bawang besar (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dihiris nipis)
batang sederi (ikut suka)
3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)
sosej (ikut suka)
1 cawan air
Oregano atau Italian herbs
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
cili pes (ikut suka)

CARA PENYEDIAAN

  • Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam dan sedikit minyak agar ia x melekat. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.

  • Untuk sos pula, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Jika anda suka pedas bolehla masukkan sedikit pes cili..kalau x nak letak pun x apa..Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.

  • Masukkan tomato, batang saderi, dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.

  • Masukkan sos spagetthi. Kacau hingga sekata.dan jika suka masukkan sosej yang telah dipotong bulat2.

  • Masukkan oregano/Italian herbs.Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.

  • Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.Siap untuk dihidangkan.
hidangkan bersama parutan keju parmesan.

p/s: resepi spagetthi ni ada macam2 cara ikut selera masing2...selain bahan2 di atas bahan lain yang boleh diletak dalam membuat sos spagetthi ni adalah carrot, susu segar, butter (masa menumis).. saya x letak pon..Selamat mencuba :)




1 dah tinggalkan jejak:

cheqna said...

boleh try ni
thanks =)
salam hari jumaat =)