# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': May 2011
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 31, 2011

LA TAHZAN...SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA!

SALAM..JOM KONGSI ILMU2 DALAM VIDEO NI...SELAMAT MENONTON.

Thursday, May 26, 2011

jom kongsi 22 :-

WAHAI SAUDARAKU!

  • Jadilah kamu orang yang berhati TENANG, maka kamu akan hidup BAHAGIA dan tenang.

  • Janganlah kamu berlaku CURANG kepada sesiapa pun dari kaum muslimin dan janganlah kamu bersifat DENGKI kepada sesiapapun jua.

  • Terimalah dengan REDHA kurnia yang telah dianugerahkan oleh ALLAH kepadaMu, tentu kamu menjadi manusia yang paling kaya.

  • TINGGALKANLAH kemewahan DUNIA, maka ALLAH akan mencintaimu dan TINGGALKANLAH kemewahan yang dimiliki oleh manusia tentu mereka mencintaimu.

  • Janganlah BERSEDIH terhadap apa yang tidak kamu perolehi dari DUNIA ini, kerana DUNIA sama sekali tidak pernah mengabaikanmu. Sekiranya KESENANGAN dunia itu ditakdirkan milik kamu tentu kamu telah pun memperolehinya.

  • Terimalah permintaan MAAF daripada orang yang MEMINTA MAAF kepadaMu. Jika kamu melihat ada kekurangan di dalam permintaan MAAFNYA, maka ingatlah bahawa orang yang menghormatiMu adalah orang yang meminta maaf KEPADAMU.
RENUNG2KAN :)

Wednesday, May 25, 2011

Percaya, Sedar dan Amal

Percaya, Sedar dan Amal

Tuesday, May 24, 2011

MENTARI HIDUP

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali


Monday, May 23, 2011

Keaiban Yang Ditutup Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Keaiban Yang Ditutup Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, May 20, 2011

RENUNGAN 20:-

Rasulullah pernah bersabda,

"Sungguh luar biasa keadaan orang yang beriman itu, semua hidupnya adalah kebaikan baginya dan ini hanya dimiliki oleh orang yang beriman. Apa tidaknya, jika memperoleh kesenangan, ia bersyukur dan itu menjadi suatu kebaikan baginya. Jika ditimpa kesusahan, ia bersabar dan itu menjadi suatu kebaikan baginya."

(HR. Muslim)

Thursday, May 19, 2011

jom kongsi 21 :-

SERAHKAN SEGALA URUSAN KEPADA ALLAH PASTI KAMU TENANG

PEpatah orang Arab dahulu mengatakan " Angin selalunya bertiup tanpa dikehendaki oleh kapal" dan ini adalah betul. Tidak semua apa yang diinginkan seseorang akan dapat diraih dan tidak semua apa yang dibenci itu adalah salah. Seseorang ingin sihat namun ternyata yang datang adalah sakit. Dia ingin kaya namun yang datang adalah miskin. Dia ingin berjaya ternyata yang datang adalah kegagalan. Dia ingi ketenteraman namun ternyata adalah ketakutan dan kegelisahan. Apa yang pasti, semua itu adalah takdir dan ketentuan Allah Taal yang harus diserahkan kepada-NYA. Seseorang wajib berusaha mengelak daripada ketentuan Allah Taala dengan ketentuan-NYA pula.

Seperti orang lapar dan dahaga wajib mencegahnya dengan cara makan dan minum. Seseorang yang tidak memiliki pakaian harus mencegahnya dengan mengenakan pakaian. Seseorang yang miskin harus mencegah kemiskinannya dengan bekerja, berusaha keras dan berjuang. Seseorang yang sakit harus mencegah penyakitnya dengan berdoa dan berubat dengan ubat yang bermanfaat. Dalam keadaan ini, orang mukmin wajib menyerahkan segala urusannya kepada ketentuan Allah Taala dan reda dengan takdir-NYA. Dia wajib meyakini bahawa disebalik itu terdapat hikmah besar yang kadang kala tidak diketahui oleh akal.


Wahai saudaraku!
Jadilah kamu orang yang menjauhi kesusahan
Dan serahkanlah segala urusan kepada takdir
Nikmatilah kedamaian yang berpanjangan ini

Tentu kedamaian itu pasti mampu menghiburmu
Ia mampu melupakanmu peristiwa masa lalu
Kesempitan kadang kala diakhiri kelapangan
Dan kelapangan boleh jadi diakhiri kesempitan

Berapa banyak perkara menyedihkan
Namun akhirnya disudahi dengan keredaan
Allah selalu berbuat apa yang dikehendaki-NYA
Maka janganlah kamu menjadi penentang-NYA

Wednesday, May 18, 2011

Memiliki Keyakinan Pada Allah SWT

Memiliki Keyakinan Pada Allah SWT

Saturday, May 14, 2011

Dunia baru islam

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam


Thursday, May 12, 2011

Sekeping Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sekeping Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday, May 11, 2011

RENUNGAN 19:-

Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

" Maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila kami berikan kepadanya nikmat dari Kami dia berkata, " sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaran. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui." (az-zumar : 49)

Tuesday, May 10, 2011

Solat: Pertemuan Dengan Allah SWT

Solat: Pertemuan Dengan Allah SWT

Monday, May 9, 2011

jom kongsi 20 :-

TIDAK PERLU BERSEDIH, SEMUA YANG TERJADI ADALAH TAKDIRNYA

Belajarlah untuk menerima apa jua yang terjadi ke atas diri kita. Jauhkan diri dari rasa sedih @ penyesalan yang berpanjangan kerana semua yang berlaku dalam hidup adalah ketetapanNYA dan takdir dariNYA. Tidak ada yang perlu disesalkan dan tidak ada yang perlu dipersoalkan. Kita tidak perlu kecoh dengan apa-apa yang ditetapkanNYA ke atas diri kita.

Jalani apa saja yang tersedia bagi kita. Kita tidak mampu mengundurkan waktu untuk menghindar dari sesuatu yang sudah terjadi. Keadaan juga tidak menjadi lebih baik dengan mengeluh dan berputus asa. Jadi untuk apa kita melakukan semua itu. Tapi mengapa Allah menetapkan TAKDIR? Mengapa kadang-kadang Allah memberi DUGAAN yang berat kepada hamba-hambanya? Mengapa Allah tidak memberikan yang baik-baik saja pada kita?

KETETAPANNYA MERUPAKAN KEPASTIAN

TAKDIR ialah ketetapan Allah atas manusia berupa hal-hal yang baik atau hal-hal yang kurang baik. Tidak ada manusia yang terlepas dari TAKDIR Allah kerana tanpa ketetapan ini kehidupan manusia tidak akan pernah wujud. Anak yang lahir ke dunia tidak mengetahui apa akan terjadi sebelum kelahirannya. Kita tidak boleh menetapkan dan memilih, tetapi Allah yang menetap dan memilihnya. Allah menetapkan seseorang itu lahir dalam keluarga miskin atau kaya, beriman atau kafir, penyayang atau pemarah dan ketetapanNYA sama sekali tidak bertentangan dengan keadilanNYA. Takdir Allah membayangi perjalanan hidup setiap manusia . Allah sentiasa berada disebalik kesenangan, kesusahan, ketaatan dan dosa, kurnia dan dugaan. Semuanya berada dalam lingkungan ketetapan Allah kerana manusia memang tidak mungkin menetapkannya sendiri.

Firman Allah SWT dia dalam Al-Quran:

'Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum kami menciptakannya, sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. " (al-hadid:22)

Allah tidak menetapkan kebaikan @ keburukan pada seseorang melainkan kerana keadilan dan pengetahuan yang dimilikiNYA. Jika Allah menetapkan hidayah pada diri seseorang ,itu merupakan ganjaran ke atas keupayaan oarng tersebut dalam mendekatkan diri kepadaNYA. Ketika Allah menetapkan kesesatan pada orang lain, semata-mata kerana orang itu sendiri mahukannya. Allah tidak zalim pada hamba-hambanya...

p/s: sebahagian isi kandungan di dalam buku-BILA ALLAH MENDUGA KITA..oleh SYED ALWI ALATAS

Saturday, May 7, 2011

Membuah Sabar | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Membuah Sabar | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, May 6, 2011

Antara 2 Cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh


Thursday, May 5, 2011

Sebarkan Doa dan Sejahtera | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sebarkan Doa dan Sejahtera | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday, May 4, 2011

RENUNGAN 18:-

" Apabila seorang hamba dihina ALLAH, maka dia tidak akan dihormati oleh sesiapa pun."

Tuesday, May 3, 2011

jom kongsi 19 :-

Dunia adalah negara ujian dan bencana. Tiada siapa yang dapat lepas daripada dugaan dan ujian Allah SWT hatta para nabi dan rasul sekalipun, bahkan merekalah hamba-hamba yang paling berat menghadapi ujian demi ujian hingga ke hembusan nafas yang terakhir. Semakin tinggi iman seseorang, semakin tinggilah dugaan Allah SWT terhadapnya.

Justeru, Allah memerintahkan setiap umat islam agar menghadapi ujian dan dugaan hidup dengan penuh sabar kerana hanya dengan sabar sahaja terundang segala macam kebaikan atas diri kita manakala tanpa sabar, kita mungkin hilang segala-galanya juga. Kesudahan dan kemuncak nikmat bagi hamba yang bersabar adalah dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.

Antara ujian Allah SWT yang mesti dihadapi dengan penuh kesabaran adalah kematian insan yang kita sayangi. Semoga Allah SWT memimpin kita saat datang dugaan berat sedemikian. Semoga Allah SWT kuatkan iman kita saat pemergian insan yang kita sayangi.

Oleh kerana lemah iman dan kejahilan, sering berlaku dosa meratap dan meraung di kalangan masyarakat islam tatkala berlaku peristiwa kematian. Perbuatan meraung dan meratap kematian amat dimurkai Allah SWT. Amalan ini, juga dikatakan boleh 'menyeksa ' si mati yang baru sahaja mengalami derita sakaratul maut yang amat dahsyat.

Perbuatan jahiliah yang kononnya dapat mempamerkan rasa sayang itu sebenarnya menambah lagi derita si mayat. Andai manusia tahu apa yang dihadapi mayat saat itu dan andai manusia tahu betapa beratnya dosa yang sedang dilakukan, nescaya mereka menahan ratap raung kerana kasihankan para arwah di dalam kubur. Kerana itu, kita hendaklah mendengar, menghayati, dan mematuhi nasihat-nasihat nabi SAW berkenaan perkara itu.

Daripada Abi Malik al-Asyaari r.a, Rasulullah SAW bersabda: " Perempuan yang meratap meratap (pemergian si mati) jika tidak bertaubat sebelum kematiannya, akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan memakai seluar daripada tar (yang panas) dan pakaian daripada kudis gatal." (Riwayat Muslim: 935)

Melihat kepada hadis ini, nyatalah bahawa perbuatan ini adalah di antara dosa-dosa besar yang mesti dijauhi. Andai seseorang wanita (sebagaimana tersebut didalam matan hadis) pernah melakukan perbutan sedemikian semasa kematian suaminya, maka hendaklah dia bertaubat kepada Allah SWT, manakala taubatnya itu dituntut disegerakan di atas dunia ini.

Sekadar bersedih dan menangis dikira tidak mengapa, malah diharuskan. Bahkan Rasulullah SAW juga pernah menangis semasa kematian anak lelakinya, Ibrahim.

Mudah-mudahan dengan keimanan serta ilmu dan kefahaman islam yang baik, amalan meratapi kematian dapat kita elakkan.

P/s: semoga ada pelajaran yang kita boleh ambik dari sini..dari petikan buku BHKT