# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': December 2011
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 29, 2011

JOM KONGSI 30

KEHIDUPAN ORANG YANG BERBAHAGIA

tatkala ajal hendak menjemput nyawa Abdullah bin Syaddad, dia memanggil anaknya Muhammad lalu berpesan dengan dengan sebuah pesanan penting yang menjelaskan sebab2 kebahagiaan, kedamaian dan keselamatan di dunia dan akhirat. Dia berkata kepada anaknya:-

"wahai anakku! Menurutku ajal tidak dapat dielakkan. Sesiapa pun di antara kita yang telah pergi, maka dia tidak akan kembali. Barangsiapa yang tetap bertahan , maka dia pasti melewatinya. Tidak seorang pun yang dapat melarikan diri daripada ajal. Sungguh aku berpesan kepadamu wahai anakku dengan sebuah pesanan, maka jagalah pesanan berikut ini:

1. BERTAKWALAH KEPADA ALLAH DAN BERSYUKURLAH KEPADANYA

Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah Yang Maha Agung. Perkara yang mesti kamu utamakan adalah bersyukur kepada Allah dan berniat ikhlas sama ada ketika bersendirian mahupun di hadapan kyalayak ramai. Ketahuilah bahawa oarang yang bersyukur itu mendapat bekalan dan takwa merupakan sebaik-baik bekalan.

" Wahai anakku! jadilah kamu seperti apa yang dikatakan oleh al-hathi'ah dalam sebuah syair:

Aku tidak melihat kebahagian itu harta yang dikumpul tetapi oarang yang bertakwa itulah orang yang bahagia. sebaik-baik bekalan adalah bertakwa kepada Allah. Ia adalah sebaik baik simpanan kelak di sisi ALLah. Setiap sesuatu yang dekat itu pasti akan segera datang akan tetapi yang telah berlalu itu sudah pasti menjauh.

ikuti sambungan pesanan ini di lain entry :)

Wednesday, December 21, 2011

Rehatkan Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Rehatkan Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, December 19, 2011

Menu :- DONAT


BAHAN-BAHAN

3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)

1/4 cawan air suam

1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit

1/2 cawan gula halus

1 sudu kecil garam

1/3 cawan shortening/butter

5 cawan tepung gandum

Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN

  • Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.

  • Masukkan susu, gula, garam, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

  • Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan. Tutup mangkuk dengan kain lembab dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.

  • Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.

  • Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak. Toskan minyak. Salut dengan gula icing ataupun coklat

Friday, December 16, 2011

Allah Ajarkan Tentang Keyakinan Kepada-Nya | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Allah Ajarkan Tentang Keyakinan Kepada-Nya | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tuesday, December 13, 2011

DOA:-

"Sesungguhnya kami terjaga (di pagi hari) dengan (kesedaran bahawa) kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhannya adalah milik ALLAH dan segala puji bagi ALLAH, tiada sekutu bagiNYA tiada tuhan selain DIA dan kepada-Nya kami dibangkitkan."

Monday, December 12, 2011

JOM KONGSI 29

IBN ABBAS BERKATA, " Satu kesukaran pasti mendatangkan dua kemudahan."

Wahai orang yang dirundung derita,
Sesungguhnya derita itu ringan
Bergembiralah dengan kebaikan,
Kerana keringanan datang dari Allah.

Putus asa kadang memutuskan harapan
Janganlah sekali-kali berputus asa,
Kerana kebahagian datang dari ALLAH
ALLAH menjamin setelah kesukaran pasti ada kemudahan

Janganlah sekali-kali risau,
Kerana Tuhan pencipta itu Allah
Apabila engkau mendapat cubaan,
maka percayalah pada Allah dan relakanlah

Sesungguhnya yang memberi cubaan itu Allah
Demi Allah, engkau tidak punya siapa pun selain Allah
Maka cukuplah bagimu dalam segala hal itu Allah.

Thursday, December 8, 2011

Pertarungan Iman Dan Nafsu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Pertarungan Iman Dan Nafsu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tuesday, December 6, 2011

RENUNGAN 30:-

“Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.”