# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': September 2011
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 28, 2011

Allah Tidak Jauh, Doa Sentiasa Mustajab | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Allah Tidak Jauh, Doa Sentiasa Mustajab | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, September 23, 2011

CAHAYA HATI

Bila hati payah mengingati ALLAH
Bila hati tak syukur dengan kesenangan
Bila hati tak sabar dengan kesusahan
Bila kurang terkesan oleh peringatan
Bila cintakan diri lupakan kawan
Bila cenderung pada yang haram dan dosa
Suka menzalim dan menganiaya
itulah petanda hati telah buta

paksalah hati mengingati TUHAN
Belajarlah syukur dengan yang ada
Hasil bersabar dengan apa yang tiada
Dekati sumur ilmu cedoklah titisan peringatan
Jauhilah yang haram dan syubhat
Carilah bimbingan solihin terdekat
Bersahabatlah dengan orang yang baik
Pemurah, pemaaf dan bersedekah..
Nescaya hati kan bercahaya semula

Ingin kumelihat yang indah dan cantik
Sayangnya ketika segalanya sudah nyata
Aku jadi buta untuk melihatnya
Mata berselubung keindahan ilusi
Hati terselindung keindahan hakiki
cahaya atas cahaya...
Itulah cahaya yang di hati
cahaya lindung cahaya...
itu cahaya yang di mata
aku terkesima!

Petikan dari buku : DIMANA DIA DI HATIKU?-UST. Pahrol Mohd Juoi


Thursday, September 22, 2011

RENUNGAN 28:-

"DAN BARANGSIAPA YANG BERTAWAKAL KEPADA ALLAH NESCAYA ALLAH AKAN MENCUKUPKAN (KEPERLUAN)NYA" - At-Talaq :3

Monday, September 19, 2011

Adakah Istidraj Berlaku Kepada Kita? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Adakah Istidraj Berlaku Kepada Kita? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday, September 14, 2011

DOA :-

Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkaulah penegak langit, bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Pemancar cahaya langit dan bumi. bagimulah segala puji. Engkaulah yang haq, janjiMu adalah benar, pertemuanMu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurgaMu adalah benar, nerakaMu adalah benar, Nabi-nabi adalah benar, Muhamad s.a.w. adalah benar dan kiamat adalah benar.

Ya Allah kepadaMulah aku berserah diri, kepada Engkaulah kami kembali, kepada Engkaulah kami merindu, kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang telah kami lakukan dan yang sebelumnya,baik yang kami sembunyikan atau yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir.

Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul Alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

Thursday, September 8, 2011

JOM KONGSI 26

MEWUJUDKAN CARA BERFIKIR YANG LEBIH BAIK UNTUK DIRIMU & ORANG LAIN

  • Hendaklah kamu menjadi orang yang TENANG
  • Jangan biar orang lain membuat kamu marah
  • Jangan kamu cuba untuk membalas DENDAM.. Ketika kamu berfikiran ke arah itu, maka tumpukan fikiranmu untuk memikirkan objek lain.
  • Berusahalah untuk mempertingkatkan kualiti diri
  • Tumpukanlah kepada perkara2 positif dalam diri orang lain yang wujud di persekitaran kamu.
  • Cubalah untuk bertenang...Jika ini sukar dilakukan maka cuba berpura-pura untuk bertenang..Namun setelah itu kamu akan dapati diri kamu tidak lagi perlu untuk berpura2.
  • Fikirkanlah pelbagai persoalan sebagai cabaran dan peluang yang mungkin kamu dapat menyelesaikan persoalan tersebut dengan jayanya.
  • Jika kamu merasa kecewa, maka carilah bahan bacaan, kunjungilah rakan, atau telefon salah seorang kenalanmu atau sesiapa yang kamu sukai. Memberi tumpuan terhadap sesuatu objek di luar masaalh peribadi menjadikan kamu mustahil dikuasai oleh kemuskykilan yang sedang dihadapi.
  • Senyumlah....kerana sungguh jarang orang yang tidak mahumembalas senyuman. Senyuman tidak hanya setakat mengukuhkan perasaan kamu yang disertai perilaku mesra, namun ia juga mendorong otak kamu untuk mengeluarkan hormon endorfin yang tidak dapat menghilangkan rasa sakit dalam struktur tubuh secara praktikal. Dengan demikian,, pada akhirnya kamu akan merasa lebih bersifat optimis terhadap diri kamu sendiri.

Semoga ianya memberi MANFAAT kepada saya & kamu2 yang membaca :) insyaallah.

Tuesday, September 6, 2011

Melihat Dengan Mata Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Melihat Dengan Mata Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam