# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': JOM KONGSI 27
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 5, 2011

JOM KONGSI 27

Jangan besedih jika Anda dizalimi

Saudaraku, jika anda dizalimi, maka janganlah besedih...dann berputus asa kerana Allah Taala sentiasa bersamamu.. Allah Taal tidak menyukai kezaliman, bahkan mengharamkan dan melarangnya. DIA berfirman dalam hadis QUDSI ertinya:-

"sesungguhnya aku mengharamkan kezaliman ke atas Zat-Ku dan menjadikannya haram di kalangan kamu dan oleh itu maka janganlah kamu saling berlaku zalim (HR. Muslim)

Jika kamu dianiaya maka berbahagialah, kerana Allah pasti bersamamu. Jika kamu dianiaya maka bergembiralah, kerana kamu memperoleh pahala orang-orang yang dianiaya. Jika kamu dianiaya maka bergembiralah, kerana doa kamu ke atas orang yang menganiaya kamu adalah dimakbulkan. Sabda Nabi s.a.w :-

"hindarilah doa orang yang dianiaya kerana tidak ada tirai pemisah antara doanya dengan Allah. (Hr. Al Bukhari dan Muslim)

"jangan sekali-kai berbuat zalim jika kamu berkuasa kerana berbuatan zalim pasti berakhir penyesalan... Kedua matamu tidur lena namun orang teraniaya berjaga dia mendoakanMu sedangkan Zat Allah tidak pernah tidur"

Betapa rugi orang yang tidur lena sedangkan mata orang lain berjaga mendoakan kejahatan atas dirinya. Alangkah beruntungnya orang yang tidur lena sedangkan mata orang lain berjaga mendoakan kebaikan untuknya.

Wahai orang yang dizalimi,bergembiralah... Jika kamu belum sempat mengambil hak kamu di dunia ini, maka ganjaran pahala kamu pasti dilipatgandakan di akhirat kelak. Pada hari itu, orang yang telah mengambil haknya di dunia berangan-angan supaya ganjarannya di tunda sampai hari kiamat..

ingatlah sesiapa sahaja yang kita zalimi didunia..Allah pasti akan balas..TAkutlah akan azab Allah..Semoga kita dijauhkan dari menjadi orang2 yang zalim.

Wallahu a'lam

0 dah tinggalkan jejak: