# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': JOM KONGSI 24:- PART 3 (TERAKHIR)
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 3, 2011

JOM KONGSI 24:- PART 3 (TERAKHIR)

Alhamdulillah...sampai juga kita pada bulan ramadan yang berkat ini...syukur pada ILAHI..semoga kita semua dapat tingkatkan segala amalan kita dan semoga kita sentiasa berada di bawah LINDUNGANNYA...AMIn...ok2 saya nak sambung TIP HIDUP BAHAGIA DALAM MASYARAKAT...ni adalah bahagian yang akhir :)

  • Perbaikilah terus niatmu dan jadikanlah setiap persahabatan kamu kerana Allah dan di jalan Allah SWT
  • JAdilah kamu orang yang bertolak ansur , murah hati, lembut hati, sabar, ramah tamah, gemar membantu orang lain dan kreatif
  • Lupakanlah keburukan sahabat-sahabatmu tentu persahabatan tersebut akan berpanjangan
  • Sifat dendam tidak menyakiti orang lain, sebaliknya padahnya pasti menimpa orang yang suka menyimpan rasa dendam
  • Sampaikanlah amanah kepada orang yang menitipkan amanah kepadamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang telah berkhianat kepadamu
  • Berharaplah ganjaran pahala dalam setiap derita yang menimpa dirimu
  • Jadilah orang yang menepati janji, kerana melanggar janji dapat menjatuhkan harga diri kamu
  • Kamu harus bijak menempatkan setiap kedudukan orang lain dan janganlah memperlakukan orang mulia sama dengan perlakuan orang bodoh
  • Berusahalah melihat permasalahan dengan kaca mata orang lain agar kamu dapat mengetahui sudut pandangan mereka
  • Janganlah kamu mencampuru urusan peribadi orang lain dan janganlah kamu menanyakan persoalan peribadi mereka
  • Kebenaran bukan monopoli milik kamu, maka janganlah kamu menganggap bodoh pendapat orang lain
Semoga saya dan korang2 semua dapat renungkan n fikirkan tip2 yang saya ambil dari buku yang saya baca KEBAHAGIAN PASTI BERSAMAMU diterjemahkan oleh Nor hasanuddin dan disunting oleh Dr Mohd Puzhi bin usop dan ust zairul mat Zin.

Yang baik kita ikut, yang buruk kita jangan buat :) teruskan berpuasa dengan bersungguh2 n lipat gandakan amalan kita mengikut kemampuan.

0 dah tinggalkan jejak: