# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': TAUBAT PUNCA KEJAYAAN
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 25, 2011

TAUBAT PUNCA KEJAYAAN

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(Surah An Nur : 31)


ULASAN AYAT :

1. Sesungguhnya orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri sangat disukai oleh ALLAH. Justeru, taubat seorang hamba lebih disukai oleh ALLAH daripada kesukaan orang yang kehilangan barang berharga lalu dapat dan bertemu semula dengan barang tersebut.

2. Sebagai hamba sememangnya kita tidak pernah lepas daripada melakukan kesalahan dan dosa, untuk menghilangkan segala kotoran dosa adalah dengan bertaubat bermakna membersihkan hati dengan airmata penyesalan, pembersihan hati ini hendaklah dengan pengawalan nafsu, penyesalan atas dosa-dosa lalu berazam tidak mengulanginya.

3. Titik bertolak dan permulaan bagi orang yang berjaya adalah taubat. Petanda orang yang taubat ialah tunduk, mudah tersentuh hatinya dengan perkara kebaikan dan senang menangis. Ketika orang lain merasa tenang gembira ia tidak tenang kerana takut. Ia sentiasa menghadap kepada ALLAH dengan kesedihan yang mendalam, hatinya gundah kerana merasa sedar akan dirinya seorang hamba dan tahu siapakah TUHANnya.

4. Kita hendaklah sentiasa merasakan ALLAH itu dekat dan melihat kita agar kita tidak lalai dan leka serta selalu kembali kepada ALLAH SWT. Kejayaan hakiki bagi kita adalah jauhnya kita dari dosa dan noda. Nescaya berjayalah seluruh hidup kita di dunia akhirat.

WALLAHU’ALAM


1 dah tinggalkan jejak:

Kyra Elric said...

sentiasa percaya :)