# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': March 2011
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 31, 2011

Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


Wednesday, March 30, 2011

RENUNGAN 12:-

Diriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Wahai orang yang telah menyatakan beriman dengan lidahnya, tetapi iman itu belum sampai ke dalam hatinya! Janganlah kamu menyakiti orang Islam dan janganlah pula mencari-cari keaiban mereka. Sebab sesiapa yang mencari keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mencari pula keaibannya. Sesiapa yang telah dicari keaibannya oleh Allah, maka Dia akan mendedahkannya, meskipun ia berada dalam perjalanan yang jauh.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Maksudnya: Sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim yang lain (setelah dia benar-benar bertaubat nasuha) nescaya Allah akan tutupkan keaibannya pada hari kiamat kelak”

Tuesday, March 29, 2011

jom kongsi 14 :-

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:-

" Hak seorang islam terhadap seorang islam yang lain ada sebanyak 6 perkara:

1. Apabila engkau berjumpa hendaklah memberi salam kepadanya
2. Apabila dia menjemput hendaklah diterima jemputannya itu
3. Apabila dia minta nasihatmu maka nasihatilah dia
4. Apabila dia bersin dan memuji Allah maka hendaklah engkau doakan pujian itu dengan berkata "Yarhamkallah"
5. Apabila dia sakit lawatilah dan
6. Apabila dia meninggal dunia iringlah jenazahnya."

Hadith ini ingin menerangkan, islam adalah hidup yang praktikal, yang lebih menumpukan kepada suasana sekeliling masyarakat. Jadi, hadith ini menjelaskan bahawa perkara kecil yang dianggap remeh, sebenarnya lebih berkesan dalam menjalin dan mengukuhkan hubungan dalam masyarakat. Wallahu a'lam

p/s: dari buku 'terapi duka' .

Monday, March 28, 2011

RENUNGAN 11:-

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23

Friday, March 25, 2011

Destinasi Cinta

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?




Thursday, March 24, 2011

jom kongsi 13 :-

Waspada dalam berkata-kata

Dalam menjalani kehidupan sehari-hari pernahkah kita terfikir untuk berhati-hati ketika meluahkan setiap perkataan daripada mulut kita?

Sememangnya boleh dikatakan semua orang memahami betapa pentingnya apabila mahu berkata-kata kerana jika tersilap langkah mereka boleh terjerumus ke dalam dosa.

Kita hanya sekadar menguar-uarkan pepatah kerana mulut badan binasa tetapi ramai yang tidak mematuhinya.

Pada dasarnya, ucapan mahupun perkataan merupakan cerminan jiwa. Maka itu, Nabi Muhammad SAW berpesan pilihlah kata-kata yang baik.

Dalam hal ini, baginda merupakan teladan terbaik. Setiap saat, Rasulullah senantiasa menggunakan kata yang baik dan lembut untuk umatnya.

Baginda menjauhkan kata-kata yang buruk, kasar, dan keji. Bahkan, Rasulullah sangat membenci jika ada kalimat yang digunakan tidak pada tempatnya yang sesuai. Misalnya, ada perkataan yang baik dan bermakna mulia namun diucapkan kepada orang atau sesuatu yang sebenarnya tidak berhak menyandang ucapan itu.

Begitulah juga sebaliknya, jika ada kalimah buruk dan bermaksud menghina tetapi ditujukan untuk orang atau sesuatu yang mulia.

Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian memanggil orang munafik dengan panggilan tuan kerana jika dia memang seorang tuan, maka dengan panggilan itu kalian telah membuat Tuhan kalian murka".

Selain itu, umat Islam diminta menjaga ucapan yang mengandungi syirik. Seperti ucapan, "Aku meminta pertolongan kepada Allah dan kepadamu".

Sesuai tuntutan Rasulullah, mereka yang mengucapkan kalimat-kalimat seperti itu bererti telah menyekutukan atau sepadan bagi Allah SWT.

Dalam buku Berakhlak dan Beradab Mulia, Contoh-contoh dari Rasulullah, Saleh Ahmad asy-Syaami menambahkan, kalimat bernada mencela juga sebaik-baiknya dihindari. Peringatan itu juga disampaikan oleh Rasulullah melalui hadis yang diriwayatkan Bukhari, Muslim dan Muttafaaq alaih.

Rasulullah mengatakan: "Allah SWT berfirman, Anak keturunan Adam menyakiti-Ku, kerana mereka mencela masa, padahal Aku adalah Zat yang menciptakan dan menguasai masa. Aku yang menggantikan malam dan siang". Asy-Syaami menyatakan, perkataan yang mencela melahirkan kesalahan besar.

Menurut beliau, celaan yang diucapkan itu sebenarnya akan mengenai diri mereka sendiri. "Mereka telah berkata hal-hal yang tak patut," katanya.

Asy-Syaami menegaskan, ucapan-ucapan yang tak baik sama sekali tidak mendatangkan manfaat apa pun, sebaliknya, menjerumuskan seseorang ke jalan kebatilan. Ucapan yang buruk juga mendatangkan perpecahan dan pertikaian antara sesama manusia.

Termasuk yang perlu dijauhi adalah berkata bohong. Islam tidak memberikan keringanan bagi umatnya yang berbohong.

Ibn Qayyim dalam kitab al-Fawa'id mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap pembohongan. Sebab, kebohongan akan merosakkan cara pandang umat terhadap fakta yang sebenarnya.

Rasulullah melalui hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim mengatakan, pembohongan akan mengiring pelakunya kepada kejahatan dan kejahatan akan menjerumuskan ke dalam neraka.

SUMBER: UTUSAN

Tuesday, March 22, 2011

Tika Dinihari


Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami


RENUNGAN 10:-

"Rasa ralat ataupun penyesalan adalah baik sekali bagi orang beriman kerana sememangnya"PENYESALAN" itu mesti berlaku di atas dunia ini lagi, bukannya setelah nyawa diambil tuhan"

Monday, March 21, 2011

jom kongsi 12 :-

GELISAH itu SEKSAAN ALLAH SWT pada mereka yang tidak BERIMAN.

Mengapa gelisah terjadi? Kerana seseorang tidak REDHA/BERSERAH/PASRAH/RELA dengan ketentuan Allah SWT. “Hati itu milik kita, tetapi kita tidak mampu mencabut rasa GELISAH daripada hati kita. Itulah SEKSAAN Allah SWT kepada hati orang yang tidak beriman.

Apabila kita gelisah, buntu, keliru, sakit hati, benci, marah dan seumpamanya, cubalah panggil Allah dengan suara yang perlahan. “Ya Allah…” kemudian diam dan rasailah respon daripada Allah SWT. InshaAllah jiwa akan tenang. Ulangi terus.

P/s: Amalkan..mudah2han kita akan sentiasa TENANG.

Friday, March 18, 2011

RENUNGAN 9:-

" Sesiapa yang mengelokkan hubungan dengan ALLAH (Memelihara Solat) maka ALLAH akan mengelokkan hubungannya dengan sesama manusia" -Sayidina Ali-

Thursday, March 17, 2011

jom kongsi 11 :-

Apa punca hati jadi sakit, kotor, kasar, keras, buta atau terkunci???

Jawapan kepada persolan tersebut ialah disebabkan DOSA yang kita lakukan sama ada sedar ataupun tidak. Dosa-dosa itulah yang menjadi penghalang taqarrub kita pada ALLAH SWT. Dosa-dosa itulah yang mengeraskan hati kita hingga payah untuk menerima ilmu, nasihat dan teguran. Dosa-dosa itulah yang menjauhkan kita dari jalan kebenaran.

" Orang yang paling lembut hatinya (hati yang tunduk dan patuh kepada ALLAH dan hati yang sejahtera) ialah orang yang paling sedikit (minimum) dosanya, " kata seorang tabiin yang terkenal bernama Makhul ad-Dimsyaqi rahimahullah.

Justeru, dunia umumnya dan ummah khasnya memerlukan insan-insan yang lembut dan penyantun jiwanya supaya turun RAHMAT ALLAH. Maka, minimumkanlah dosa kita semoga Allah SWT berlemah lembut dan berbelas kasihan dengan kita.

Kredit-Buku tulisan ustaz AMALUDDIN.

Monday, March 14, 2011

jom kongsi 10 :- (sePaSang Mata)

Apabila satu pandangan kepada perkara dan objek maksiat (dosa) tidak disusuli dengan TAUBAT, perbuatan itu menjadi sangat tercela dan amat keji pada pandangan ALLAH. Mata sepatutnya menjadi sungai hidayah, tetapi telah dibiarkan menjadi sungai dosa. Mata yang berdosa bakal menerima ancaman Allah berupa julangan-julangan api, cairan api neraka yang maha panas yang akan dituang ke dalam dua belah matanya sehingga melepuh terbakardan rentung.

Tanpa iman yang teguh, berapa banyak sudah bebola mata kita meleret melihat sesuatu yang diharamkan Allah? Dan berapa kali pula kita akan terjebak menyaksikan perkara yang haram itu akibat ketagihan nafsu yang tidak dapat dikawal?

Seandainya dosa kita tidak terampun, bayangkan saat mana julangan api neraka yang menggelodak panas itu menyambar lalu membakar kedua belah mata kita... Mampukan kita menghadapi kesakitan dan kepedihannya? Kuatkah kita untuk tidak meraung, mengaduh, dan menjerit saat bertandang azab itu? ( Rahmatilah kami yang Allah....terimalah taubat kami ya Allah)

Marilah kita menangis kerana Allah..Marilah kita menangis sebelum tiba masanya mata kita mengalirkan air mata darah..

Semoga Allah merahmati kita dan menyelamatkan kita daripada kedahsyatan azab neraka itu.

YA ALLAH KURNIAKAN KEPADA KAMI SEPASANG MATA YANG SENTIASA MENANGIS UNTUKMU DI DUNIA INI. SEPASANG MATA YANG SENTIASA MENANGIS SAAT MERENUNG AYAT-AYAT-MU, MENANGIS KERANA TAKUTKAN KEMURKAAN DAN SEKSAAN-MU. AMIN

Daripada Ibnu Abbs berkata: Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda:

" Dua jenis mata yang tidak akan disentuh api neraka. Itulah mata yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan mata yang tidak tidur malam (berkawal, beribadat dan bermunajat di jalan Allah) tanpa diketahui oleh orang-orang lain." (Riwayat at-Turmuzi daripada Ibnu Abbas dan Abu Ya'ala dalamMusnadnya daripada Anas, sebagaimana dalam Misykatul Masabih (3829)


P/S: Buku TUHAN ITU DEKAT- USTAZ AMALUDDIN MOHD NAPIAH

Friday, March 11, 2011

KeredhaanMu

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih


Thursday, March 10, 2011

jom kongsi 9 :-

Kaedah mencari bahagia mengikut Al Quran dan Sunnah:

1. Beriman dan beramal salih.

2. Banyak mengingat Allah

3. Bersandar kepada Allah.

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.

6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia

Wednesday, March 9, 2011

RENUNGAN 8:-

...Sedekah tidak membuatkan rezeki seseorang berkurang, sebaliknya rezeki seseorang itu bakal bertambah.

Tuesday, March 8, 2011

Hati amanah Allah Kepada Kita

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging, bilamana dia baik, maka baiklah seluruh anggota dan bilamana dia rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah itulah hati " (Riwayat al-bukhari dan muslim)

Menjaga amanah ini sememangnya tugas yang amat berat dan sukar lebih-lebih lagi dengan kewujudan dua musuh tradisi manusia yang sangat menginginkan agar manusia tersembam ke lembah kehinaan dan kemurkaan Tuhan. Siapa lagi mereka kalau bukan syaitan dan nafsu?

Sumber kehidupan kita yang asal inilah yang wajib dipelihara dan dijaga supaya sumber tersebut sentiasa bersih pada pandangan ALLAH SWT.

Setelah Allah memerintahkan manusia memelihara dan membersihkan hati mereka, ALLAH telah, sedang dan akan melihat dan memantau pula siapa yang sanggup taat melaksanakan perintah-NYA dan siapa pula yang membelakangkan perintahnya itu.

Allah SWT berfirman:

"sesungguhnya beruntunglah orang yang sentiasa membersihkan jiwanya dan sungguh rugilah orang yang sentiasa mengotori jiwanya. " (surah asy-syams:9)

p/s: Sumber buku LEMBUTKAN HATI-USTAZ AMALUDDIN MOHD NAPIAH

Monday, March 7, 2011

Sesungguhnya

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu



Friday, March 4, 2011

jom kongsi 8 :-

Ketenangan yang kita impikan…..

Jika semua orang sentiasa BERKOMUNIKASI dengan Allah, sudah pasti semua umat islam akan sentiasa tenang. Negara tenang. Umat islam akan kental jiwa nya. Akan sihat jasmaninya. Segalanya redha dengan pemberian Allah. Rezeki dicari tanpa ada hasad dengki dan penipuan. Pemimpin memimpin dengan penuh keikhlasan. Rakyat akan hidup penuh dengan keberkatan Allah.

BERKOMUNIKASI bukan sekadar bercakap-cakap dengan Allah. Malah semua amal ibadah termasuk doa, zikir, puasa, solat, memohon izin setiap apa yang dilakukan, bercerita dengan Allah, beritahu Allah apa yang difikirkan, dilakukan, dilihat, didengar dan sebagainya termasuk dalam BERKOMUNIKASI dengan Allah.

P/S : Banyak InFO di sini.

Thursday, March 3, 2011

RENUNGAN 7:-

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157